Jeragat Hilang Dengan Masker DIY, Pakai Seminggu 4 kali Tak Lebih 15 Minit

Share

Jika anda salah seorang daripada mereka yang bermasalah jeragat, pasti anda tahu betapa sukarnya untuk berdepan dengan masalah tersebut.

Walau sudah bermacam produk namun masalah jeragat tidak juga berjaya di atasi. Selain menggunakan produk kecantikan, anda boleh cuba cara tradisional.

Berikut perkongsian Aishah Badar Bajrai

Sebenarnya ada beberapa petua jeragat. Tapi tak pe, try satu-satu naa.

Masa memula jumpa resepi ni Aisyah macam tak percaya sangat. Sekali tengok ramai bagi feedback positive.

Perghh, jeragat dorang sebelum ni yang setebal awan mendung tetiba boleh nipis. Ada tu jeragat terus hilang lepas konsisten pakai masker ni.

Tapi macam biasa la, ni rawatan alami. Bukan guna bahan kimia. Jadi kesan dia slow.

Slow slow dia, tapi selamat tuk kulit kita. Pastu yang bestnya masker ni boleh cerahkan kulit muka kita jugak tau.

Ehhh, kalau ada masalah jerawat pun boleh pakai masker ni sebab semua bahan bahan masker ni bagus untuk halau jerawat.

Dah la, penat type. Jom kita tengok resepi;

MASKER MAGIC HALAU JERAGAT

1 biji kentang rebus
1 biji limau nipis atau setengah biji jus lemon
1/2 sdk kunyit serbuk
Air rose secukupnya, pakai air tapis atau mineral pun boleh.


CARA-CARANYA:

1. Korang blend jek semua bahan ni sampai dia jadi paste macam custard. Make sure paste ni tak terlalu pekat, tak terlalu cair tau.

2. Lepastu urut muka korang dengan masker ni selama 2 minit dan biarkan dia kering dalam 15 minit. Jangan lebih tau. 15 min jek cukup. Sebab takut muka kering sangat nanti.

3. Balance masker ni korang masuk mangkuk bersih bertutup dan simpan dalam peti ais.

Masker ni boleh tahan untuk 5-6 hari gitu.

Senang jek kan masker untuk jeragat ni. Siapa yang ada masalah jeragat teruk, korang boleh pakai masker ni hari hari.

Bila dah okey, korang pakai seminggu 4 kali jek.

Tapi awas, jangan pakai lebih dari 15 minit tau. Nanti kulit korang boleh kering.

Pastu korang boleh pakai masker ni waktu malam jek sebab masker ni ada limau. Tak sesuai pakai siang.

Tip penting, jangan lupa pakai sunblock waktu siang tau. Baru la jeragat baru tak boleh datang sebab sunblock tu dah protect kulit kita.

Selamat mencuba.

Sumber kredit: Aishah Badar Bajrai

Published by
Norhasliza