Salah pemahaman besar yang sering dialami oleh anda yang kulit berminyak adalah menganggap bahawa berminyak sama dengan kulit terlalu lembap. Kenyataannya ini salah.
Perlu anda tahu bahwa kulit yang berminyak sering kali dehidrasi, sehingga akhirnya kulit memproduksi sebum berlebih untuk melindunginya dari kekeringan yang akhirnya menjadi makin banyak minyak.
Untuk itu anda perlu sedari dengan betul kondisi kulit wajah sebenarnya agar boleh merawatnya dengan tepat. Jadi anda boleh semak, jika anda mengalami 10 tanda ini, bererti kulit anda berminyak tapi dehidrasi.
1. Berminyak tapi kering
Menjelang siang hari, biasanya mulai banyak minyak muncul di area T-zone-lalu berkembang ke seluruh permukaan kulit wajah. Ya, wajah anda sering kali berminyak menjelang siang hari dan seterusnya. Tapi di sisi lain anda juga merasa kulit wajah seperti kaku, kering dan berkedut kekurangan cairan.
2. Mekap sering cakey
Mekap yang cakey tidak hanya terjadi pada yang berkulit kering. Kulit berminyak yang dehidrasi pun akan sering mengalaminya. Ketika memakai mekap wajah anda akan lebih mudah cakey dan tidak mudah diratakan. Lalu pori pun akan mudah tersumbat.
3. Wajah terasa kering dan tegang setelah dicuci
Ads
Anda memakai pembersih wajah khusus kulit berminyak? Mungkin akan sering terasa sensasi ini. Ya, setelah mencuci wajah terasa kesat dan kaku. Di satu sisi lain anda terasa wajah jadi bersih bebas sebum, tapi sebenarnya ini menandakan wajah anda kehilangan kelembapan alaminya sehingga mengalami dehidrasi.
4. Selepas exfoliating, mekap di wajah masih terlihat cakey
Untuk membantu makeup agar lebih smooth di wajah anda lakukan rutin exfoliating. Namun ternyata hasilnya masih sama saja. Ini terjadi bukan hanya kerana penumpukan sel kulit mati semata namun kerana kulit wajah anda dehidrasi sehingga mekap sukar disapukan dengan sempurna.
5. Terdapat garis kedutan halus di area bawah mata dan sekitar mulut
Ads
Cuba perhatikan area sekitar mata dan mulut, adakah muncul garis halus yang sering membuat mekap jadi crack? Padahal usia anda masih muda, belum sampai 30 tahun? Ini boleh terjadi keranana kulit yang dehidrasi. Ya, kulit yang dehidrasi mendorong kedutan dan garis halus lebih cepat muncul, khususnya di area yang berkerut saat anda terseyum, seperti area sekitar mulut dan mata.
6. Pori wajah kelihatan jelas
Pori wajah anda kelihatan besar dan kasar? Ya ini memang sering terjadi pada kulit yang dehidrasi tapi berminyak. Ketika kulit anda mengalami dehidrasi atau kekurangan cairan dan kelembapan, pori-pori akan secara lansung kelihatan lebih besar dan menonjol.
7. Sukar temu kosmetik yang sesuai
Anda akan kesukaran menemukan skincare atau pun mekap yang benar-benar sesuai untuk kulit. Ketika pilih untuk kulit berminyak, kulit anda cenderung jadi kering namun ketika pilih yang biasa atau untuk kulit kering kulit anda malah jadi makin berminyak.
Ads
8. Area T-zone di wajah sangat berminyak
Seperti yang sudah disebutkan sebelumnya, area T-zone pasti akan jadi ‘ladang minyak’ di area wajah anda. Area dahi dan hidung ini memang cenderung lebih banyak memproduksi sebum dibandingkan area lainnya pada wajah.
9. Rambut kelihatan kering dan kulit kepala berminyak
Kulit yang berminyak dan dehidrasi tidak hanya akan terlihat pada kulit wajah tapi juga kulit kepala anda. Kulit kepala akan sangat mudah untuk berminyak. Sehari saja tidak basuh rambut, ia akan berbauu dan kotoran mudah sekali menempel yang akhirnya jadi kelemumur. Namun di sisi lain, helai rambutmu, khususnya di bahgian ujung sangatlah kering.
10. Bibir mudah kering dan merekah Ketika cuaca panas
Selain kulit kepala, bibir juga jadi bahagian yang boleh menunjukan keadaan kulit wajah yang berminyak tapi dehidrasi. Ketika cuaca panas di mana anda umumnya kekurangan cairan, bibirmu biasanya akan jadi ekstra kering sampai mengalami pecah-pecah.
Jika anda 5 antara 10 tanda di atas, bererti kulit wajah anda termasuk jenis berminyak tapi dehidrasi atau oily dehydrated skin. Untuk itu, anda perlu pandai memilih skincare atau pun mekap yang boleh menghidrasi dengan baik namun tidak menyumbat pori.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Anda mungkin kerap ‘travel’ ke sana ke mari terutama yang berkaitan dengan urusan kerja. Keadaan ini tentunya membuatkan sering mengalami ‘Jetlag.’
Jetlag biasanya dialami oleh mereka yang sering travel ke negara orang. Meskipun begitu rasa tidak selesa ini tentunya akan menyebabkan anda rasa tidak bermaya dan letih lesu.
Boleh ikut tip untuk menghilangkan jetlag seperti yang dikongsikan oleh Dr Rizal Abu Bakar ini.
Nak hilangkan jetlag? Ramai akan angguk. Jetlag berlaku sebab beza masa tempat kita travel dengan tempat tinggal kita.
Contohnya kalau pergi buat umrah. Beza masa 5 jam. Bila balik kita masih dok ikut masa kat Makkah.
Masa makan, masa tidur masih kat sana. Tapi kita dah kat Malaysia. Mengantuk dan lapar ikut waktu sana.
Macam mana nak keluar cepat dari jetlag ni? Senang saja. Elak dari ikut waktu sana dengan buat 3 benda ini:
1. Pukul 12 lebih keluar rumah dan dapatkan cahaya matahari. Benda ini penting untuk reset circadian rhythm atau jam biologi kita.
2. Kalau mengantuk sangat tidur tidak lebih dari 30 minit. Kunci jam. Minta orang kejutkan. Bila bangun terus mandi.
3. Makan pada waktu kita bukan waktu negara kita lawat. Ikut timetable Malaysia.
Kalau lapar sangat tengah malam, ambil sepotong buah saja. Itu dah memadai untuk trick otak yang anda sedang makan. Minum air.
4. Buat senaman ringan waktu atau petang.
5. Gelapkan rumah seawal jam 9:30. Buka lampu satu tempat saja. Ini akan bantu melatonin untuk keluar. Melatonin adalah hormon tidur.
6. Masa nak tidur pastikan suhu bilik sekitar 22-24 darjah celsius. Ini akan bantu melatonin keluar.
7. Pastikan bilik tidur gelap tanpa cahaya. Kalau kulit (organ terbesar manusia) detect ada cahaya, dia akan relay information ke otak kata hari masih siang. Pengeluaran melatonin akan terbantut.
8. Lepas makan malam boleh ambil suplemen magnesium dan ashwagandha. Kedua dua ini akan bantu dapat tidur nyenyak.
9. Elakkan minuman berkafein selepas jam 2.00 petang. Kafein boleh sebabkan tidur terjaga-jaga.
10. Elak dari guna handphone, tengok movie atau aktiviti yang bagi cergas 4 jam sebelum tidur.
Cuba buat 8 ini dulu. Insyaa Allah dapat break cycle jetlag dengan cepat. Selamat mencuba.
Tidak dinafikan ramai dalam kalangan selebriti atau orang kenamaan yang gemar bertudung bawal sama ada dari fabrik cotton atau satin. Salah seorang darinya adalah Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Nampak gaynyaa tudung bawal kembali bakal jadi pilihan untuk digayakan hijabi yang gemarkan tudung bawal. Dengan material fabrik yang ringan dan tidak panas serta menjadikan wajah nampak menarik untuk digayakan dan sangat ‘on point’.
Beliau memang senang sekali menyarung bawal, terutama polos setiap kali dalam apa jua majlis dihadiri. Tanpa gaya berlebihan hanya disimpul sahaja di bahagian depan menjadikan stail hijabnya ringkas tetapi sangat menarik.
Bukan beliau sahaja meminati tudung bawal, anak kesayangannya, YB Nurul Izzah juga turut gemar menyarung bawal. Hijab yang sama tetapi suntikan moden menjadikan stail digayakan sangat eksklusif.
Pernah ditanya katanya kenapa tidak beralih kepada selendang, penggayaan tudung bawal jadi pilihan kerana memudahkan setiap pergerakan dan tidak panas.
Tular baru-baru ini perkongsian pelakon tempatan Aaron Aziz mengenai status dia digugurkan sebagai pelakon filem The Original Gangster.
Membuat satu hantaran di Instagram, Dato’ Aaron Mustapha Aziz menjelaskan percubaannya dalam menurunkan berat badan demi membintangi filem arahan Syamsul Yusof itu.
Tidak berdiam diri, isteri kepada pelakon terkenal itu, Datin Diyana Halik membuat satu hantaran khas untuk menyuarakan ketidakpuasan hatinya ekoran statement yang diberikan tentang tubuh badan suaminya.
“Selepas menenangkan diri sempena bulan suci Ramadan, saya ingin membuat satu pesanan. Perasaan bercampur-baur melihat apa yang terjadi di media sosial,
“Hati saya sedih melihat suami saya (Aaron Aziz) di hina secara terbuka,
“Selama ini saya tidak pernah terfikir untuk meluahkan sesuatu yang peribadi di sosial media. Tetapi kali ini tidak lagi dan saya ingin melindungi hak suami saya.” tulisnya.
Katanya, apa yang menjadi kepentingan sekarang adalah soal maruah suaminya apabila ramai mempersoalkan tentang perubahan badannya itu.
“Saya lihat usaha suami saya untuk menjayakan projek ini. Bukanlah ingin menyoal tentang rezeki yang ‘ditarik’ malah lebih kepada ingin menegur cara yang ‘tidak menghormati’ pihak lain, SubhanaAllah,
“Berjurai air mata saya demi projek ini. Pertama kali dalam hidup saya sebagai pengurus terpaksa lalui perkara sebegini,
“Sebagai pengajaran, biarlah kita berpada-pada. Berbudi bahasa sangat penting. Terima kasih Allah SWT kerana lindungi suamiku dari projek ini. Allah SWT lebih mengetahui apa yang baik.” katanya lagi.
Sekadar info, Aaron Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa dia terpaksa menurunkan berat badan mengikut ideal yang diingini pengarah, Syamsul Yusof. Dia juga terpaksa lalui beberapa suntikan untuk berusaha dapatkan badan yang digambarkan itu.
Sumber: Instagram @Diyanahalik
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sopan menawan, gaya aktres Cut Syifa terima anugerah SCTV 2024 dalam persalinan dress biru rekaan Dimas Singgih raih pujian peminat.Selebriti Indonesia yang konsisten berhijab...