Kematian enam ahli bomba minggu lalu bukan sahaja memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia, tetapi juga membawa pengalaman tersendiri buat pengacara Jimmy Shanley. Siapa sangka Jimmy juga pernah berdepan kejadian pahit ini apabila bapanya, Norjahan Saleh juga turut maut dalam kejadian di lombong di daerah yang sama kira-kira 34 tahun lalu. Bapanya ketika itu bertugas sebagai jurutera kapal korek antara tujuh mangsa yang maut dalam tragedi kapal korek terbalik pada 8 Ogos 1984.
Menurut Jimmy kepada mStar Online, kejadian menyayat hati mendapat perhatian pelbagai pihak sehingga dilaporkan pada muka depan akhbat tempatan ketika itu.
Jadi apabila mendengar tragedi enam ahli bomba berkenaan yang maut membuatkan Jimmy bersedih dan terkenang kejadian membabitkan arwah bapanya.
“Saya sangat sedih dengan berita mengenai enam anggota bomba dan seorang pelajar maut di lombong kerana tragedi itu lebih kurang sama dengan apa yang terjadi pada keluarga saya.
“Arwah ayah saya ketika itu bekerja sebagai jurutera kapal korek antara tujuh mangsa yang terkorban dalam tragedi kapal korek terbalik 34 tahun lalu.
“Setiap kali ada kes lemas, saya teringat ayah tapi tragedi anggota bomba itu lebih dekat dengan saya kerana kejadian berlaku di kawasan yang sama,” kata Jimmy kepada mStar Online.
Pada 8 Ogos 1984, sebuah kapal korek milik Sungai Klang Dredging Sdn Bhd terbalik di sebuah lombong yang terletak di Batu 13 Puchong.
Kejadian menyayat hati itu telah meragut nyawa tujuh orang termasuk bapa Jimmy yang terperangkap dalam kapal korek berkenaan dan sukar dikeluarkan kerana mangsa tersepit.
Bagaimanapun mayat Norjan berjaya ditarik keluar dalam keadaan terlungkup dengan bantuan penyelam anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Ketika kejadian Jimmy baru berusia empat tahun dan peristiwa berkenaan akan sentiasa dalam ingatannya seperti diceritakan oleh ibunya dan akan mengingati detik 8 Ogos berkenaan.
Malah Jimmy juga turut masih mnyimpan keratin akhbar yang melaporkan tragedi membabitkan arwah bapanya tu.
Justeru Jimmy yang penah melalui kejadian sama berharap agar ahli keluarga mangsa lemas bertabah dan kuat melalui dugaan Tuhan.
“Orang yang melalui sahaja tahu betapa peritnya kehilangan orang tersayang. Apabila melihat anak-anak mangsa terkorban yang masih kecil itu menangis, ia sama seperti macam mana saya menangis ketika dimaklumkan berita kematian ayah sewaktu kecil dahulu.
“Saya faham perasaan mereka yang kehilangan seorang ayah ketika usia masih kecil. Saya berdoa agar ahli keluarga mangsa kuat dan tabah dengan ujian Allah,” katanya lagi yang sudah berkahwin lagi dan mempunyai dua cahaya mata.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM JIMMY SHANLEY