Senario di waktu pagi, mungkin anda pernah alaminya ketika asyik memandu di jalan raya untuk ke pejabat bagi memulakan hari yang indah. Tiba-tiba muncul anak lipas elok sahaja berada di atas dashboard. Mahu sahaja menjerit sekuat hati kerana geli!
Tipulah jika anda tidak pernah alami senario yang seakan-akan sebegini. Kadangkala kita lupa haiwan perosak ini boleh berada di mana-mana sahaja tanpa kita sedari.
Sabar, kami faham mungkin anda juga seorang yang teliti dalam menjaga kebersihan kereta. Jika boleh di tunjukkan bukti pasti anda ingin sahaja tunjuk dan tidak mahu akui bahawa kereta anda kini di takluki lipas.
Lipas ini sebenarnya sejenis serangga perosak yang boleh hidup di mana-mana kawasan yang gelap dan lembap, seperti celah-celahan almari, kerusi, singki dan juga mana-mana kawasan yang boleh beri dua ciri-ciri itu. Bahkan, lipas hidup juga dengan sisa-sisa makanan yang di tinggalkan tanpa sengaja.
@gregjgardner What’s the problem? Clean your damn car! #bugs #roaches #nasty #dirty #viral #dirtycar #nastypeople ♬ original sound – Greg J. Gardner
Jadi celah-celahan kereta yang di katakan bersih itu juga boleh juga terdedah kepada ‘kelembapan’ mungkin secara tidak langsung jika anda masuk kereta dalam keadaan basah dari hujan mahupun ada makanan sejuk yang menitis air wapnya. Perkara ini juga boleh menyumbang kepada 2 ciri utama habitat buat lipas.
Serangga perosak ini juga di katakan sebagai salah satu makhluk yang agak susah untuk dihapuskan. Meskipun terdapat letupan bom atom terkena di muka bumi, lipas tetap boleh meneruskan kehidupan, seperti dalam cerita Disney Wall-E (2008).
Artikel berkaitan: Seramnya! Netizen Terkejut Lihat Doktor Keluarkan Lipas Dari Telinga Pesakitnya
Tak sangka lipas ini adalah makhluk yang kuat sehinggakan bom atom juga kalah untuk menghapuskannya. Tetapi anda kena tahu bahawa lipas juga ada cara yang mudah untuk membunuhnya.
Lapar mana pun kita, seeloknya kita perlu elakkan makan di dalam kereta. Bukanlah menghalang atau melarang anda untuk makan, kesian pula menahan lapar sehinggakan boleh kacau mood.
Jika anda mahu makan, sediakan plastik atas sesuatu untuk di tadah. Ini berupaya untuk mengelakkan jika sebarang ‘serdak’ atau sisa makanan dari terjatuh tanpa sengaja. Maka tiadalah makanan ‘percuma’ buat serangga perosak itu.
Sering kita lihat ibu bapa kita yang meletakkan daun pandan di dalam kereta. Kadangkala, ada kereta kawan kita yang mempunyai bau pandan yang sangat kuat yang membuatkan kita tertanya—adakah mereka tertinggal daun pandan itu di dalam kereta tanpa sengaja?
Sudah tengu anda seorang yang bijak, mereka tidak akan membuat sedemikian tanpa sebab. Kenapa daun pandan? Bau daun pandan yang kuat membuatkan lipas tidak keruan.
Caranya juga amat senang kerana anda hanga perlu basuhkan daun pandan seperti biasa. Selepas itu, simpulkan ia seolah-olah untuk memasak tetapi anda akan hanya letakkan sahaja di bawah kereta. Dengan ini, lipas akan mula keluar dan lari dari kereta anda!
Popular satu cara yang sangat mudah iaitu menggunakan spray penghalau lipas yang viral di laman sosial. Ramai pengguna spray penghalau lipas ini kongsikan video di laman sosial media dan memperlihatkan kita bahawa berkesannya spray ini.
@murkylife Jenuh geng kalau time tengah memandu keluar semua tu dekat atas dashboard kereta😵 seram ke takut macam ni😵💫😵💫 jom hapuskan #spraylipas #spraykillit #lipasterbang #fyp #fypシ #carcleaning ♬ Dj Sikok Bagi Duo Viral Tik Tok – DJ AZKA
Banyak lipas yang keluar dan ini membuatkan ramai orang sangat kagum terhadap produk ini. Ada juga beberapa jenama yang terjual di kedai mahupun gedung atas lain seperti shopee dan lazada.
Senang sahaja untuk menghalang lipas ini dari terus ‘parti’ dalam kereta kita. Anda jangan rasa buntu jika lihat sahaja lipas lalu di atas dashboard, siap sedia dengan tip yang kami kongsikan supaya tiada lagi kehadiran lipas dalam kereta!
Artikel berkaitan: Gerun Lihatnya Terbang, Ini Cara Pantas Untuk Matikan Lipas Dalam 2 Minit
Sumber: Carlist.my
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.