
Isi Kandungan
ToggleBerzikir sememangnya mempunyai ganjaran yang sangat luar biasa. Walaupun ia amalan yang ringan di mulut tetapi mempunyai ganjaran pahala yang sangat lumayan.
Allah SWT akan mengingati hamba-hamba-Nya yang berzikir kepadaNya.
Firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 152 yang bermaksud: “Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pasti akan ingat kepada-Mu. Bersyukurlah kepada-Ku, janganlah kamu kufur ingkar kepada-Ku.”
Sebuah hadis qudsi menyebut: “Aku bersama hamba-Ku yang mengingati-Ku.” (Riwayat al-Bukhari)
Begitulah hebatnya kuasa zikir.
Berikut perkongsian amalan zikir daripada Khairul Anuar Basri
Ini zikir WAJIB yang sangat powerful. Ringkas, padat dan menyeluruh.
Tambah-tambah dalam fasa kawalan pergerakan asbab Covid-19 sekarang ni.
Zikir ni saya dapat dari hadith Rasulullah SAW riwayat Tirmizi. Zikir ini juga ada disebut dalam kumpulan doa-doa Al-Ma’tsurat.
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم
“Bismillāhilazī lā yadhurru ma’asmihī syai un fil ardhi walā fissamā’ wa huwassamī’ul ‘alīm”.
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat sesuatu apa pun yang di langit dan di bumi, dan Dialah yang maha mendengar lagi maha mengetahui”.
❤️ Amalkan zikir ini 3 kali di waktu pagi dan 3 kali di waktu petang. InsyaAllah, kita akan terhindar daripada :
✅ Bahaya dan malapetaka.
✅ Keracunan makanan.
✅ Sihir dan santau.
✅ Gangguan makhluk halus.
✅ Wabak dan virus.
Orang-orang yang selalu berurusan dengan orang lain, elok sangat la amalkan. Especially orang yang berniaga dan sebagainya.
Atau kalau kita kena keluar rumah dalam masa 2 minggu ni. Amalkan baca setiap kali nak melangkah keluar dari rumah.
So, itu saja yang saya nak kongsi pagi ini. Semoga bermanfaat.
#KAB
– semuanya dengan izin Allah, kepada Allah kita kembalikan segala urusan –
Sumber kredit: Khairul Anuar Basri
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Penawar Mengubat Sakit Hati, Ini Cara Yang Diajarkan Rasulullah.

Isi Kandungan
ToggleSakit hati bukan mudah untuk dirawat, tatkala hati sedang gundah dan sakit hati bimbang banyak perkara yang di luar jangkaan dilakukan. Hampir setiap orang tentu pernah mengalami sakit hati dalam hidupnya. Baik dalam keluarga, bersahabat, mahupun bermasyarakat. Sebagaimana sifat sedih dan gembira, rasa ini adalah suatu kewajaran dalam hidup manusia.
Apatah lagi, manusia adalah mahluk yang bersosial, yang dalam setiap interaksinya tidak lepas dari kekhilafan. Sebab-sebab datangnya perasaan ini pun bermacam-macam. Dari masalah yang simple hingga masalah besar, boleh menjadi penyebabnya. Misalnya bermula dari perbezaan pendapat, adanya konflik atau ketidakserasian, sehingga iri hati dan dengki.
Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan stress dan tidak akan ceria. Lebih parah lagi, perkara ini dapat menjauhkan manusia dari RabbNya.
Na’udzubillaahi mindzaalik.
Bagaimana menangani rasa sakit hati, agar tidak menjemput dosa kepada kita sendiri?
Petua-petua yang diajarkan oleh Rasulullah untuk dijadikan penawar sakit hati:
1. Muhasabah Diri
Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnyalah kita melihat diri kita sendiri. Mungkin kita sakit hati oleh kata-kata saudara kita, padahal dia tak bermaksud menyakiti. Cuba bertanya pada diri sendiri, mengapa saudara kita bersikap demikian. Jangan-jangan kita sendiri yang telah membuat kesalahan kepadanya.
2. Menjauhkan Diri dari Sifat Iri Hati Dan Dengki
Iri hati dan dengki adalah beberapa ruang yang menjadi pintu bagi syaitan untuk memasuki hati manusia. Angan – angan yang berlebihan, dapat membuat seseorang buta dan tuli. Bila tidak dilandaskan iman, seorang yang berangan-angan cenderung akan melakukan berbagai cara untuk mendapatkan apa yang dicitanya. Demikian sifat iri hati dan dengki.
Sifat ini berasal dari kecintaan terhadap hal-hal yang bersifat material, kehormatan, dan pujian. Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya ada sifat ini. Manusia juga tak akan pernah berasa bersyukur, kerana selalu merasa kurang.
Dia selalu memandang ke atas, dan seolah tidak rela melihat orang lain memiliki kelebihan melebihi dirinya. Maka hapuskanlah terlebih dahulu sikap cintai dunia, sehingga dengki menghilang
Rasulullah bersabda:
“Tidak boleh dengki kecuali kepada dua orang. Iaitu orang yang diberi harta oleh Allah, kemudian membelanjakannya di jalan yang benar. Dan orang yang diberi hikmah oleh Allah, kemudian memutuskan persoalan dengannya dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari).
3. Menjauhkan Diri dari Sifat Amarah dan Keras Hati.
Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan akal. Jika akal sudah lemah, tinggallah hawa nafsu. Dan syaitan pun leluasa melancarkan serangannya, lalu mempermainkan diri manusia.
Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis pernah berkata, “Jika manusia keras hati, maka kami akan membaliknya sebagai anak kecil yang membalik bola.”
4. Memupuk Sifat Pemaaf.
“Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.”
Surah Al-A’raf : 199.
Allah sang Khaliq, Maha Pemaaf terhadap hambaNya.
Tak kira sebesar gunung atau sedalam lautan kesalahan seorang hamba, jika dia bertaubat dengan sungguh-sungguh, maka Allah akan membukakan pintu maaf selebar-lebarnya.
Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong, dengan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf. Insya Allah, dengan begitu, hati akan lebih terasa lapang.
Rasulullah bersabda,
“Bertakwalah kepada Allah di mana engkau berada, tindaklanjutilah kesalahan dengan kebaikan, nescaya kebaikan tersebut menghapus kesalahan tersebut, dan bergaulah dengan manusia lain dengan akhlak yang baik.”
(HR. Hakim dan At-Tirmidzi).
5. Husnuzon (Berprasangka Baik).
Allah berfirman:
“Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.”
(QS. Al-Hujurat : 12).
Adakalanya seorang muslim berburuk sangka terhadap seorang muslim lainnya sehingga dia memperkecilkan orang lain. Dia mengatakan macam-macam tentang orang lain, dan mengatakan dirinya lebih baik.Tentu, perkara ini yang tidak benar. Setiap muslim harus mengawasi diri terhadap titik-titik yang cenderung untuk memancing tuduhan, agar orang lain tidak berburuk sangka kepadanya.
6. Ikhlaskan Diri.
Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukan. Orang yang ikhlas dapat meniatkan segala tindakannya kepada Allah. Dia tidak memiliki jiwa yang bersifat duniawi. Apabila Allah mengujinya dengan kenikmatan, maka dia bersyukur.
Bila Allah mengujinya dengan kesusahannya pun, dia bersabar. Dia selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya. Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah. Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.
Memaafkan adalah bentuk rasa cinta yang tertinggi dan yang terindah, Sebagai balasannya kita akan menerima kedamaian dan kebahagiaan yang tak terhingga. Kadangkala, sulit membiarkan cinta membimbing kita pada saat hati kita disakiti oleh orang lain. Tetapi, biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberi maaf..
SUMBER: AKUISLAM
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mulan Jameela Berjaya Terima Ijazah, Terkenang Susah Payah Sewaktu Belajar Dalam Usianya

Mengejar pendidikan itu bukanlah mengira soal faktor umur ataupun masa yang singkat. Kita juga sangat digalakkan untuk menimba ilmu meski dalam apa jua keadaan sekali pun kerana ia boleh di manfaatkan seketika nanti.
Artikel berkaitan: Bukan Lagi ‘Makhluk Tuhan Paling Seksi’, Imej Mulan Jameela Yang Sopan Membuat Ramai Yang Kagum
Baru-baru pelantun suara Makhluk Tuhan Paling Seksi, Mulan Jameela, berjaya merangkul segulung ijazah. Rasa syukurnya dikongsi bersama di laman sosial media miliknya dan ramai yang kagumi usaha penyanyi tersebut.
Mudah bukan ada pada kamus kehidupan Mulan Jameela

Penyanyi terkenal Indonesia, Mulan Jameela, menitip rasa syukur kerana berjaya menamatkan pengajian S1 secara rasminya pada 30 Oktober (Ahad). Dia berjaya merangkul ijazah di Universiti Nasional Republik Indonesia selepas empat tahun sesi pembelajaran.
Perkongsian kejayaan ini dimuat naik olehnya di laman sosial media Instagram ingin menzahirkan rasa syukur dan gembira. Mulan juga terkenang akan usaha dan cabaran yang ditempuhinya sepanjang proses pembelajaran yang dia lalui.
“Bertahun-tahun saya minta izin suami untuk sambung belajar, akhirnya dapat keizinan pada tahun 2018. Saya mengambil masa untuk mencari universiti yang sesuai dengan jurusan pilihan saya, Qadarullah, saya jumpa Universiti Nasional Republik Indonesia,
Ini bukan merupakan pengalaman pertama buat Mulan Jameela, dia pernah menjalani sesi pembelajaran di kolej seketika dahulu. Oleh sebab yang tertentu, dia terpaksa menamatkan pelajarannya.
“Dan saya sambung pengajian pada peringkat sarjana di sana setelah melalui pelbagai fasa dalam kehidupan. Sudah sekian lama meninggalkan kolej yang terdahulunya saya hanya menulis tesis sahaja.” katanya.
Artikel berkaitan: Dahulu Mulan Jameela ‘Makhluk Tuhan Paling Seksi’ Kini Sopan Berjubah Dan Bertudung Labuh
Penyanyi terkenal itu juga tidak menghiraukan faktor usianya dalam melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah. Dia membuktikan bahawa tidak terlambat untuk seseorang mendapat pendidikan tinggi. Juga dia turut menitipkan rasa berterima kasih kepada keluarga yang sentiasa menjadi tulang belakang buatnya.
Sumber: Liputan6 dan Instagram Mulan Jameela serta Officialjamelianz
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jika Datang Ke Masjidilharam & Masjid Nabawi Salah Satu Perkara Perlu Elak, Jangan Pakai Abaya Warna Terang

Pakaian ataupun outfit ketika menunaikan ibadah umrah perlu diambil perhatian oleh kaum wanita. Pemilihan pakaian sesuai adalah amat penting untuk memudahkan pergerakan dan keselesaan untuk beribadah di sana.
Di samping itu juga ada beberapa perkara penting yang kaum wanita jangan sesekali terlepas pandang dalam soal pemilihan pakaian ketika berada di Tanah Suci. Seeloknya, jubah atau abaya perlulah selesa dipakai, tidak meleret dan tidak terlalu nipis atau tebal.
Berikut perkongsian daripada Masnira Ramli yang menyentuh tentang pemakaian ketika menunaikan umrah.
Datang umrah sudah boleh pakai jubah berwarnakah? Kalau ikutkan dari dahulu, tiada masalah untuk jemaah umrah/ haji wanita untuk pakai jubah berwarna selain dari warna hitam.

Kini, sejak visa pelancong diperkenalkan, etika berpakaian semakin longgar untuk jemaah dan pelancong. Dari segi undang-undang, tidak salah memakai jubah berwarna atau pakaian lain selain dari jubah asalkan sopan.
Cuma menyentuh dari segi budaya, amatlah tidak sesuai memakai jubah yang berwarna terang dan design yang sarat sehingga membuatkan banyak mata memandang atau tertarik. Terutama apabila datang umrah.
Solat di dalam masjid dengan jubah yang berwarna terang, design yang terlalu cantik juga boleh membuatkan jemaah lain terganggu ibadahnya, apatah lagi orang berlainan jantina. Menarik banyak mata untuk memandang.

Kita ulangkaji bab adab-adab wanita untuk ke masjid.
* Keluar dalam keadaan menutup aurat dan berpakaian sopan.
* Tidak bersolek dan memakai bau-bauan.
* Lebih elok dalam keadaan ditemani dengan mahram, suami, atau kawan-kawan.
Jadi, jika bertanya pendapat saya untuk ke Masjidilharam dan Masjid Nabawi, lebih baik memilih pakaian yang menutup aurat dengan sempurna, tidak berwarna terang, design yang simple dan tidak sarat serta kurang hiasannya. Begitulah. Pesanan ini untuk diri saya sendiri juga.

Saya teringat ada suatu masa saya sedang solat terawih di masjid berdekatan rumah, ada seorang wanita menegur saya dengan baik sambil menunjukkan sulaman corak di pergelangan abaya yang saya pakai.
Katanya abaya itu tidak sesuai dipakai untuk ke masjid. Lebih baik pakai yang kurang atau tiada langsung hiasannya. Sejak itu baru saya perasan wanita tempatan memakai abaya kosong sahaja untuk ke masjid hatta ketika solat hari raya.
Kesimpulannya bersederhana itu lebih baik termasuklah dalam soal berpakaian. Pilihlah warna pakaian yang tidak mengundang untuk banyak mata memandang.
Sumber kredit: Masnira Ramli Top image: Photo by rhyan-stark from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI