Jika Belum Bertemu Jodoh, Bukannya Tak Laku Tapi Belum Rezeki

Share

Jodoh itu ‘semahalnya’ rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT. Tidak perlu terlalu bimbang jika jodoh belum hadir dalam kehidupan anda. Usah bermuram durja jika sampai saat ini, jodoh belum mewarnai hidup anda yang makin sepi. Tak usah galau jika dia yang diidamkan, belum juga hadir dan bersanding di pelaminan yang diimpikan. Sebab jodoh, sampai bila-bila pun adalah sebahagian daripada rezeki.

Gambar sekadar hiasan.

Jodoh adalah rezeki. Rezeki adalah kurniaan Allah SWT. Allah memberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menahannya bagi siapa yang dikehendakiNya. Dia Maha Mengetahui keperluan seluruh hambaNya. Maka jodoh akan diberikan tatkala seseorang memerlukannya.

REZEKI DAN MISTERI

Jodoh ialah rezeki. Maka ia misteri. Ada rahsia agung di dalamnya yang mustahil diketahui detail oleh hambaNya yang bernama manusia. Oleh kerana jodoh itu satu misteri maka jodoh tidak boleh ditebak dengan siapa, bila bersanding dengannya, bagaimana ceritanya, menjadi yang keberapa atau bagaimana kesudahannya.

 

SIAPA JODOH KITA

Yang paling pasti, dia adalah sosok terbaik menurut takdir Allah SAW. Dia tidak mungkin menzalimi hamba-hambaNya. Hakikatnya tidak siapa yang tahu tentang bilakah seseorang itu akan bertemu jodohnya dan siapa jodohnya. Namun jodoh itu perlu diusahakan kerana jodoh tidak datang menggolek. Selain doa, untuk mencari jodoh, seseorang itu perlu bijak membawa diri.

Gambar sekadar hiasan.

Tidak ada jawapan “May be Yes, May be No”. Ini kerana apa yang tertulis dalam Lauhul Mahfuzh yang terjaga rahsianya adalah pasti. Jodoh menjadi penting ketika usia seseorang sudah masuk angka ‘genting’ dalam hitungan manusia. Saat genting boleh dinilai daripada segi kesihatan, kemungkinan hidup kerana mengidap penyakit, soal zuriat, dan tuntutan orang tua.

Semua ini wajar difikirkan. Hal ini kerana perkahwinan itu merupakan terminal hidup selepas lahir dan sebelum mati. Allah telah menentukan jodoh masing-masing jika tidak di dunia, di syurga nanti. Yakinlah dengan perancangan Allah.

Published by
Norhasliza