Banyak perkara yang boleh menyebabkan kita berasa stres terutamanya kepada mereka yang terkesan dengan bencana banjir yang berlaku baru-baru ini. Sudahlah rumah ditenggelami air, malah barangan di dalam rumah juga turut rosak dan hanyut dek kerana masalah banjir.
Bagi anda yang sedang menghadapi masalah ini, usah stres dan cuba lakukan tip ini yang boleh merehatkan minda anda. Apakah caranya? Ketahui 3 langkah terbaik untuk menghilangkan stres hanya dalam masa 10 minit hingga 2 minit!
Tangani stres dalam masa 10 minit
Nikmati suasana di dalam atau luar pejabat dengan berjalan kaki. Secara tidak langsung, ia bukan sahaja dapat mengalih tumpuan anda dari selambak tugasan, malah pergerakan di bahagian kaki mampu melancarkan lagi aliran darah dalam tubuh badan. Lebih menakjubkan, ‘senaman sekejap’ ini juga mampu melancarkan pernafasan anda. Walaupun hanya 10 minit, namun hasilnya amat berkesan sekaligus meningkatkan daya ketahananmu untuk bekerja dengan lebih produktif! Ingat, work smart, not work hard.
Tangani stres dalam masa 5 minit
Ketawa. Bak kata pepatah Inggeris, laughter is the best medicine dan ia memang ada benarnya. Luangkan masa selama lima minit dengan membaca atau menonton video yang mampu membuatkan anda ketawa berdekah-dekah sehingga dapat melupakan seketika perkara yang mendatangkan stres! Menurut kajian Pusat Perubatan Universiti Maryland, ketawa mampu mengelakkan penyakit jantung kerana apabila anda ketawa, seluruh tubuh badan akan bertindak balas dengan reaksi positif. Jadi, mengapa tidak anda berseronok dengan hanya ketawa!
Tangani stres dalam masa 2 minit
Hadir ke pejabat dengan kerutan pada dahi adalah perkara yang harus dijauhi. Takut nanti, rakan sepejabat takut untuk menegur anda kerana disangkakan anda sedang bad mood. Anda hanya perlu berhenti melakukan tugas, duduk tegak dan tarik nafas sedalam mungkin antara tiga hingga enam kali. Kemudian, urut di bahagian kening, dahi dan rahang pada muka anda untuk kelegaan yang berpanjangan.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI