Jodoh Putus Di Tengah Jalan, Anim Ezati Akui Perlu Tabah Demi Kalsom

Share

Dua tahun melayari bahtera perkahwinan bersama jejaka pilihan hati, pengacara Anim Izzati akur apabila cinta yang bersemi mulai pudar dan hubunganya dengan Mohd Fadli Sahudin kini berakhir.

Anim memaklumkan bahawa dia sudahpun bercerai sejak awal tahun lagi, bagaimanapun terpaksa merahsiakan berita sedih itu selama beberapa bulan atas permintaan dan kehendak bekas suami.

Dah Bercerai Dari Awal Tahun Lagi

 

“Kini, saya dan bekas suami tidak lagi bersama. Kami sudah berpisah pada awal tahun ini. Saya terpaksa rahsiakan dulu kerana ingin menghormati banyak pihak termasuk bekas suami sampai semua reda.

“Jodoh kami sampai di sini sahaja. Demi mengelakkan sebarang fitnah, saya terpaksa buka cerita perpisahan ini.

“Kalau boleh, saya tak nak langsung kongsi perkara tak best macam ini. But I have to,” kata Anim.

Akui Tak Mudah Jadi ‘Single Mom’ Tapi Perlu Kuat Demi Anak

Bagaimanapun, Anim berkata dia redha dan bersyukur kerana hasil perkongsian hidup bersama dia dikurniakan anugerah terindah yang merupakan hadiah yang paling berharga, iaitu anak perempuan tunggal mereka, Yara Alanna Khalsom.

Tambahnya lagi, dia dan bekas suami tidak bermusuhan. Kami sekarang co-parenting dalam membesarkan Khalsom dan bersetuju untuk bermuafakat bersama demi membesarkan anak.

Artikel berkaitan: Baru Seminggu Berhijab Pengacara Malaysia Hari Ini, Anim Ezati Mula Padam Gambar Tak Bertudung Di IG

Mengulas berkenaan hak penjagaan Kalsom, Anim berkata dia mempunyai hak penjagaan anak sepenuhnya

Selain itu, Anim Ezati Rizki akui menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal bukanlah sesuatu yang mudah bagi dirinya, kerana terlalu banyak cabaran yang oerlu ditempuh dengan cekal.

“Menjadi ibu tunggal tidak pernah mudah. Saya tabik hormat kepada semua ibu tunggal di luar sana.

“Saya merasai segala pahit manis, cabaran untuk membesarkan anak tetapi saya bersyukur kerana Allah permudahkan dengan pelbagai cara. Terima kasih di atas sokongan kalian dan doa yang dititipkan selama ini,” ujarnya.

Sekadar Info, Anim dan Mohd Fadli Sahudin telah bersatu pada tanggal 28 Disember 2019, dua tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata, Yara Alanna Khalsom yang kini berusia dua tahun.

Sumber: Instagram Anim Ezati

Artikel berkaitan: Sudah 10 Minggu Baby Dalam Perut, Hos 999 Anim Ezati Teruja Lalui Detik Kehamilan

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir