Walau semaju dan semoden mana pun kehidupan masyarakat kita hari ini, ada segelintir yang masih melakukan amalan syirik. Amalan syirik seperti sihir dalam kalangan masyarakat masih tinggi.
Buktinya masih ramai yang mendapatkan rawatan di pusat rawatan Islam. Ia membabitkan individu yang mempelajari ilmu sihir dan yang mendapatkan khidmat sihir daripada pengamal ilmu syirik.
*Mimpi ular, mimpi dipatuk ular, apa sahaja mimpi berkaitan ular kemungkinan besar ada kaitan dengan sihir. Selalunya ular berwarna hitam.
*Mimpi dipatuk ular/digigit ular dan bangun pagi terasa sakit dibahagian yang dipatuk/digigit.
*Pening kepala yang berpanjangan terutama pada waktu senja.
*Mimpi yang menakutkan (mimpi manusia yang sihir kita, mimpi ditikam, mimpi dibunuh dengan kerap diikuti dengan ketidakselesaan pada kesihatan, mimpi di toreh pisau * bangun pagi kita rasa teramat sakit pada kawasan ditoreh/ditikam).
*Sakit dada, sesak nafas dan resah menjelang senja.
*Sakit di dalam perut bagaikan di pulas urat perut atau terasa bagaikan ada benda yang
bergerak di dalam tubuh dan sering terasa bagai di tusuk di perut.
*Mula nampak alam ghaib, mata boleh nampak kelibat si penyihir berada di mana-mana tetapi kita tidak ketahui siapa dia.
*Berlaku perkara yang pelik di sekitar kita umpamanya berbau kemenyan, hanyir, wangi dan sebagainya.
*Menderita sakit yang tidak di ketahui punca dari doktor.
*Terdengar suara-suara yang memanggil nama kita, terasa hidup bagaikan di awan awangan.
*Pening atau pengsan apabila dibaca ayat ruqyah kepadanya.
*Kerap pengsan tanpa punca.
*Rasa gelisah, resah, runsing, serabut tanpa punca. Rasa nak marah yang teramat tapi kita tak tahu apa sebab kita rasa marah.
*Fikiran jadi blur..perkara mudah yang kita boleh buat dahulu, sekarang kita tak boleh buat dan ini menganggu kerjaya atau kehidupan.
*Rasa diri diekori, ada sesuatu yang melihat, hidup mula berubah macam ada penghalang.
*Terlalu sakit pada salah satu bahagian badan pada waktu-waktu tertentu sahaja, sakit ini hanya menyerang pada satu bahagian badan sahaja contohnya di bahagian tapak kaki.
*Rumah tangga tiba-tiba menjadi panas atau dingin tidak sama seperti sebelum ini. Rasa sayang, kasih dan cinta tiba-tiba hilang, perasaan benci terlalu tinggi dalam diri. Hinggakan kita tidak mampu melihat wajah pasangan.
Yang pastinya sihir terjadi atas bantuan jin dan juga si tukang sihir.
2. Melalui perantaraan tanah yang ditabur di jalan yang akan di lalui oleh orang yang akan di sihir. Jika orang itu melaluinya/melintasi tanah tersebut, bernafas melalui debu-debu tanah tersebut maka dia akan terkena sihir ini.
3. Melalui rambut, kuku, baju yang ada peluh orang yang akan disihir, ini termasuk bahan yang boleh ditampal ditanam, ditusuk dibalikkan patung, ditanam atau di masukkan ke dalam sungai atau laut. Jin hamba kepada tukang sihir mengenali orang yang akan disihir dengan bau peluhnya.
4. Melalui angin yang diseru dan dipanggil nama orang yang akan di sihir.
Ini hanya sedikit dari contoh-contoh cara dan kaedah sihir berlaku. Jadikan solat sebagai benteng diri, perbanyakkan membaca Al-Quran dan surah-surah amalan bagi membina benteng pertahanan diri melawan gangguan jin, hidup dengan penuh harmoni dan saling hormat menghormati, tinggal kan perasaan dendam dan hasad dengki.
Semoga Allah beri perlindungan pada kita semua. Andai diizinkan Allah untuk menerima ujian sihir pada diri atau ahli keluarga, terimalah dengan reda. Berusaha sebaik mungkin untuk rawat sihir yang dialami.
Sihir terjadi bukanlah disebabkan kita ini jahat, kita ini lemah iman, kita tidak jaga agama, sihir terjadi kerana tipu daya jin dan syaitan pada manusia. Rawat, reda dan kekal konsisten beribadat.
Sumber kredit: Pusat Rawatan Islam As’Syifah Top image: Photo by alina-vilchenko- from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.