Pelakon, penyanyi dan pengacara TV terkenal, Alif Satar sering kali menjadi perhatian ramai atas bakatnya yang sangat baik. Alif merupakan seorang bapa kepada 3 orang anak dan suami kepada Sha Dila Halid. Pelakon utama bagi drama yang sedang meletop iaitu ‘Risik Pada Hati ini’ pastinya tidak lari dengan cabaran besar.
Hakikat berada di dalam dunia hiburan, pasti perlu menjaga tatasusila dan diri sendiri. Sebagai pelakon yang sudah berumah tangga, Alif Satar juga amat bersyukur kerana isterinya, Shadila Halid sangat memahami dan mempercayai dirinya. Lebih-lebih lagi apabila watak yang dibawa adalah watak suami isteri.
“Saya sendiri akan menjaga batas apabila berlakon dengan pelakon wanita,” kata Alif Satar di dalam temubual bersama Astro Gempak
Shadila Halid juga memberi sepenuh kepercayaannya kepada Alif Satar. Menurut Shadila Halid, dia mengetahui bahawa suaminya, Alif Satar tahu tentang limitasi sebagai suami dan juga sebagai seorang bapa. Malah, Alif juga mengatakan bahawa sebagai seorang yang beragama Islam, batasan itu sangat penting dan Alif Satar akan cuba mengelak babak mesra yang perlu bersentuhan dengan pelakon wanita.
Artikel Berkaitan: Bukan Hanya Alif Satar, Ibu Bapa Serta Adik Bongsunya Juga Disahkan Positif Covid-19
“Jika boleh elak dari bersentuhan dan apabila perlu berpegangan tangan saya akan pastikan ianya berlapik. Saya juga akan memastikan keselesaan sesama pelakon.
“Dalam drama Risik Pada Hati, walaupun perlu melakonkan babat berat, namun tidak semestinya saya perlu melakukan aksi yang boleh mengundang kecaman atau kontroversi peminat dan penonton.
“Lagipun saya merupakan orang Islam dan netizen sekarang ini juga sudah pandai menegur apa yang mereka rasa tak sesuai,” jelas Alif Satar.
Pelakon Risik Pada Hati itu memberitahu rakan media bahawa dia akan sedaya upaya untuk mengelakkan dirinya daripada melakonkan babak mesra yang keterlaluan dan lebih memikirkan tentang isteri beserta penonton di luar sana. Oleh kerana itu, Alif Satar dipuji orang ramai.
Sikap Alif Satar yang berfikiran logik dan sensitif terhadap wataknya itu membuatkan isterinya tidak risau pada suaminya. Dengan adanya seorang isteri yang sangat memahami dan memberi kepercayaan yang tinggi pada suami. Jadi, perkara tersebut tidak menjadi masalah pada Alif Satar. Beruntung Alif Satar mempunyai isteri yang sangat memahami.
https://www.youtube.com/watch?v=NkaQucoCyts&list=PLwTVJflD5bmEfl5dvN8Y8DfarjYGHwZGI&index=4
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI