Amira Othman, salah seorang dari bekas bintang realiti Akademi Fantasi yang kini namanya semakin menyinar. Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Jaga-Jaga’ dan Mimpi Indah tampak cantik dan bebas jerawat, rahsianya amal makan oren dan minum 8 gelas air kosong sehari.
Pelakon utama I Love U Abang Bomba ini dilihat mempunyai kulit yang cantik tanpa ada sebarang masalah. Wanita cantik berasal dari Johor ini tidak lokek berkongsi rahsianya menjaga kecantikan wajah dan kekal menawan.
Kulit muka saya jenis yang sensitif dan mudah ditumbuhi jerawat. Jadi, saya mengambil langkah untuk tidak mengenakan sebarang solekan yang sembarangan. Saya hanya menggunakan label solekan Clinique atau produk berasaskan mineral atas saranan doktor.
Saya hanya mengamalkan pengambilan buah-buahan. Tambahan lagi, buah oren kaya dengan vitamin C yang sangat baik untuk kesihatan kulit. Selain itu, saya cuba menghabiskan lapan gelas air kosong sehari.
Memandangkan kulit saya sangat sensitif, saya cuma dibenarkan memakai Cetaphil sebagai pencuci dan penyegar manakala krim pelembap yang berasaskan mineral.
Buat masa ini, saya mengamalkan Blackmores untuk penjagaan kulit dan menambah tenaga agar cergas sentiasa.
Artikel berkaitan: Walaupun Berhijab, Amira Othman Tetap Pentingkan Fesyen. Yang Penting Elegan & Sopan!
Waktu senggang saya memang jarang bersolek, dan hanya bersolek pada waktu kerja sahaja. Jika keluar bersama teman-teman, selalunya saya hanya akan mengenakan pensel kening disebabkan memiliki kening yang tebal dan harus disikat dengan teliti.
Lazimnya, saya akan mengunjungi pusat perawatan kecantikan untuk urutan badan atau kepala saja. Memandangkan saya sering diserang migrain, jadi saya mengunjungi spa setiap dua minggu sekali.
Pemerah pipi, gincu dan pensel kening.
Pada saya, cantik ini sesuatu yang subjektif. Muslimah itu cantik apabila dia sentiasa menjaga setiap gerak-gerinya. Perlu berkeyakinan, pertuturan yang matang juga bijak, juga yang sentiasa menjaga imej diri.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari majalah HIJABISTA
Artikel berkaitan: “Dah Lama Nak Nyanyi Lagu ‘Air Tangan’ Faizal”- Teruja Duet Bersama, Impian Amira Jadi Realiti!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber Foto: Instagram Amira Othman