Khusyuk dalam solat berlaku pada seseorang yang mengosongkan hatinya untuk solat yang dikerjakannya. Hati akan melupakan perkara lain untuk memberi keutamaan kepada solat. Maka, pada masa itulah solat akan menjadi penyejuk hati.
Amat beruntung kepada orang yang mendirikan solat dengan penuh khusyuk sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Mukminuun ayat 1 dan 2 bermaksud: “Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.”
Khusyuk dalam solat itu merupakan antara kunci yang penting untuk memberi kesan yang baik secara efektif kepada orang yang mendirikannya. Belajar dan didik diri kita untuk fokus ketika solat agar matlamat untuk kusyuk dalam solat tercapai.
ENAM AMALAN MENDAPATKAN KHUSYUK DALAM SOLAT
Berkata Imam Al-Ghazali ada enam perkara yang hendaklah dikerjakan oleh orang yang sembahyang supaya tergolong ia di dalam kalangan orang-orang khusyuk di dalam solat.
1. Hudhurul Qalbi ertinya hadirkan di dalam hati perasaan sedar dengan kehadiran Allah dalam diri dan merasakan dirinya dekat dengan Allah dan sedang bersamaNya maka jadilah hatinya hidup langsung menuju Allah.
2. At-Tafahhum ertinya mencuba sedayanya memahami setiap perbuatan dalam solat dan cuba memahami sungguh-sungguh segala bacaan dalam solat yang sedang didirikan dan menghayati setiap gerak laku solat dan bacaannya pada zahir dan batin.
3. At-Ta’dzhim ertinya merasakan dalam hati kebesaran Allah dengan cara merasakan diri kita ini sangat kecil lagi hina tidak berdaya apa-apa di hadapan Allah.
4. Al-Haibah iaitu merasakan sangat takut ketika berdiri di hadapan Allah dan takut pada marahNya dan takut untuk melanggar perintahNya.
5. Ar-Roja’ iaitu sangat-sangat berharap kepada Allah agar Allah sudi menerima ibadahnya itu dan sangat mengharapkan Allah perkenankan segala doanya.
6. Al-Haya’ iaitu merasa sangat malu kepada Allah atas segala kekurangan dan ketidak sempurnaan yang terdapat di dalam solatnya. Merasa sangat malu dengan sebab kesilapan dan dosa dan sangat malu pada kelemahan diri dan segala aib diri yang selalu berlaku berulang-ulang.
Dari Kitab Ihya Ulumiddin dengan ringkasan. Wallahua’lam
HIJABISTA: Didik hati kita untuk senang berzikir, suka mendengar nasihat, gemar menghayati Al-Quran serta khusyuk ketika solat. Apabila seseorang berasa berat dan tidak suka solat, membaca al-Quran, berzikir dan mendengar nasihat, hatinya rosak, keras dan tidak sihat.
Sumber kredit: Ustaz Azhar Idrus Top image: Canva
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tergedik Ketika Sarung Cincin Nikah, Ustazah Tegur Jadilah Wanita ‘High Class’…Amal Doa Ini Elak Gemuruh
Pasti ramai yang terkesima melihat seorang wanita yang malu-malu ketika sarung cincin, hati pasti terdetik ‘waa momen yang memberi seribu debaran, pastinya si mempelai pandai menjaga batasan sebelum bernikah….’ Namun apa yang dibualkan ianya seperti trend dan menjadi ikut-ikutan.
Wanita mana malumu?
Menerusi perkongsian di Facebook, Ustazah Sharifah Zahidah Syed Noh bagaimana berpandangan sebaliknya.
Saya rasa, macam semakin trending pula video ‘pengantin malu-malu’ untuk sesi pembatalan air wuduk dan kemudian diviralkan dengan caption yang menunjukkan ‘betapa muslimah’ dan ‘betapa sucinya’ pengantin perempuan yang menjadi bukti dia tak pernah disentuh mana-mana lelaki sebelum ini. Lagi advanced aksi gelabah malu yang ditunjukkan, lagi tinggi darjat dan kesucian wanita itu di mata orang.
Ada yang menggeletar waktu nak salam suami sambil tergelak-gelak meliuk lintuk badannya ke kiri dan ke kanan. Mula-mula tunjuk menggeletar, lepas tu main tarik-tarik tangan, cuit-sentuh sikit-tarik tangan macam kena renjatan elektrik, lepas tu gelak-gelak lagi, lepas tu main cuit tarik cuit tarik – sampai penonton semakin galak mengusik dan suasana pun menjadi riuh rendah.
Sweet dan comel katanya bila malu-malu pada sentuhan pertama.
Sesi sarung cincin yang ringkas dan sepatutnya berlangsung selama 10 saat dengan ucapan alhamdulillah selepas selamat menyarung cincin ke jari masing-masing, akhirnya menjadi satu sesi nakal yang kadangkala diselang seli dengan usikan lucah dan memalukan dari penonton dan memakan masa lebih lama, lantas meletakkan pengantin perempuan yang konon sedia malu itu dalam situasi memalukan yang jauh lebih panjang.
Saya teringat Syeikh saya di Syria dulu pernah berpesan,
“Real muslimah when they feel shy, it shows on their faces and not their inappropriate action. But people know. And people respect them out of knowing that. Just like the story of Musa with daughters of Nabi Syuib alaihissalam…”
Pesanan akhir beliau,
“…. If you really feel shy, you wont giggle out of your shyness. Shyness is an act that uplift a woman. Giggling out of shyness (gedik) just makes women a target for bad and unappropriate jokes..”
Ya, begitulah. Wanita muslimah yang benar-benar malu untuk acara sarung cincin, takkan tergedik tunjuk malu dan membiar diri menjadi bahan gelak dan usikan ramai orang. Yang betul-betul malu, akan kaku (tetapi tetap matang dan mampu memberi kerjasama) lantas menyegerakan proses sehingga tak mengundang apa-apa usikan dan imaginasi liar terhadap mempelai.
Kita ibu yang ada anak perempuan ni, nasihatkan anak-anak gadis kita yang bakal berumahtangga kelak. Jika benar-benar malu dan tak selesa, tangguhkan acara dan jadikan ianya sesi tertutup saja. Simple. Bukan meneruskan acara buat tatapan umum sehingga jadi satu sesi usikan yang menggores maruah wanita. Saya yang lihat, terasa jauh lagi malu. Percayalah, tak sweet pun begitu.
Wanita yang high class adalah wanita yang setiap gerak gerinya terpandu dan membuatkan dia mendapat lebih banyak penghormatan dari orang. Bukan jadi bahan usikan-usikan galak orang sekeliling.
Saya sayang kalian, adik-adik muda yang bakal berumahtangga. Kerana itu saya menulis. Supaya trend ini tak semakin galak dan kian diviralkan. Simpan malu-malu kalian di depan suami dalam saat peribadi kalian. Biar kalian saja yang menikmati saat-saat malu itu. Jangan pertontonkan kepada kami secara percuma. Ianya menggores kemuliaan kalian.
Senarai doa hilangkan rasa gemuruh
Gemuruh itu normal. Semua orang akan berasa gemuruh. Gemuruh yang akan membuatkan kita ‘alert’ dengan sesuatu. Sebab fikiran kita hanya tertumpu pada satu benda yang dirisau-risaukan. Gemuruh ini adalah ketika kita berasa risau dan takut dengan apa yang akan terjadi. Jadi ada banyak cara nak hilangkan perasaan gemuruh. Antaranya adalah doa.
1. Doa minta tolong
Ya hayyu ya Qayyum, birahmatikas taghis
Maksudnya: Wahai Tuhan yang Maha Menghidupkan, yang berdiri sendiri tidak memerlukan sesuatu dengan rahmatMu, aku mohon pertolongan
Doa ini merupakan satu sabda Rasulullah daripada Anas Bin Malik. Sebelum apa-apa, kita mohon pertolongan daripada Allah terlebih dahulu untuk memudahkan kita supaya semuanya berjalan dengan lancar. Apa jua perkara yang kita nak hadapi selepas itu.
2. Doa permudahkan urusan
Allahumma la sahla illa ma ja ‘altahu sahla. Wa anta taj ‘alul hazna iza shikta sahla.
Maksudnya: Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau mudahkan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau menghendakinya
Ini merupakan hadis daripada Anas Bin Malik.
Selepas kita memohon pertolongan daripada Allah untuk keseluruhan proses membuat sesuatu yang kita takut-takutkan, maka kita mohon pula Allah permudahkan supaya semuanya tenang dihadapi oleh kita sendiri.
3. Doa Nabi Musa
Qola Rabishrah li, sodri wayassirli amri, wahlul ‘ukdatam millisani yafqohu qauli.
Nabi Musa pun berdoa: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku tugasku, dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku
Ini diambil daripada Surah Taha ayat 25-28.
Menurut tafsir, ayat ini menceritakan kisah Nabi Musa yang nak menghadapi Firaun, raja yang paling kejam dan tidak mengenali Tuhan selain dirinya sendiri. Nabi Musa sangat nervous untuk hadapi Firaun. Maka, dibacanya baginda ayat di atas.
4. Doa Nabi Yunus
La ila ha illa anta subhanaka inni kuntu minazholimin
Maksudnya: Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang zalim
Doa ini terdapat di dalam Surah Al-Anbiya ayat 87.
Banyak riwayat daripada At-Tirmidzi, An-Nasaie, Ahmad dan lain-lain menyampaikan yang Rasulullah pernah bersabda, barangsiapa membaca doa ini, maka Allah akan kabulkan permintaannya. Maka mintalah ketenangan jiwa dan kemudahan untuk melakukan apa yang ditumpukan.
5. Memuji kesucian Allah
Daripada Abu Hurairah RA, “Ketika Rasulullah risau tentang sesuatu, baginda akan pandang (dongak) ke langit dan berkata ‘subhanallahil azim’.
Ini adalah sunnah daripada baginda sendiri ketika risaukan sesuatu. Kalimat ini merupakan antara dua kalimat yang Rasulullah sebutkan ringan di mulut tetapi berat di timbangan amal, menurut hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Maka ucapkanlah kalimat ini dengan lazim.
6. Membaca Surah Al-Inshirah
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)? Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Kelapangan hati itu hanya dikurniakan oleh Allah. Maka, bila nak buat sesuatu dan hari pun tidak tenteram, maka kembalikanlah urusan itu kepada Allah. Surah ini mengingatkan kepada kita yang tatkala kesusahan pun adanya kesenangan. Berimanlah dengan ayat Al-Quran. Sedikit sebanyak dapat melegakan kerisauan yang sedia ada.
Sumber:Aku Islam
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dr Sheikh Muszaphar Ajak Ibu Bapa Didik Anak Minat Membaca Secara Dalam Talian.
Bersempena dengan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang bertemakan ‘Malaysia Prihatin’, Thomas & Friends™ menyasarkan untuk mempromosikan nilai persahabatan, kerja berpasukan dan pengembaraan melalui karnival secara dalam talian. Karnival yang menyeronokkan ini untuk keluarga meluangkan masa yang berkualiti di rumah bersama anak-anak.
Sesi membaca eksklusif oleh Dr Sheikh Muszaphar dan sesi membaca mingguan bersama pencerita tempatan menerusi Facebook Live. Teruja dengan kolibrasi ini melalui muat turun di laman sosial instagram, pasti ramai yang tak sabar untuk menonton siri popular Thomas & Friends™ yang sentiasa menampilkan nilai-nilai positif.
“Saya amat meminati pengembaraan Thomas & rakan-rakannya. Saya sangat berbesar hati dan gembira dapat turut terlibat dengan sambutan ini dan berkongsi bacaan cerita khas ini kepada semua orang. Tahniah Thomas & Friends™ kerana berjaya mencapai kejayaan sehebat ini! ” kata Dr Sheikh Muszaphar Shukor.
Gabungan elemen pendidikan dan hiburan satu kelainan
Menariknya lagi, Thomas & Friends™ akan melancarkan episod baru dan istimewa serta cerita pendek, muzik, mainan, buku, kolaborasi menarik, dan ‘podcast’ baru untuk kanak-kanak pada tahun ini.
Episod terbaru Thomas & Friends™: ‘The Royal Engine’ menampilkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Permaisuri (Her Majesty) dan Duli Yang Teramat Mulia Putera Wales, sebagai kanak-kanak. Episod ini bakal disiarkan dengan pembukaan istimewa oleh Harry, Duke of Sussex.
Jalinkan Hubungan Dengan Aktiviti Bersama Keluarga
Aktiviti menonoton filem bersama keluarga pada waktu malam dapat menyaksikan tontonan istimewa episod khas Thomas & Friends™ terpilih di YouTube serta akitiviti virtual menarik di Thomas & Friends™ ‘virtual playroom’. Mereka juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang menarik melalui pertandingan media sosial.
Mattel, sebuah syarikat hiburan kanak-kanak global yang terkemuka menyambut ulang tahun ke-75 Thomas & Friends™ dengan pelbagai sambutan global. Di Malaysia, sambutan ini sangat memberi makna kerana ia sejajar dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Mattel menganjurkan pelbagai aktiviti berkonsepkan gabungan elemen pendidikan dan hiburan bagi kanak-kanak menikmatinya di rumah sambil mempelajari kepentingan nilai persahabatan dan kerja berpasukan. Ini bersesuaian dengan tema Hari Kemerdekaan Malaysia dan Hari Malaysia iaitu ‘Malaysia Prihatin’.
“Tahun ini, Thomas & Friends™ menyambut ulang tahun ke-75 yang melambangkan persahabatan dan kerja berpasukan dengan penuh bermakna. Kami ingin berkongsi perjalanan sepanjang 75 tahun ini, bersama rakyat Malaysia yang turut memperingati Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Kami berharap menerusi sambutan ini, kami dapat menyediakan platform kepada ibu bapa dan kanak-kanak untuk mencipta kenangan bersama dan memahami kehebatan dunia melalui pengembaraan Thomas dan rakan-rakannya. Mereka dapat mengetahui lebih banyak lagi melalui karnival ulang tahun ini di semua video, buku, aktiviti maya dan podcast. Dengan ini, kami percaya bahawa kami bukan sekadar jenama mainan!” kata Ivan Franco, Pengurus Besar, Mattel South Asia.
Episod khas Thomas & Friends™ – The Royal Engine. Manakala di Malaysia, kami sangat teruja untuk memaklumkan bahawa Dr Sheikh Muszaphar, seorang inidividu yang berpengaruh tentang keibubapaan, untuk turut terlibat dalam sambutan ini dan berkongsi pengembaraan Thomas bersama peminatnya di Malaysia. Dengan pengaruhnya sebagai ikon kepada rakyat Malaysia, ia akan menjadi sambutan dan pengembaraan yang menarik dan bermakna buat Mattel dan Thomas & Friends™. Kami berharap orang ramai akan menikmati sesi membaca eksklusif oleh Dr Sheikh Muszaphar.,” jelasnya lagi.
Jangan Lepaskan Peluang Sesi Membaca Eksklusif
Pengembaraan menarik Thomas & Friends™ ini akan diserikan dengan sesi membaca eksklusif oleh Dr Sheikh Muszaphar melalui Facebook Live setiap hari Khamis dan menonton Thomas & Friends™ bersama keluarga pada waktu malam dengan tontonan khas episod Thomas & Friends™ yang terpilih di YouTube. Ibu bapa juga boleh menikmati promosi 9.9 eksklusif untuk set Thomas & Friends™ TrackMaster di Fisher-Price Flagship Store di Lazada & Shopee dan promosi di outlet sejajar dengan sambutan ulang tahun ini.
Thomas & Friends™ percaya dengan setiap pengembaraan, kanak-kanak dapat mempelajari bagaimana untuk menjadi seorang sahabat and individual yang baik. Sambutan ulang tahun Thomas & Friends™ ke-75 ini, merangkumi sesi penceritaan yang lebih menarik dan interaktif, episod istimewa dan baru di YouTube, ‘podcast’ di Spotify, buku aktiviti dan promosi menarik untuk set Thomas & Friends™ TrackMaster.
Thomas the Tank Engine™ diterbitkan sejak 75 tahun yang lalu oleh Rev W Awdry, sebagai buku cerita untuk anak lelakinya. Buku cerita itu telah memenangi anugerah hiburan pra-sekolah yang ditonton di lebih 230 wilayah dan mempunyai lebih dari 60 jenis bahasa melalui TV, permainan, buku, aplikasi, tontonan secara langsung dan banyak lagi. Thomas & Friends™ boleh didapati di pelbagai platform atas talian di seluruh dunia.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Amalan-amalan Kecil Yang Boleh Membawa Rezeki Yang Tak Disangka-sangka, Jom Amalkan
Rezeki manusia dijamin oleh Allah SWT. Sebaik-baik rezeki ialah yang mengandungi nilai keberkatan. Oleh itu janganlah hanya mengejar limpahan rezeki, tetapi kejarlah keberkatan rezeki.
Bukan rezeki yang banyak yang cukup. Kecukupan berkaitan dengan keberkatan. Apabila rezeki itu berkat, banyak atau sedikit menjadi lapang. Namun, apabila keberkatan hilang, lebih kurang boleh membawa kepada kehidupan yang sempit.
10 AMALAN KECIL BOLEH MEMBAWA REZEKI YANG TAK DISANGKA-SANGKA
1. Doa jangan lupa. Doa hanya perlukan keyakinan, kesabaran, ikhtiar dan istiqamah. Dan semua ini percuma. Orang yang sedang susah boleh berdoa, orang sakit boleh berdoa, orang yang tidak ada wang boleh berdoa. Doa tidak perlukan sebarang “modal”. Setiap hari berdoalah agar diberikan rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka. (Dalam Secret Group saya ajarkan dengan lebih lengkap tentang ini).
2. Jika terjumpa sampah kecil, kadang mungkin hanya sehelai tisu yang kita tolong buangkan. Alihkan batu tengah jalan. Itu juga boleh membawa kepada rezeki. InsyaAllah. Buat baik selalu. Ingatlah setiap kebaikan akan dikira.
3. Sabar dengan ujian Allah. Ketika orang fitnah, kata yang tidak baik. Atau sebarkan berita yang tidak betul tentang kita… Sabarlah selalu. Jika benar anda difitnah, maka InsyaAllah doa orang yang difitnah tidak ada hijab. Lalu berdoalah yang baik-baik termasuk rezeki yang baik. Jangan sesekali mendoakan hal yang tidak baik termasuk kepada orang yang berkata hal yang tidak benar tentang kita.
4. Selalu permudahkan urusan orang lain. Kadang kecil sahaja bantuan kita. Tapi Allah gantikan dengan rezeki yang tidak disangka-sangka yang besar bagi mu. Bantu beri laluan kepada orang yang melintas jalan ketika memandu, bantu tekankan butang lift, bantu angkatkan anak kecil yang terjatuh dipadang… Semua ini kecil-kecil sahaja bukan? Cubalah.
5. Setiap kali membeli pisang goreng, kuih, air, buah atau sarapan yang dijual di tepi-tepi jalan, bayarlah lebih sedikit. Beritahu penjual nanti untuk sedekahkan makanan jualan mereka kepada orang yang layak. Dengan itu kita dapat bantu perniagaan penjual dan juga bersedekah kepada yang memerlukan.
6. Setiap hari usah lupa untuk bahagiakan orang di sekeliling kita. Ziarah sahabat dan keluarga. Jemput mereka ke rumah. Raikan orang selalu. Semua ini akan membawa kepada rezeki yang tidak disangka-sangka.
7. Senyum selalu. Biar dalam keadaan apapun janganlah berat untuk senyum. Senyum kepada tukang cuci waktu masuk tandas awam dan cashier ketika membeli barang sekali pun. Jangan memilih orang untuk memberikan senyuman. Senyum adalah sedekah yang sangat murah.
8. Banyakkan sedekah. Selalu sangat kita dengar ini kan? Tetapi yakinlah dengan ajaibnya bersedekah. Sedekah makanan kepada guard, ringankan tangan untuk beli jualan orang yang susah namun rajin berusaha untuk berniaga. Bila kita beli, kita bahagiakan mereka. Dulu saya pun berniaga bawah panas tepi jalan. Sukanya walau orang beli barang RM5.00 sekalipun. Duit itulah untuk beri anak-anak makan. Usah hina orang yang susah namun rajin usaha. Hidup kita macam roda.
9. Bercakap yang baik-baik tentang orang selalu. Tulis yang baik-baik selalu. Sebarkan berita dan khabar bahagia yang baik selalu. Ini akan membawa kepada rezeki dan pahala sehingga mati.
10. Ingatlah bahawa rezeki yang tidak disangka-sangka itu tidak semestinya mendapat wang tunai yang besar. Atau keuntungan perniagaan yang besar. Atau menjadikan kita tiba-tiba kaya. Ianya lebih dari itu. Rezeki yang baik boleh jadi kesihatan yang baik pada usia tua.
Kebahagiaan yang tidak dapat ditukar dengan wang ringgit. Bayangkan jika kita duduk dalam limpahan wang namun sakit terbaring di katil. Atau kaya yang amat, namun sering bersedih.
Maka sihat dan bahagia serta ketenangan itu adalah di antara sebaik-baik rezeki juga.
Atau mungkin juga pekerjaan yang baik, jodoh yang baik, jiran yang baik, tiba-tiba didatangkan Allah seseorang yang mempermudahkan urusan kita.
Sumber kredit: Dzuriasikim Dzulkefli Top image: Photo by skyler-ewing from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI