Dalam Islam, banyak amalan yang boleh kita lakukan untuk mendapat keberkatan dari Allah SWT. Keberkatan yang kita perolehi dari-Nya menjadi sebuah kejayaan kita sebagai umat manusia di atas muka bumi ini. Ia juga sebagai bentuk amalan yang seharusnya kita kumpul untuk masuk ke syurga-Nya kelak. InsyaAllah.
Selain dari menunaikan solat 5 waktu, ada pelbagai lagi amalan-amalan lain yang boleh kita amalkan sebagai umat Islam
1. Sayyidul Istighfar
Amalan membaca Sayyidul Istighfar Setiap Pagi & Petang, iaitu selepas solat Subuh sekali & selepas solat Asar sekali, sekurang²nya.
Dalil Sayyidul Istighfar
Daripada Syaddad bin Aus RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
: سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Maksudnya:
“Sayyid al-Istighfar hendaklah kamu mengucapkan:
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba Mu. Dan aku akan setia pada perjanjianku dengan Mu semampuku. Aku berlindung kepada Mu daripada keburukan² yang aku lakukan, aku mengakui nikmat² Mu kepadaku dan aku mengakui dosa²ku, (oleh itu aku memohon) ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa² melainkan Engkau”.
وَمَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ
Maksudnya:
“Barangsiapa yang mengucapkannya (Sayyid al-Istighfar) di waktu siang hari serta yakin dengannya, lalu dia meninggal pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni Syurga. Dan barangsiapa yang mengucapkannya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni Syurga”.
[ HR Al-Bukhari No. 6306 , Al-Bukhari No. 6323 , Al-Bukari No. 1875]
2. Doa Perlindungan Dari Azab Neraka, Kubur, Fitnah Hidup, Mati & Dajjal
Doa ini diajarkan Nabi SAW untuk dibaca dalam setiap solat iaitu selepas Tahiyyat Akhir, sebelum Salam. 4 doa memohon perlindungan dengan Allah dari azab Jahannam, azab kubur, fitnah hidup & mati dan fitnah dajjal.
Hadith Sahih Bukhari
، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ
، وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ
، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ
وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
Maksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada azab kubur,
daripada azab neraka,
daripada fitnah kehidupan & setelah mati,
dan daripada kejahatan fitnah al-masih ad-Dajjal”.
[ HR Al-Bukhari No. 1377 ]
Rujukan Hadis 1377
Juga dalam Riwayat Sahih Muslim seperti di bawah ini, lafaz yang sama tapi ‘perlindungan dari azab neraka Jahannam’ didahulukan..
Hadith Sahih Muslim
، اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ
، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ
، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ
وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
Maksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada daripada azab neraka Jahannam, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan & setelah mati, dan daripada kejahatan fitnah al-masih ad Dajjal”.
[ HR Muslim Kitab 16, Hadis 1423 ]
3. Baca Surah Kursi Selepas Solat
Kitapun sudah terbiasa mendengar hadis ini, bacalah Ayatul Kursi setiap kali lepas Solat Fardhu khususnya.
Hadis Riwayat At-Thabarani & An-Nasai
مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ، إِلَّا الْمَوْتُ
Maksudnya:
“Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardhu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati”.
[ Riwayat At-Thabarani di dalam Mu’jam al-Kabir 7532 ] & [ Riwayat An-Nasa’ie di dalam al-Sunan al-Kubra 9848 ]
Hadith ini dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban
4. Doa Mohon Berlindung Dari Neraka 7x Lepas Subuh & Maghrib
Membaca doa mohon berlindung dari neraka 7x lepas solat Subuh & 7x lepas solat Maghrib ini walaupun hadisnya dikatakan dhaif, tapi masih dikira baik untuk diamalkan, kerana maksudnya adalah sangat baik.
اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ
Maksudnya:
“Ya Allah, jauhkanlah aku dari api neraka“.
Hadis Riwayat Imam Ahmad
إذا صليتَ الصبح فقل قبل أن تكلم أحداً من الناس ” اللهم أجرني من النار” سبع مرات فإنك إن متَّ مِن يومك ذلك كتب الله لك جواراً مِن النار ، وإذا صليت المغرب فقل قبل أن تكلم أحداً من الناس ”اللهم أجرني من النار” سبع مرات فإنك إن متَّ مِن ليلتك كتب الله عز وجل لك جواراً مِن النَّار
Maksudnya:
“Apabila kamu selesai solat Subuh, bacalah doa berikut sebelum kamu berbicara dengan orang lain: “Allahumma aajirnii minan naar” 7x. Jika pada hari itu kamu mati maka Allah akan menetapkan bahwa kamu jauh dari neraka. Jika kamu selesai solat Maghrib, bacalah doa ini sebelum kamu berbicara dengan orang lain: “Allahumma aajirnii minan naar” 7x. Jika malam itu kamu mati, maka Allah tetapkan bahwa kamu jauh dari neraka”.
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya No. 18054, Abu Daud No. 5079, dan Ibn Hibban 5/367, dari jalur Al-Harits bin Muslim, dari bapanya Muslim bin Harits At-Tamimi secara marfu’.
Syaikh Syuaib Al-Arnauth mengatakan,
إسناده ضعيف، مسلم بن الحارث جهله الدارقطني، ولم يؤثر توثيقه عن غير ابن حبان. وقد اختلف في اسمه واسم أبيه
Sanad hadis ini dhaif, Muslim bin Harits dinilai majhul (perawi tak dikenali) oleh Ad-Daruquthni, sementara penilaian dia sebagai tsiqah (perawi terpercaya) tidak dianggap dari selain Ibnu Hibban. Ulama berbeza pendapat tentang namanya dan nama bapanya.
[ Ta’liq Musnad Ahmad, 29/593 ]
Hadis ini juga dinilai lemah dalam kitab As-Silsilah Al-Ahadits ad-Dhaifah (Kumpulan Hadis Dhaif), no. 1624.