Kecantikan

Jerawat Timbul Punca Alergi Dan Alahan Kacang. Hilang Nikmat Makan Kuah Kacang!

Share

Kuah kacang adalah salah satu makanan tradisi masyarakat melayu di dalam perayaan. Namun spetikal ramai orang mengatakan bahawa salah satu pantang larang jerawat adalah makan kacang. Pasti ramai yang mengelak untuk makan makanan yang bersaskan kacang ini.

Bagi sesetengah orang, makan makanan yang popular ini menyebabkan jerawat muncul. Sebelum membincangkan sama ada kacang benar-benar menyebabkan jerawat, ada baiknya mengetahui penyebab jerawat dan pemakanan kacang.

Sumber gambar: Indian Express

Punca jerawat apabila kelenjar minyak di dasar rambut di permukaan kulit dapat menghasilkan sebum atau minyak. Apabila sebum berlebihan dihasilkan, minyak dapat bercampur dengan sel kulit mati dan menyumbat liang. Dalam keadaan ini, bakteria yang terperangkap di dalam pori-pori mencerna minyak dan melepaskan asid yang memicu kerengsaan jerawat.

Sumber gambar: self

Jerawat akhirnya boleh pecah atau sembuh dengan sendirinya. Walau bagaimanapun, kadang-kadang jangkitan boleh menyebabkan benjolan berisi nanah terbentuk pada tisu di bawah kulit. Peningkatan tahap hormon semasa akil baligh boleh mencetuskan jerawat pada remaja. Namun penyakit ini juga boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Beberapa penyebab jerawat lain termasuk tekanan, diet tidak seimbang dan kesan sampingan ubat-ubatan.

Kacang Mempunyai Nutrisi

Kacang mengandungi vitamin E. Beberapa jenis kacang seperti badam, kacang tanah, dan kacang Brazil juga mengandungi selenium. Vitamin E dan selenium dapat melindungi sel dari kerosakan dan jangkitan. Anda yang mempunyai masalah jerawat pada amnya kekurangan antioksidan seperti vitamin E dan selenium.

Walaupun tidak ada kajian khusus yang membuktikan antioksidan dapat mengurangkan jerawat, kedua bahan ini pada dasarnya dapat menyokong proses penyembuhan jerawat. Selain itu, kacang juga mengandungi asid lemak penting omega-3 dan omega-6 yang penting untuk tubuh, terutama sekali menjaga kesihatan jantung. Justeru, pengambilan asid lemak sihat yang berlebihan ini juga boleh mempengaruhi jerawat.

Pengambilan asid lemak omega-6 yang terlalu banyak dapat membuat keradangan seperti jerawat menjadi merah dan menjadi lebih teruk. Beberapa jenis kacang yang kaya dengan omega-6 termasuk walnut, kacang pain dan badam. Untuk mengurangkan kesan kacang pada jerawat, anda boleh makan kacang tetapi tidak boleh berlebihan.

Alahan dan alergi kacang

Alahan makanan tertentu seperti kacang tanah juga boleh menyebabkan jerawat. Alergi ini boleh berlaku kerana sistem imun seseorang tidak dapat mengenali protein dalam kacang selamat untuk dimakan. Oleh itu, tubuh membina sistem pertahanan diri dengan melepaskan bahan kimia yang boleh menyebabkan keradangan. Reaksi alergi ini boleh mencetuskan gatal, eksim, ruam dan mudah merengsakan kulit. Kerengsaan inilah yang mencetuskan jerawat.

Gejala utama alahan kacang umumnya tidak terhad pada jerawat. Terdapat beberapa gejala alergi kacang lain, seperti kesesakan hidung, hidung berair, sesak nafas, batuk, asma, gangguan pencernaan, ruam dan gatal.

Jadi tak salah nak menikmati kuah kacang semasa musim perayaan ini. Tambah enak kuah kacang makan bersama nasi impit. Enak bukan! Sekiranya anda merasa jerawat muncul setelah memakan kacang tanah, lebih baik jangan memakannya lagi. Sekiranya perlu, minta doktor melakukan ujian alahan.

Published by
SH