Jiran ‘Kantoikan’ Nampak Ramai Penghuni Dalam Rumah! Ali Puteh Menyorok Ke Tu? – “Kami Nampak Korang Semua Ada Dalam Rumah Tu”

Share

Baru-baru ini sosial media digemparkan dengan perkhabaran dari pelawak Ali Puteh, yang mendakwa balu kepada arwah Abam Bochik, Norhidayah telah melakukan ‘sihir’ sewaktu hadir ke rumah tersebut bersama peguam.

Bagaimanapun, pelawak Ali Puteh mendedahkan bahawa dirinya tidak dimaklumkan berkenaan kedatangan kakak iparnya itu, hingga menjadi punca mengapa dia tidak berada di rumah kediaman milik arwah Abam ketika itu.

Namun, satu pendedahan yang dibuat oleh individu yang dipercayai jiran kepada arwah Abam mendakwa mereka melihat kelibat Ali di dalam rumah tersebut, menerusi tangkap layar komen berkenaan telah dikongsikan semula oleh salah seorang adik beradik Hidayah.

“Kami (Jiran) Nampak Korang Semua Ada Dalam Rumah Tu!”

“Alhamdulillah, masih dikelilingi orang-orang yang baik, Allah akan tunjukkan kebenaran sedikit demi sedikit 🤲🙂 anda semua nilai lah sendiri, baik senyap dari berkata-kata🤝”, tulis abang kepada Hidayah ringkas pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.

Dalam perkongsian yang dilakukan pada hantaran Facebook itu memaparkan tangkap layar komen, beberapa jiran arwah Abam, yang bertindak ‘memecahkan tembelang’ si Ali Puteh menerusi ruangan komen, individu berkenaan mendakwa sudah lama mengetahui perangai buruk Ali.

Artikel Berkaitan: Ramadhan Kali Ini Terasa Sayu Tanpa Insan Tersayang, Isteri Arwah Abam Luah Perasaan

Selain itu, terdapat juga individu lain yang membidas bahawa mereka tidak nampak Hidayah menabur garam dan limau seperti yang didakwa Ali, sewaktu kunjungan Hidayah ke rumah miliknya bersama arwah Abam itu.

“Kami jiran dah tahu lama perangai dia (Ali) sebabnya kami hanya diam, tapi sekarang tak boleh sebab dia fitnah kakak iparnya sendiri.

“Kami tak nampak pula yang Hidayah tabur barang yang kami Nampak korang semua memang ada dekat dalam rumah tu.

“Bila Hidayah balik korang semua keluar cepat-cepat, nampak tak berlakon je. Ingat kami ni jiran tak nampak ke,” kongsi individu tersebut.

Sekadar info, sebelum ini Ali menjelaskan bahawa dirinya tidak berniat untuk memuat naik video yang mengaibkan Hidayah ekoran cuba membuat ritual jahat di sekitar kawasan kediaman milik arwah abangnya itu.

Tetapi kerana Hidayah yang mula ‘bermain api’ terlebih dahulu dengan mendedahkan kononya rumah arwah Abam tidak terjaga dan diurus dengan baik, dan kedatangannya tidak disambut sedangkan Ali tidak dimaklumkan terlebih dahulu tentang kedatangan untuk ziarah berkenaan memandang hari tersebut merupakan hari bekerja.

Sumber: Facebook Mohd Azmier Zmier

Artikel berkaitan: “Kita Berbalik Kepada Islam” Kata Abam, Masa Sambutan Tahun Baharu, Tolak Program ‘Lagho,’ Akui Dirinya Jahil

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir