Ji Hyo Terharu Sambutan Luar Biasa Peminat Malaysia, Berjanji Mahu Masak Nasi Lemak

Share

Sebut sahaja Running Man, pasti familiar dengan satu-satunya ahli wanita bagi siri realiti itu iaitu Song Ji Hyo atau lebih dikenali sebagai Mong Ji (Blank Ji) itu.

Semalam, pelakon jelita itu telah datang ke Malaysia, untuk tujuan mempromosikan produk kecantikan jenama Glutanex memandangkan dia adalah duta produk itu. Namun, Ji Hyo mengakui terharu dengan sambutan luar biasa yabg diterimanya dari peminat meskipun sudah empat tahun tidak menjejakkan kaki di negara ini.

Ji Hyo Terima Sambutan Luar Biasa Peminat

“Tak sangka lepas empat tahun saya menjejakkan kaki ke sini, saya masih menerima sokongan yang baik daripada anda semua.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis pelancaran jenama produk kecantikan Korea Selatan, Glutanex di Tropicana Gardens Mall, hari ini.

“Saya Janji Masakkan Nasi Lemak Untuk Awak Semua Nanti, Tapi Awak Kena Bayar”

Ditanya berkenaan perkembangan terkini, Ji Hyo berkata dia kini sedang sibuk mengatur kerjaya yang padat dengan pengambaran filem dan drama.

Mengakui sedang sibuk memenuhi jadual penggambaran dan kerjaya. Mongji juga berkongsikan mengenai di sebalik tabir karakter Jo Hee Ra dalam drama terbaharunya bertajuk ‘The Witch Diner’.

“Dalam drama itu awak mesti rasa saya pandai masakkan? Sebab watak Hee Ra pandai masak. Namun hakikatnya saya tak berapa mahir memasak. Awak boleh saksikan itu dalam episod belakang tabir drama berkenaan.

Artikel berkaitan: Inginkan Kulit Cantik Persis Artis Korea? Amalkan 6 Makanan Yang Kaya Dengan Vitamin C Ini.

“Walau bagaimanapun, saya berlatih bersungguh-sungguh untuk menjayakan watak Hee Ra. Namun kalau peminat Malaysia nak saya masakkan sesuatu, saya akan cuba. Nasi Lemak?

“Tapi kalau saya masak, awak kena bayar tau,” katanya dalam nada bergurau disambut sorakan peminat.

Artikel berkaitan: Kulit Licin Tanpa Cela Dengan Satu Sentuhan, ‘Cushion Foundation’ Dari Korea Dengan Formula NEO Wajib Miliki.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir