Kunyit bukan sekadar bahan ramuan untuk masakan tetapi banyak kegunaannya untuk kecantikan. Kulit yang sihat, lembut dan berseri menjadi idaman ramai wanita. Tidak dapat dinafikan kulit yang sihat menjadikan anda jadi lebih berkeyakinan.

Kulit wajah yang sihat dan cantik tentunya memerlukan belaian dan penjagaan. Bila tengok kulit orang lain cantik bak telur rebus dikupas, pastinya mengundang rasa cemburu. Mulalah ingin tahu apakah yang diamalkan sehingga kulit wajah jadi ‘flawless’ begitu.

Tahukah anda bahawa antara bahan yang boleh dijadikan sumber perawatan wajah ialah kunyit.

Jerawat Hilang, Kulit Wajah Pun Kembali Lembut & Gebu, Wanita Ini Kongsi Amalan Masker Kunyit + Telur
Photo by FOODISM360 on Unsplash

Berikut perkongsian Nursha Salleh. Akui wanita ini selain memakai produk penjagaan wajah iaitu Melisha Beauty Soap dan Melisha Miracle Serum, dia turut mengamalkan pemakaian masker kunyit.

Setiap malam, wanita ini akan pakai masker kunyit yang dicampur dengan putih telur dan tepung beras. Campur sedikit dengan Melisha miracle serum. Boleh juga digantikan dengan madu, lemon dan yogurt. Cara-cara hendak membuat masker kunyit ini pun mudah sahaja.

Ads

CARA-CARA MEMBUAT MASKER KUNYIT:

  1. Campurkan kunyit, tepung beras ( 1 sudu teh untuk pakai seorang) dan putih telur.
Jerawat Hilang, Kulit Wajah Pun Kembali Lembut & Gebu, Wanita Ini Kongsi Amalan Masker Kunyit + Telur
Kunyit, tepung beras dan putih telur ( boleh ganti dengan madu, lemon, yogurt)

2. Campurkan sedikit Melisha miracle serum(boleh ganti dengan madu, minyak vco, santan, yogurt).

Jerawat Hilang, Kulit Wajah Pun Kembali Lembut & Gebu, Wanita Ini Kongsi Amalan Masker Kunyit + Telur
Cara- cara buat masker kunyit ni senang sahaja. Campurkan kunyit (1 sudu teh untuk pakai seorang) tepung beras (1 sudu teh) dan putih telur (boleh ganti dengan madu, minyak vco, santan, yogurt) dalam satu bekas. Kacau sehingga sebati.

3. Kemudian kacau hingga sebati. Sapu pada kulit wajah. Biarkan 15-20 minit.

Ads

4. Bilas dengan air bersih. Lap kulit wajah dengan tuala bersih dengan cara tekap-tekap tuala pada kulit wajah. Hasilnya kulit wajah jadi lembut dan gebu.

Jerawat Hilang, Kulit Wajah Pun Kembali Lembut & Gebu, Wanita Ini Kongsi Amalan Masker Kunyit + Telur

 

Ads

Jerawat Hilang, Kulit Wajah Pun Kembali Lembut & Gebu, Wanita Ini Kongsi Amalan Masker Kunyit + Telur

Petua ini juka sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah jerawat yang teruk pada kulit wajah. Amalkan secara konsisten bagi mendapatkan hasil yang maksimum.

HIJABISTA: Perlu diketahui bahawa tidak semua amalan mungkin tidak memberikan hasil yang sama untuk setiap orang. Pastikan sebelum anda memulakan sebarang amalan kecantikan, anda tidak alah pada sesuatu bahan bagi mengelakkan alahan pada kulit wajah. 

Sumber kredit: Nursha Salleh

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI