Lagu Surat Cinta Untuk Starla nyanyian Virgoun sememangnya mendapat tempat di hati para peminat muzik. Lagu ini benar-benar melekat di minda kita kerana melodi dan liriknya yang begitu indah. Seperti lagunya yang indah, pelantun lagu itu iaitu Virgoun juga ada kisah yang indah mengenai penghijrahannya menjadi seorang Muslim. Mari kita ikuti kisahnya.
“Pada awal tahun 2013 saya dah baca terjemahan. Terdapat satu detik di mana saya menemukan ayat di surah Al-Baqarah. Saya sememangnya skeptikal terhadap sesuatu tulisan tentang segala atau ilmiah. Kenapa Al-Quran hingga ke detik ini boleh serasi dengan hidup kita padahal sudah diturunkan 1400 tahun yang lalu. Walaupun banyak budaya yang berubah, cara pandang manusia dan teknologi berubah tetapi kenapa Al-Quran masih boleh selaras dengan kehidupan kita sekarang?
“Di situ ayatnya ditulis,’ jika kami menggantikan suatu ayat,maka kami akan menggantikan dengan yang seimbang atau yang lebih baik,’ jadi kenapa ianya masih sesuai hingga sekarang kerana ianya terus upgrade. Dan di akhir ayat itu, dituliskan bahawa kami akan menghapuskan dari seluruh ingatan manusia. Itu sememangnya mind blowing,” jelas pemilik lagu Bukti ini.
“Saya datang dari keluarga yang cerai-berai. Kenapa saya mempunyai rasa kecewa dengan keluarga sendiri. Mungkin jika saya mempunyai ayah di rumah, tattoo saya mungkin tidak sebanyak ini. Setelah peluk islam, hubungan saya dan ibu semakin baik.
“Walaupun beliau masih nasrani dan aktivis gereja,tetapi saya cuba untuk menunjukkan kepada dia setelah saya memeluk islam, cara saya bersosial, akhlak saya berubah 180 darjah. Saya sudah mula berusaha untuk terus bahagiakan dia dengan cara yang benar dan diredhai Allah. Saya pernah berdebat dengan dia mengenai agama, dia pernah sekali marah dengan saya mungkin kerana keputusan saya tidak boleh menuruti keinginannya. Ini kerana akidah, hukum dan aturan ajaran Islam sebegini tetapi dia mahu saya menuruti caranya. Saya selalu menjelaskan kepadanya walaupun saya sayang,takut dan hormat dengan ibu, tetapi saya lebih takut dengan Allah.
“Mungkin dahulu sikap saya seperti orang muda penuh dengan rasa memberontak, jika ada satu perkara yang tidak berkenan di hati saya atau hati dia, saya akan cenderung untuk bertengkar, itulah kederhakaan saya terhadap ibubapa sebelum saya memeluk Islam. Sekarang, dalam setiap perbualan saya setiap hari, saya cuba untuk masukkan nilai-nilai Islam. InsyaAllah dapat hidayah kerana saya teringin dan mempunyai satu impian untuk menjejakkan kaki ke tanah suci bersama ibu saya,” jelasnya yang mencipta lagu Surat Cinta Untuk Starla khas buat anaknya.
Ternyata indah sekali kisah penghijrahannya ini. Tiada siapa yang mampu menduga takdir hidup seseorang namun jika kita terus mencari hidayah dan rahmat-Nya, InsyaAllah kehidupan kita akan lebih tenang dan dipermudahkan. Untuk menyaksikan temubual penuh bersama Virgoun, anda bolehlah saksikan video di bawah ini.