Bila bercakap tentang masalah kulit, jerawat adalah yang paling menganggu penampilan. Penampilan diri seseorang akan terjejas dan keyakinan diri jatuh merudum bila masalah jerawat datang bertandang.
Maka sebab itulah masalah jerawat perlu dirawat. Jika tidak, ia akan terus menjadi bertambah buruk. Penting untuk kita memilih produk perawatan yang sesuai bagi memastikan usaha untuk merawat jerawat pada jerawat menemui kejayaan.
Berikut perkongsian daripada seorang ahli farmasi, Rahman Baco
4 JENIS UBAT JERAWAT YANG ANDA PERLU TAHU?
Jika anda dah cuba macam-macam jenis ubat jerawat tapi masalah jerawat tak hilang-hilang juga. Anda kena baca info ini sampai habis, mungkin ubat jerawat yang anda gunakan tidak sesuai dengan jenis jerawat dan masalah kulit muka anda.
Mungkin ada ubat jerawat jenis lain yang dapat atasi masalah jerawat anda. Ada beberapa jenis ubat jerawat yang berada di pasaran. Ada jenis ubat yang anda boleh dapatkan daripada kedai runcit biasa, ada yang anda boleh dapatkan hanya daripada Farmasi dan ada yang anda perlu dapatkan daripada Doktor.
1. DALACIN-T 1%
Dalacin T merupakan ubat jerawat yang paling popular digunakan untuk atasi masalah jerawat. Ubat ini adalah jenis Topikal Antibitiok dan anda hanya boleh dapatkannya secara sah daripada Ahli Farmasi.
Dalacin T ni mengandungi antibiotik jenis Clindamycin Phosphate yang diuji secara klinikal dapat menghalang pertumbuhan bakteria Propionibacterium acnes yang banyak menyebabkan jerawat.
Bagaimana cara yang betul nak pakai Dalacin-T ni?
#1. Sebelum sapu Dalacin T ni, cuci muka terlebih dahulu dengan air suam dan pencuci muka.
#2. Buka penutup botol dan pasangkan ‘Applicator’ pada botol (Anda juga boleh minta bantuan Ahli Farmasi untuk pasangkan Applicator ini pada botol Dalacin-T)
#3. Sapu Dalacin-T menggunakan Applicator pada jerawat dan kawasan sekeliling jerawat.
Anda boleh sapukan Dalacin T ini dua kali sehari.
BERAPA LAMA UBAT INI BERKESAN?
Biasanya ubat ini berkesan selepas 6 – 8 minggu menggunakannya. Jika selepas 8 minggu jerawat anda masih belum baik, anda perlu berjumpa doktor semual.
Jangan gunakan ubat Dalacin T ni untuk jangka masa yang lama (> 12 minggu) dikhuatiri nanti bakteria jerawat anda bermutasi dan menjadi kebal kepada antibiotik ini ataupun disebut Antibiotic Resistance.
ADA KESAN SAMPINGAN TAK UBAT INI?
Antara kesan sampingan yang sering dilaporkan selepas menggunakan ubat ini termasuklah kulit jadi kering/gatal, cirit-birit (diarrhea), dan sakit perut atau perut rasa tidak selesa.
ADAKAH SEMUA ORANG BOLEH PAKAI DALACIN-T?
Ubat ini tidak boleh diambil oleh pesakit yang mempunyai masalah usus (inflammatory bowel disease, enteritis, ulcerative colitis) dan pesakit yang mempunyai sejarah penyakit usus berkaitan antibiotik.
Larutan Dalacin-T ni MUDAH TERBAKAR. Jadi pastikan tiada api berdekatan anda semasa menggunakannya nanti terbakar pula kulit muka anda. Lain pula jadi ceritanya nanti.
2. ADAPALENE
Ubat ADAPALENE merupakan jenis Vitamin A ataupun Topikal Retinoid generasi yang ketiga yang digunakan untuk merawat jerawat yang tidak terlalu teruk (mild to moderate acne). Adapalene ini sangat efektif terutamanya dalam merawat jerawat yang mempunyai komedone.
Hasil kajian mendapati, penggunaan Adapalene bersama Dalacin T dapat meningkatkan keberkesanan Dalacin T tetapi turut meningkatkan kesan sampingannya. Sapukan Adapalene Gel 3 – 5 minit sebelum sapu Dalacin-T untuk meningkatkan penyerapan dan keberkesanan Dalacin-T berbanding hanya gunakan Dalacin-T sahaja.
Ubat Adapalene ini bertindak dengan menghalang pembentukan Komedone Jerawat selain mempunyai kesan anti-radang.
Bagaimana cara gunakannya?
Anda boleh sapu pada bahagian jerawat 2 kali sehari terutamanya selepas cuci muka pada sebelah petang dan juga sebelum tidur.
DI MANA NAK DAPATKAN UBAT ADAPALENE NI?
Ubat Adapalene ini termasuk dibawah kategori ubat yang hanya boleh diberikan oleh ahli farmasi Jika anda mempunyai masalah jerawat yang susah nak hilang walaupun dah cuba macam-macam ubat, disarankan anda cuba kombinasi Ubat Dalacin-T dan Adapalene Gel ini.
3. BENZOYL PEROXIDE 10%
BENZOYL PEROXIDE merupakan kandungan dalam ubat jerawat yang paling banyak di pasaran. Ubat jerawat jenis ini anda boleh beli daripada kedai-kedai runcit biasa juga boleh didapati di Farmasi-Farmasi dan kedai kesihatan lain.
Benzyol Peroxide bertindak merawat jerawat dengan membunuh bakteria penyebab jerawat dan juga mengeringkan, menghakis dan mempercepatkan prose pengelupasan kulit.
Ada kesan sampingan tak Benzoyl Peroxide Ini?
Kesan sampingan yang biasa dilaporkan adalah kulit jadi gatal dan kemerah-merahan. Disebabkan Benzoyl Peroxide ni jenis bahan peluntur dan menghakis, jika ia terkena pada baju boleh menyebab warna baju luntur. Selian untuk rawatan jerawat, Benzoyl Peroxide ni juga banyak digunakan sebagai peluntur untuk memutihkan tepung dan juga sebagai peluntur warna rambut.
4. HERBA SALIX ALBA
Herba Salix Alba atau juga dikenali sebagai “White Willow Bark” antara herba terbaik yang digunakan untuk menghasilkan produk penjagaan kulit terutamanya untuk merawat jerawat dan parut bekas jerawat.
Bahan aktif utama dalam herba Salix Alba ini adalah ‘Salicin’ iaitu sumber semulajadi untuk hasilkan salicylic asid. Ahli Farmasi Itali adalah orang pertama yang mengenalpasti dan mengasingkan Salicin dari herba Salix Alba. Salicin ini ditukarkan menjadi asid salicylic di dalam badan yang bertindak mengurangkan keradangan dan mengurangkan sakit.
Kegunaan Salix Alba untuk penjagaan kulit dan rawatan Jerawat.
Banyak produk-produk jerawat yang dijual menggunakan Asid Salicylic yang dihasilkan secara sintetik. Tapi kenapa tidak gunakan asid salicylic dari sumber semulajadi?
Sumber semulajadi asid salicylic dalam Salix Alba iaitu salicin bertindak dengan lebih lembut, tiada rasa terbakar “burning”, tidak mengelupas (peeling) dan kurang alahan seperti yang biasanya terjadi bila gunakan asid salicylic sintetik.
Ekstrak Salix Alba ini mengelupas kulit secara semulajadi dan membersihkan liang-liang pori untuk mencegah timbulnya jerawat seterusnya hasilkan kulit yang lebih cerah dan sihat.
Herba Salix Alba ini juga mempunyai sifat antibakteria yang membantu membersihkan bakteria pada kulit yang menyebabkan jerawat. Ujian makmal juga mendapati Salix Alba berkesan untuk membunuh bakteria penyebab jerawat, menjadikannya bahan pilihan dalam menghasilkan pembersih muka, toner dan ubat jerawat.
Ekstrak Salix Alba inilah bahan aktif yang digunakan di dalam produk #REFINITY ACNE HYDROGEL yang menjadikannya ubat jerawat yang berkesan dan bertindak sepantas 24 jam.
Jerawat yang baru timbul akan lebih cepat kecut dan mengecil, dan jerawat-jerawat baru semakin kurang timbul selepas menyapu #REFINITY ACNE HYDROGEL ni dua kali sehari.
Sumber kredit: Facebook Rahman Baco, Pharmacist
Sumber gambar (top image): 123rf
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI