Jika Menjadi Muslimah Yang Baik, Penuhi Rekaan Kamu Mengikut Syariat Islam. Pesan Engku Emran Pada Laudya Cynthia Bella.

Share

Selebriti yang digemari di serantau Indonesia ini, seringkali diidolakan dengan cara pemakaiannya yang cukup sopan dan tetap bergaya. Laudya Cynthia menjadi ikon inspirasi bukan sahaja di Indonesia, lihat sahaja cara beliau bertutur sungguh menyenangkan.

Figura cantik ini mahu mengilhamkan rekaan baju yang tidak mengikut bentuk badan yang mempunyai gaya gadis seberang. Beliau betul-betul berubah setelah menjadi isteri kepada Engku Emran, penampilan gaya sopan dan bertudung melepasi dada adalah keselesaanya buat masa ini dan insyallah selamanya.

“Alhamdulilah sekarang saya tidak lagi rasa selesa memakai baju yang ‘bodyfit’ atau mengikut bentuk badan.

“Ada juga yang bertanya kenapa tidak ada koleksi baju kecil yang mengikut bentuk badan. Tapi sebenarnya saya sendiri sangat selesa dengan baju longgar jadi bagaimana mahu menjual baju yang ‘bodyfit’,” ujarnya yang turut mendapat sokongan suami tercinta, Engku Emran.

Menurut Bella lagi, suaminya itu tidak menolak idea yang dikemukakan Bella sebaliknya menasihati.

“Suami pesan jika ingin mendapatkan pahala apabila ramai orang yang  akan memakai baju yang kamu reka nanti. Pastikan baju berkenaan harus disesuaikan dengan syariat islam.

“Alhamdulilah dengan dorongan dari mertua, suami dan sokongan peminat rezeki saya mencurah-curah dan saya tidak mahu mereka mengikuti saya dengan stail yang akan menambah lagi dosa saya.”

“Mungkin dengan ini saya dengan perlahan-lahan akan berhenti untuk memakai seluar mengikut pinggul yang boleh menampakkan susuk tubuh,” tambahnya lagi.

Sementara itu, ibu mertuanya juga turut memberi pesanan kepada Bella jika mahu menjadi Muslimah yang baik, wajib memakai skirt berbanding seluar kerana seluar itu lebih menyerupai lelaki.

Menolak Dengan Baik Permintaan Produksi

Tidak melepaskan pesanan mertuanya berlalu begitu sahaja Bella terus istiqomah dengan menolak permintaan produksi yang ingin dia menggayakan pakaian mengikut bentuk badan.

Malah Bella sendiri membuat permintaan agar pakaiannya juga biarlah rekaannya besar dari tubuh.

Dalam pada itu, Bella yakin dengan ketentuan rezeki yang ada dan tidak akan berkurangnya rezeki Allah SWT. sekiranya dia menolak permintaan sebegitu.

Tetapi sekiranya sebelum ini dia telah mengikat kontrak bersama, tanggung jawab berkenaan akan dilunaskan mengikut permintaan

Momen Perjalanan Ketika Travel Inspirasi L by LCB

Pada majlis serba ringkas dan indah ini, pelancaran L by LCB di mana setiap hijab yang direka mempunyai inspirasi tersendiri iaitu idea yang tercetus ketika Bella sendiri melancong ke luar negara.

Momen dan perjalanan ketika travel adalah satu perasaan yang senang bagi Bella untuk diilhamkan dalam setiap rekaan tudungnya.

Bergerak secara pasaran di atas talian, Bella melangkah ke setapak lagi pertama kalinya Bella membuka fizikal stor yang menjual semua barangan di atas label L by LCB.

Fizikal stor yang di buka pertama di Robinson dan seterusnya di Publika Kuala Lumpur sekitar lima bulan lalu di atas permintaan ramai dan setelah menetap terus di Malaysia.

Tidak Meletakkan Sasaran Atau Kelas Tersendiri

Populariti yang dimiliki sebagai pelakon, Bella tidak meletakkan standard untuk mereka memiliki hijabnya.

Bagi Bella sesiapa sahaja mampu memilikinya walaupun fizikal stor L by LCB ini terletak di Robinson mahupun Publika Kuala Lumpur.

Bezanya kedua-dua stor ialah Robinson mempunyai pelanggan yang memang mahu membeli belah manakala Publika ramai yang mengunjunginya kerana tempat ini lebih santai dan strategik.

Selain daripada koleksi hijab, Bella juga mengeluarkan baju RTW, persediaan umrah, LBroochSwarovski dan yang menariknya kek chees Bandung Makuta yang segar  dan sedap dari Bandung.

Published by
SH