Lain orang lain cara pemikirannya. Ada mereka yang mahu penampilan sentiasa nampak cantik tanpa sebarang cacat cela. Tetapi ada juga yang tidak kisah jika ada masalah lain yang mengganggu atau mencacatkan penampilan, terutamanya di bahagian wajah.
Seperti perkongsian gadis ini di media sosial yang tidak kisah untuk menyambut raya dengan wajah yang mengalami breakout. Malah tanpa segan silu turut berkongsi beberapa keping gambarnya di laman sosial.
Nur Damia Afiqah Mohamed Zulmari 21 tahun yang berasal dari Kota Bharu Kelantan ini mengalami masalah breakout sejak setahun lalu akibat alahan terhadap makanan laut dan masalah habuk.
Sebaik muat turun foto berkenaan, dia tidak sangka mendapat kata-kata semangat dan pujian dari netizen. Katanya sebelum ini dia sering merasa tertekan dan berkecil hati kerana sering diejek takan-rakan walaupun dalam nada gurauan.
Ads
Dalam pada itu, perkongsian Nur Damia atau menggunakan nama akaun Mei Ling di laman twitter mendapat lebih 25K tanda suka serta mendapat komen positif yang mengatakan dia nampak comel walaupun wajah alami masalah.
Beraya dengan wajah breakout.
Terkejut terima komen positif.
Pedulikan apa orang kata, yang penting konfiden.
Ads
Jerawat merah dah jadi blusher asli.
Kena bangga dengan diri kita dan yakin baru orang tak berani pijak.
Wajah breakout tapi tetap cute & pretty.
Ads
Jangan give up dan doakan wajah akan pulih tak lama lagi.
Dulu pernah rasa insecure sampai tak mahu keluar rumah.
Masalah breakout sebab alergik dengan makanan laut dan habuk.
Konfiden buat diri jadi lawa. Abaikan apa orang lain kata.
Tengah consult dengan skin specialist.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Biasanya kita hanya tahu kentang digunakan untuk masakan dalam sup ataupun digoreng begitu sahaja. Kesedapnnya sukar untuk diungkap dengan kata-kata. Tetapi sebenarnya kentang juga seperti buah-sayuran lain yang juga mempunyai banyak khasiatnya.
Salah satu adalah untuk mencantikkan wajah. Penggunaan kentang yang dibuat masker ini boleh menghilangkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah.
Bukan itu sahaja ia juga boleh memperbaiki tekstur kulit, mencerah dan juga menegangkan kulit.
Tidak susah untuk melakukanya tambahan lpula stok kentang ini selalunya sentiasa ada di dapur anda.
Jom lihat cara penyediakan masker kentang ini melalui perkongsian dari pengguna laman sosial, Anis Roduan di facebook.
Bahan-bahan:
1 biji kentang – kisar hingga hancur (tambah ¼ cawan air kalau perlu).
Sebiji telur – ambil putih telur sahaja.
Cara memakainya:
1. Campurkan kentang yang dikisar dengan putih telur.
2. Sapukan pada seluruh muka. Biar kering selama 30 minit.
3. Cuci dan bilas muka derngan air suam atau sejuk.
Kebaikan Masker Kentang:
1. Atasi kulit kerang dan membuang sel kulit mati/menggelupas.
2. Menghilangkan jerawat dan bekas jerawat.
3. Boleh mencerahkan kulit wajah secara semulajadi.
4. Turut boleh menghilangkan blackhead/whitehead.
5. Berupaya merawat kulit sunburn.
6. Dapat mengurangkan kedutan pada kulit muka.
7. Juga boleh mengatasi kulit berminyak.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Memang jadi impian setiap wanita mahukan bentuk badan yang langsing. Malah sanggup lakukan apa sahaja untuk memastikan dapat berat badan ideal. Seperti perkongsian wanita ini yang berjaya lenyapkan 17 kg dalam tempoh 5 bulan disebabkan mahu berkahwin. Sebelum ini ada mengambil produk suplemen tetapi semuanya tidak berjaya. Lalu tekad mengubah proses diet dengan hanya memilih makan beras perang serta sayur dalam pemakanan harian.
Sebelum ini berat badannya sekitar 84 kg awal tahun lalu, tetapi setelah berazam untuk kurus kerana mahu berkahwin. Dan akhirnya dia berjaya mengurangkan berat sehingga 67 kg pada Disember lepas. Dan terkini beratnya sudahpun mencecah 65 kg.
Berkongsi thread di laman twitter, menggunakan nama akaun @Rice Bunny memberi beberapa tip buat hijabi di luar sana jika ada mengalami masalah sama.
Hilang 17 kg dan perbezaan setahun yang lalu.
Pernah ambil produk suplemen tetapi semuanya tak berhasil.
Tekad untuk kurus sebab nak kahwin.
Start makan nasi beras perang walaupun pada mulanya sangka tak sedap.
Setelah lima bulan amalkan makan beras perang, berat badan berkurangan.
Lepas kurus, maintain workout dengan berzumba sehingga hari ini. Nak diet yang penting kena istiqomah.
Kalau berat badan naik, jangan rasa down atau give up, tapi jadikan pembakar semangat untuk berusaha.
Minum segelas air sebelum makan untuk cepat kenyang.
Penting juga untuk makan buah dan sayur.
Baby step, start dari bawah. Diet secara sihat & lakukan dengan gembira.
Breakfast wajib dan jangan skip langsung.
Ambil yang hidangan pagi sederhana untuk alas perut.
Untuk makanan tengah hari pula memang ambik beras perang dalam one atau half scoop.
Manakala untuk makan malam jangan lewat dan kebiasaannya antara jam 6 hingga 8 malam sahaja.
Tidak lupa juga supper, suka kunyah roasted almond bila lapar.
Apa pun cuba amalkan diet ‘baby step’ ini dalam masa 40 hari.
Tak suka diet secara paksa. Takut terpengaruh ambil produk suplemen.
Terakhir sekali jangan lupa juga buat exercise selama 5 minit.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Musim sejuk akan datang ke Syria tidak lama lagi. Ia adalah mimpi ngeri bagi pelarian Syria kerana kesejukanmelampaudibawahparasbekubolehmeragutnyawamereka. Sinar Karangkraf Sdn. Bhd. telah menzahirkan solidariti dengan bekerjasama bersama Syria Care untuk membantu pelarian Syria melalui Kempen Bantuan Musim Sejuk 10.0.
APA ITU SYRIA CARE?
Menurut laman sesawang Syria Care, pertubuhan ini merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menabur bakti kepada mangsa konflik di Syria termasuk pelarian Syria di Turki dan Lubnan. Syria Care merupakan NGO pertama yang menggabungkan rakyat Syria dan Malaysia di dalam sebuah organisasi untuk memenuhi keperluan semasa rakyat di Syria.
Syria Care diasaskan atas inisiatif Sheikh Samir Sakka iaitu warga Syria, dan sekumpulan alumni Malaysia yang belajar di Syria pada tahun 2012 dengan tujuan untuk menyebarkan maklumat kepada orang ramai berhubung konflik krisis kemanusiaan yang berlaku di Syria. Sejak Februari 2021, pertubuhan ini aktif dan telah banyak melaksanakan misi-misi bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Memorandum persefahaman antara Syria Care dan Sinar Karangkraf.
Pada 28 September 2022, Syria Care dan Sinar Karangkraf Sdn Bhd telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) untuk mengukuhkan kerjasama strategik demi menyebarluaskan usaha kemanusiaan kempen Bantuan Musim Sejuk 10.0 yang berlangsung dari 28 September hingga 31 Disember 2022.
Projek kerjasama ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi melaksanakan usaha-usaha kemanusiaan sebagai persiapan bagi musim sejuk di Syria. Untuk pengetahuan anda, sebahagian besar pelarian Syria kini hidup dalam keadaan serba daif selepas lebih sedekad terperangkap dalam krisis yang berlanjutan.
“Kerjasama ini merupakan sebahagian komitmen untuk menjayakan misi bantuan musim sejuk Syria 10.0” ujar Datuk Muhammad Nasir Hamzah, selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf .
“Kalau di Karangkraf ini, kita tidak memilih untuk bekerjasama.. Kita memberikan ruang untuk pertubuhan seperti Syria Care supaya dapat menggalakkan lagi penglibatan dari orang ramai.” katanya lagi.
Tambahan itu, ketua Pegawai Eksekutif Syria Care, Siti Sakinah Binti Meor Omar Baki mengatakan bahawa Syria Care menyasarkan sebanyak RM 1.7 juta sebagai persediaan menghadapi musim sejuk buat pelarian di utara Syria. Oleh itu, pihak Syria Care juga mengharapkan bantuan dan kesediaan orang ramai untuk menyempurnakan misi bantuan kemanusiaan ini.
Melalui MoU ini, penglibatan kerjasama Sinar Karangkraf bersama Syria Care adalah seperti berikut:
Penglibatan sebagai rakan media strategik rasmi bagi tujuan hebahan dan pemerkasaan bersama Kempen Bantuan Musim Sejuk Syria Care setiap tahun.
Memberikan sokongan untuk salah sebuah mini hub pengumpulan sumbangan pakaian musim sejuk.
Penyertaan sukarelawan ke lapangan bagi membantu proses pengumpulan pakaian musim sejuk sepanjang projek sempena Kempen Bantuan Musim Sejuk 10.0, iaitu Projek ‘Warm Their Winter’ berlangsung.
Bagi anda yang ingin menyalurkan sebarang sumbangan atau pertanyaan, anda merujuk pada poster di atas atau boleh menghubungi Syria Care secara terus di talian 03-55234077 atau 011-288 09820.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...