Jennifer Lopez Mendedahkan Rahsia ‘KILAT’ Awet Mudanya Di Usia 53 Tahun

Share

Pada hari Khamis yang lalu aktres ini dilihat dalam berkongsi di halaman Instagramnya semasa pembikinan filem terbaharu Shotgun Wedding bersama Josh Duhamel, bahawa salah satu perkara terbaik yang dia lakukan adalah untuk kekal terhidrasi.

Ini bermakna dia sentiasa makan snek seperti kacang, jarang meminum alkohol dan mengambil sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Dan dia juga bergantung pada BodyArmour Sports Drink, yang mana JLo telah menjadi jurucakap jenama ini. Perisa yang dipegangnya dalam penggambaran baru itu ialah strawberi kiwi yang mempunyai 20 kalori. Ia tidak mempunyai pemanis tiruan, tiada gula tambahan, mempunyai Elektrolit Pembungkus Kalium, antioksidan dan vitamin B dan air kelapa.

Tulisnya dalam kapsyen, dia juga berkata bahawa ‘penghidratan’ adalah kunci kepada penampilan mudanya. Dapat mengekalkan penampilannya, kadang-kadang kelihatan separuh umurnya, walaupun dia berusia lebih 50 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Bentuk Tubuh Masih Kelihatan Hebat Pada 52, Bukan Rahsia Lagi Jennifer Lopez Kongsi 8 Tabiat Makannya

Krim aset tubuhnya

Pada bulan Ogos lalu, JLo melancarkan krim penegang punggung JLo Beauty yang menjanjikan derriere yang bagus dengan bantuan ‘ekstrak’ biji guarana dan lada merah jambu. Malah bahan terkandung yang lain melindungi kulit, mengurangkan lemak dan titisan lipid kecil yang lebih mudah dibakar.

Jenny mengatakan bahawa krim mempunyai ujian secara klinikal yang disasarkan dan memberikan hasil sebenar. JLo juga menyakinkan produk ini sesuai untuk semua peringkat umur.

Terdahulu pada bulan Ogos, dengan mengenakan busana gaun putih ketika dia bercakap tentang produk Booty baharu, katanya akan krim ini membuatkan tubuh wanita kelihatan berbeza serta-merta. Dan dia menambah lagi, bahawa ia adalah ‘semua tentang keyakinan’ untuk wanita yang dia harap dapat menyediakan produknya yang dibuatnya dengan bantuan ‘ahli kimia.’

‘Kuasa JLo Beauty… kini untuk badan. #JLoBody ialah barisan penjagaan kulit berprestasi tinggi yang diuji secara klinikal untuk badan yang memberikan hasil yang boleh anda lihat dan rasa serta-merta malah ia menjadi lebih baik dari semasa ke semasa.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
SH