Jodoh dan pertemuan itu adalah ketentuan Allah. Setiap orang mempunyai perjalanan cerita yang berbeza dalam soal jodoh. Kadang-kadang jodoh datang tanpa disedari. Begitulah indahnya aturan Allah.
Sekuat mana pun kita setia, selama mana kita menunggu, sehebat mana kita merancang, sekeras mana kita bersabar jika tiada jodoh kita dengan si kekasih hati maka tiadalah.
Jodoh bermula dari hati ke hati, maka jika ada orang yang benar-benar mencintai anda, dia yang memahami anda dari hati, sudut fizikal, perasaan, keadaan dan yang terpenting dia menerima anda apa adanya.
Sama ada jodoh panjang atau tidak, itu rahsia Allah SWT dan ketentuan Allah SWT.
.
Sebagai manusia, apa yang boleh kita buat ialah berusaha sehabis baik untuk hubungan itu…selagi kita masih bersama dengannya, maka selagi itulah kita perlu buat yang terbaik untuk dirinya…
Sekuat mana pun kita sudah berusaha, selama mana pun kita bersamanya, setia mana pun kita di sisinya, sesabar mana pun kita dengan perangainya, kalau sudah ditakdirkan jodoh kita dengannya terhenti di pertengahan jalan, maka ianya bukan salah Allah SWT yang memisahkan kita…
Allah SWT ada perancangan yang lebih baik lagi untuk diri masing-masing…
Mungkin di antara dua manusia itu, hanya seorang sahaja buat yang terbaik untuk hubungan itu…maka Allah SWT nak bagi dia ganjaran atas apa yang dia dah lakukan, Allah SWT nak bagi dia bahagia, Allah SWT gantikan dengan manusia yang lain, yang sama sifatnya dengan dia, yang boleh buat dia bahagia…
.
Mungkin juga di antara dua manusia itu, ada seorang yang tidak menghargai apa yang telah dilakukan seorang lagi, maka Allah SWT nak bagi dia pengajaran dan kesedaran, Allah SWT tarik manusia itu dari hidupnya, Allah SWT hadirkan seseorang yang boleh bagi pengajaran dan kesedaran kepada dirinya sehingga dia mula rasa bahawa yang dahulu itu sudah pun menjadi yang terbaik untuk dirinya…
Sekiranya jodoh tidak panjang yang bukannya disebabkan kematian, maka pasti ada sebab musabab disebalik kenapa dan mengapa jodoh itu tidak berpanjangan…
Kuat atau tidak jodoh kita dengan pasangan, pendek atau panjang jodoh kita dgn pasangan, ianya bergantung sejauh mana kita berusaha dalam hubungan itu, untuk hubungan itu…
Yang pastinya, usaha itu harus datang dari kedua-duanya, bukannya seorang sahaja…
Nota kaki : Jodoh yang baik itu bukanlah yang datang dengan kelebihan, tapi yang tidak pergi kerana kekurangan.
Sumber kredit: Firdaus Shakirin