Amira Othman, salah seorang dari bekas bintang realiti Akademi Fantasi yang kini namanya semakin menyinar. Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Jaga-Jaga’ dan Mimpi Indah tampak cantik dan bebas jerawat, rahsianya amal makan oren dan minum 8 gelas air kosong sehari.

Pelakon utama I Love U Abang Bomba ini dilihat mempunyai kulit yang cantik tanpa ada sebarang masalah. Wanita cantik berasal dari Johor ini tidak lokek berkongsi rahsianya menjaga kecantikan wajah dan kekal menawan.

Kulit sihat tidak pakai solekan sembarangan

Jerawat Tumbuh Bak ‘Cendawan’ Lepas Hujan? Amira Othman Kongsi Dua ‘Cara’ Kulit Wajah Kembali Flawless!

Kulit muka saya jenis yang sensitif dan mudah ditumbuhi jerawat. Jadi, saya mengambil langkah untuk tidak mengenakan sebarang solekan yang sembarangan. Saya hanya menggunakan label solekan Clinique atau produk berasaskan mineral atas saranan doktor.

Amalkan petua tradisional untuk perawatan wajah?

Saya hanya mengamalkan pengambilan buah-buahan. Tambahan lagi, buah oren kaya dengan vitamin C yang sangat baik untuk kesihatan kulit. Selain itu, saya cuba menghabiskan lapan gelas air kosong sehari.

Jenama produk penjagaan kulit yang Amira gunakan sekarang?

Jerawat Tumbuh Bak ‘Cendawan’ Lepas Hujan? Amira Othman Kongsi Dua ‘Cara’ Kulit Wajah Kembali Flawless!

Memandangkan kulit saya sangat sensitif, saya cuma dibenarkan memakai Cetaphil sebagai pencuci dan penyegar manakala krim pelembap yang berasaskan mineral.

Ads

Produk  suplemen kecantikan wajah yang digunakan?

Buat masa ini, saya mengamalkan Blackmores untuk penjagaan kulit dan menambah tenaga agar cergas sentiasa.

Artikel berkaitan: Walaupun Berhijab, Amira Othman Tetap Pentingkan Fesyen. Yang Penting Elegan & Sopan!

Jenis solekan pilihan Amira saat bercuti  atau melancong?

Jerawat Tumbuh Bak ‘Cendawan’ Lepas Hujan? Amira Othman Kongsi Dua ‘Cara’ Kulit Wajah Kembali Flawless!

Waktu senggang saya memang jarang bersolek, dan hanya bersolek pada waktu kerja sahaja. Jika keluar bersama teman-teman, selalunya saya hanya akan mengenakan pensel kening  disebabkan memiliki kening yang tebal dan harus disikat dengan teliti.

Ads

Kekerapan Amira melakukan sesi rawatan wajah di spa?

Lazimnya, saya akan mengunjungi pusat perawatan kecantikan  untuk urutan badan atau kepala saja.  Memandangkan saya sering diserang migrain, jadi saya mengunjungi spa setiap dua minggu sekali.

Produk kecantikan yang wajib ada di dalam tas tangan?

Jerawat Tumbuh Bak ‘Cendawan’ Lepas Hujan? Amira Othman Kongsi Dua ‘Cara’ Kulit Wajah Kembali Flawless!

Pemerah pipi, gincu dan pensel kening.

Ads

Definisi cantik buat Amira?

Pada saya, cantik ini sesuatu yang subjektif. Muslimah itu cantik apabila dia sentiasa menjaga setiap gerak-gerinya. Perlu berkeyakinan, pertuturan yang matang juga bijak, juga yang sentiasa menjaga imej diri.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari majalah HIJABISTA

Artikel berkaitan: “Dah Lama Nak Nyanyi Lagu ‘Air Tangan’ Faizal”- Teruja Duet Bersama, Impian Amira Jadi Realiti!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Sumber Foto: Instagram Amira Othman

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI