Jiwa rasa terbeban dan resah, seorang mak atau isteri bukan mudah mendukung tanggungjawab. Tanggungjawabnya yang cukup besar demi menjaga kesempurnaan rumahtangga suami di layan dengan sebaiknya.
Adakalanya ketika ujian dan masalah datang melanda, rasa tak mampu untuk melakukan semua perkara. Ia membuatkan hati rasa sedih, jiwa merintih dan penuh keluh kesah. Apatah lagi jika diri dihimpit dengan kesempitan hidup, dibebani dengan masalah hutang keliling pinggang.
Namun, janganlah berterusan begini. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah berdoalah bersunguh-sungguh. Minta kepada Allah dengan sepenuh hati agar segala kesusahan, kerisauan, kesedihan dan bebanan hutang yang ada mudah untuk diselesaikan.
Pujuk hati atasi segala kekacauan jiwa tersebut dengan amalan doa yang diajar oleh Rasullah SAW ini untuk Abu Umammah ini. Hijabi boleh amalkan doa ini setiap kali selepas mengerjakan solat. Mahupun dibaca ketika dalam solat iaitu selepas Tahiyyat Akhir sebelum Salam.
Hadis Abu Said al-Khudri RA. Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya:
“Rasulullah SAW telah masuki masjid. Tiba-tiba terdapat seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana.
Beliau bertanya:
“Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat kau sedang duduk di dalam masjid sedangkan bukan luar waktu solat?”
Abu Umamah menjawab: “Dukacita dan hutang menyelubungiku wahai Rasulullah!”
Rasulullah menjawab:
“Mahukah kamu aku ajarkan kepada kamu satu doa jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.”
Abu Umamah menjawab: “Sudah tentu, wahai Rasulullah.”
Maka Baginda bersabda: “Ucapkanlah pada tiba waktu pada pagi dan petang bacaan ini:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
MAKSUDNYA: “YA ALLAH, SESUNGGUHNYA AKU BERLINDUNG KEPADA ENGKAU DARI KEDUKAAN DAN KESEDIHAN. AKU BERLINDUNG KEPADA ENGKAU DARI SIFAT LEMAH DAN MALAS. AKU BERLINDUNG KEPADA ENGKAU DARI SIFAT PENGECUT DAN BAKHIL. DAN AKU BERLINDUNG KEPADA ENGKAU DARI BEBANAN HUTANG DAN PENINDASAN MANUSIA.”
Abu Umamah RA berkata:
“Setelah membaca doa tersebut, Allah menghilangkan kedukaanku dan melunaskan hutangku.”
Riwayat Abu Daud (4/353)
BACA JUGA ARTIKEL INI: Fadhilat Asma’ul Husna – Al-Baari, Amalkan 40 Kali Selepas Subuh. Kesannya Pasti Mengejutkan!