Berpuasa selama kira-kira 14 jam akan membuatkan tubuh hilang cecair dalam badan. Maka sebab itulah dicadangkan mengambil minuman mencukupi. Pengambilan air kosong tidak bermula waktu bersahur, sebaliknya ia bermula dari saat berbuka puasa hingga tibanya waktu imsak bagi puasa keesokan harinya.
Minuman berkafein dan makanan tinggi garam akan mempercepatkan proses kehilangan cecair dalam tubuh. Banyak perkara penting perlu diambil perhatian terutama apabila membabitkan pengambilan diet seimbang sepanjang Ramadan bagi memastikan badan kekal sihat dan bertenaga.
Adakah anda pernah berasa letih, kepala berdenyut, kulit kering, dan rasa hendak cramp? Kalau ada, mungkin anda kekurangan air atau dalam bahasa Inggeris disebut dehydration.
Dehydration ini memberi komplikasi buruk pada kesihatan antaranya ialah organ failure. Memang bahaya.
Apabila ditanya mengapa tidak minum air, pelbagai jawapan diberikan. Antara alasannya ialah seperti kalau minum banyak waktu sahur, perut akan kembung. Hendak rukuk dan sujud pun susah. Jadi tidak berani minum.
Ada pula yang beri alasan malas hendak ulang alik ke tandas kalau minum banyak. Ya! Semua ini betul. Pada yang tidak mahu minum banyak air, jangan risau. Anda boleh dapat air dari sumber lain. Paling mudah ialah dari buah-buahan dan sayur-sayurab.
Jom kita tengok LIMA buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi banyak air.
TEMBIKAI
Tembikai mengandungi 92% air. Jika kita makan satu cawan tembikai, kita sudah dapat ½ cawan air. Tembikai ada banyak manfaat lain. Bukan setakat air sahaja. Dalam tembikai ada lycopene iaitu anti oksida yang ‘kuat.’ Lycopene membantu mengurangkan kerosakan pada sel. Ini bukan sel biasa tetapi sel yang dikaitkan dengan penyakit jantung dan diabetes.
ROCK MELON
Kalau ada bajet sikit, bolehlah makan rock melon. Di dalamnya ada 90% air. Satu cawan rock mmelon ini memberikan kita lebih dari ½ cawan air. Sama juga seperti tembikai. Rock melon ada banyak khasiat lain. Paling orang suka ialah sebabkan kita rasa kenyang. Tidak rasa hendak berkudap atau bermoreh lagi.
Rock Melon juga kaya dengan Vitamin A. Satu cawan memberikan kita 120% keperluan harian vitamin A. Kajian menunjukkan vitamin A akan boost sistem imun dan menjauhkan kita daripada jangkitan.
OREN
Buah oren mengandungi 88% air. Sebagai contoh, oren dari Mesir sangat manis sangat.
Dalam oren ada vitamin C dan potassium. Keduanya juga boost fungsi sistem imun kita.
Musim virus sekarang ini, sesuai sangat ambil oren. Flavonoids yang halang sel rosak ada pada oren. Oren juga tinggi fiber. Jadikan kita kenyang. Pendek kata, tubuh kita bukan sahaja dapat air tetapi memberikan rasa kenyang.
TIMUN
Timun termasuk dalam kategori sayur-sayuran. Bukan buah-buahan. Walaupun bentuk macam buah. 95% dari timun adalah air. Timun kaya dengan vitamin K, potassium dan magnesium. Seperti yang kita tahu, magnesium sangat penting untuk proses menguraikan nutrisi dalam tubuh. Magnesium juga membantu bagi mendapatkan tidur yang nyenyak.
TOMATO
Tomato ada 94% air. Satu saiz sederhana bersamaan dengan ½ cawan air. Tomato ini kaya dengan vitamin A dan C. Dalam tomato juga ada Lycopene. Anti oksida penting untuk melawan penyakit. Kajian ada menyebut Lycopene dapat merendahkan risiko serangan jantung dan kanser prostate. Orang lelaki kena rajinlah makan makanan tinggi Lycopene ini.
Bolehlah ambil masa sahur buah-buahan dan sayur-sayur ini. Tidak perlu lagi hendak minum banyak-banyak sampai kembung perut. Buah-buahan dan sayur-sayuran ini sudah membekalkan air dalam tubuh secara diam-diam. Paling utama, ia tidak membuatkan anda kerap ke tandas.
HIJABISTA: Elakkan pengambilan air manis yang mengandungi pewarna dan perisa tiruan. Ketika berbuka puasa, digalakkan menyediakan sendiri air minuman di rumah kerana ia lebih terjamin kebersihannya.
Sumber kredit: Dr Rizal Abu Bakar Top image: Photo from Pixabay from Pexels Photo by Any Lane from Pexels