Kandungan alkohol yang ada dalam skincare adakah anda cukup mengenali jenis-jenisnya patikah ia selamat untuk kulit anda? Skincare yang memiliki kandungan alkohol sering kali bekerja lebih cepat dalam membasmi permasalahan pada kulit wajah, terutama jerawat.
Namun, pastikan kandungan alkoholnya masih dalam kitaran yang wajar dan tidak terlalu banyak ya. Jangan lupa pastikan juga bahawa jenis alkohol yang ada dalam kandungan skincare tersebut benar-benar selamat untuk kulit. Jom semak jenis-jenis alkohol yang selamat untuk kulit!
1. Stearyl alcohol
Stearyl alcohol ini terbuat dari minyak kelapa yang berfungsi sebagai emulsifier dan emolien (pelembab) di dalam produk kecantikan. Emulsifier ini merupakan senyawa yang digunakan untuk mengikat minyak dan cairan dalam produk kecantikan dan biasa digunakan dalam sabun pencuci muka untuk menghasilkan buih.
2. Cetyl alcohol
Cetyl alcohol juga terbuat dari olahan minyak sawit, minyak kelapa, dan biji-bijian yang fungsinya untuk bahan pemadat. Biasanya digunakan dalam produk cair, seperti toner wajah.
3. Propylene glycol
Alkohol yang ini biasanya ada pada pelembab atau moisturizer. Propylene glycol adalah bahan yang membantu menstabilkan produk skincare, menyerap air untuk membantu mempertahankan tingkat kelembapan.
4. Laurly Alcohol
Masih masuk ke dalam kandungan fatty alcohol atau alkohol lemak, lauryl acohol juga merupakan alkohol yang dipercaya selamat untuk kulit, dan bersifat melembabkan kulit wajah serta mengunci keseimbangan kulit wajah.
DAPATKAN MAJALAH HIJABISTA E MAGAZINE DENGAN MUAT TURUN APLIKASI EMALL
Di antara 4 jenis alcohol ini pastikan tiada yang merengsakan kulit wajah anda. Silap pemilihan kulit akan memberi kesan kemerahan yang akan memburukkan keadaan kulit. Sekiranya terdapat kesan-kesan sampingan, anda disarankan bertemu dengan pakar kulit.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bahaya Guna Produk Tiruan! ‘Saya Tak Reda Dan Takkan Halalkan…’ – Wawa Zainal.
Sebelum mindset kita salah, baik kita buat research dulu. Takut nanti menyesal dikemudian hari. Sebarang produk yang dioleskan muka pasti mempunyai bahan yang dikawal yang dipiawai oleh pihak berkenaan.
Namun ada juga segelintir yang eggan melihat keaslian bahan produk itu sendiri. Nah, maka timbul lambakan produk-produk ciplak di pasaran. Baru-baru ini tular di media sosial jenama produk kecantikan tempatan yang dimiliki oleh aktres jelita Wawa, 32, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin diciplak.
ARTIKEL BERKAITAN: Pecah Tradisi Taja Program Hiburan, Wawa Dan Aeril Akui Orang Mungkin Ingat Menjadi Penaja…
Siapa yang tak berang…
Demikian tegas pelakon dan usawan terkenal Wawa Zainal susulan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menjual produk tiruan Wawa Cosmetics di pasaran terbuka.
“Sampai sekarang saya masih geram. Saya memang takkan halalkan pendapatan diperoleh mereka hasil daripada menjual produk ciplak Sunscreen Wawa Cosmetics,” ujarnya, yang menyedari perkara ini selepas mendapat aduan daripada ‘re seller’ dan pengguna.
“Akhirnya mimpi buruk yang dialami peniaga lain terjadi pada saya. Selama ini saya hanya mendengar masalah usahawan lain apabila produk mereka diciplak. Tindakan mereka sangat jahat dan begitu berani seolah-olah produk itu milik mereka.
“Apa yang saya lebih risaukan adalah soal kesihatan pengguna yang sudah membeli produk tiruan itu. Saya takut jika terjadi apa-apa pada mereka hingga memudaratkan kulit. Perkara sebegini memang tidak difikirkan oleh pihak yang menjual barang tiruan. Mereka tahu nak duit dan untung saja.
“Tidakkah mereka sedar perbuatan itu salah? Berhentilah menganiaya orang ramai. Kalau tak ada duit, carilah kerja halal lain. Jangan mencuri hasil titik peluh orang,” katanya.
Menurut Wawa yang juga penaja program Big Stage musim kelima, pihaknya sedang berusaha untuk mengesan pihak tidak bertanggungjawab itu sebelum menyerahkan kepada pihak berkuasa.
“Sekarang ini saya dan pasukan sedang giat memberitahu semua ‘re-seller’ dan pengguna khususnya macam mana nak bezakan produk asli dan tiruan. Saya berharap mereka jelas dan tidak terpedaya.
“Walaupun produk Wawa Cosmetics dijual di semua platform dalam talian, tapi ciri-ciri khas seperti kod bar, warna dan kualiti kandungan tetap diutamakan. Insya-Allah, perkara ini juga kami akan bawa ke depan agar ia tidak berulang lagi,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Wawa Sokong Kalau Suami Nak Handsome, Bangga Lancarkan ‘True Love’ Sempena Ulangtahun Ke 11…
3 Kesan bahaya menggunakan sunscreen tiruan
Dalam penjagaan kulit tiruan, terdapat beberapa bahan yang bersifat karsinogenik atau mempunyai risiko tinggi menyebabkan kanser. Salah satu bahannya ialah merkuri. Pendedahan kepada merkuri dalam intensiti tinggi boleh mencetuskan masalah kesihatan yang serius. Bahaya bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk mereka yang paling dekat dengan anda.
Bagi si pemakai, berikut adalah beberapa bahaya penjagaan kulit palsu yang harus anda elakkan:
Kerengsaan, alahan dan bintik hitam pada muka
Skincare dibeli untuk menjaga kesihatan kulit agar tetap nampak cantik. Namun, jika anda membeli penjagaan kulit palsu, bukannya menawan, sebenarnya kulit muka akan menjadi iritasi, alergik, atau bintik hitam akan muncul. Bahan-bahan berbahaya dalam penjagaan kulit palsu boleh memberi kesan buruk, terutamanya jika digunakan untuk jangka masa yang lama.
Mencetuskan kemunculan jerawat meradang
Bahaya seterusnya penjagaan kulit palsu adalah munculnya jerawat yang meradang. Secara amnya, penjagaan kulit dibeli untuk merawat jerawat. Namun, jika tidak betul, daripada semakin baik jerawat, semakin banyak jerawat muncul dan meradang. Jerawat muncul apabila kulit bertindak balas terhadap bahan aktif dalam penjagaan kulit.
Mencetuskan perkembangan sel kanser
Bahaya seterusnya penjagaan kulit palsu adalah mencetuskan perkembangan sel kanser. Penjagaan kulit palsu mengandungi merkuri dan arsenik yang dianggap boleh mencetuskan perkembangan sel kanser dalam kulit.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mahu Pertahan Hak Wanita Teraniaya, Puteri Sarah Berhasrat Tanding PRU16
Masih menjadi tanda tanya buat rakyat Malaysia untuk ketahui siapakah bakal Perdana Menteri yang ke-10 bagi menerajui negara ini. Keputusannya masih lagi dalam teka-teki yang sukar untuk kita gambarkan.
Namun, dalam kegusaran ramai, hasrat pelakon Puteri Sarah Liyana mencuri perhatian apabila dia teringin untuk bertanding sebagai calon wakil rakyat pada pilihan raya umum yang akan datang.
Artikel berkaitan: Lantang Suarakan ‘Isu Rumah Tangga’, Puteri Sarah Lega Dapat Bantu Ramai Pihak
Pertahankan hak wanita yang di pandang remeh!
Tindakan pelakon itu membuat InstaStory yang menyatakan hasratnya untuk bertanding sebagai calon wakil rakyat pada pilihan raya umum dalam 5 tahun akan datang. Perkongsian itu juga disertakan bersama undian bagi pengikutnya memberikan reaksi terhadap impiannya itu.
Sarah juga menerangkan jika dia diberikan peluang untuk bertanding, dia mahu memperjuangkan hak asasi wanita. Katanya lagi, suara wanita sering di pandang remeh dan tidak kuat di negara ini sehinggakan ada yang memperlakukan sesuatu yang teruk pada golongan ini.
“Lagi 5 year nak bertanding jugalah. Tapi nak bertanding untuk pertahankan hak wanita,
“Women’s rights sebabnya tengok women’s rights di Malaysia tak kuat. Kena ada someone yang lantang untuk speak up for the victims!” katanya.
Dalam pada masa yang sama, Puteri Sarah juga menyatakan sebelum memandang hal ini dengan lebih serius dia perlulah belajar selok belok mengenai politik. Bahkan katanya, mempunyai sijil diploma atau sarjana muda dalam bidang politik juga suatu benda yang bagus sebagai permulaan.
“So, in the meantime kena belajar dulu politics and Law. Politics that revolves around economy, health etc. Also having proper credentials like taking a diploma or degree in politics would be good too,
“Starting to know the area. See what the area needs from all aspects of eco-bio-psycho-social.” ujarnya lagi.
Artikel berkaitan: “Masa Inilah Ada Rumahtangga Yang Gagal”- Diuji Dengan Pelbagai Dugaan, Puteri Sarah Titip Rasa Syukur Tanda Allah Masih Sayang!
Sarah juga mempunyai pengalaman yang agak sulit dalam perhubungan rumah tangganya menjadikan dia lebih kuat untuk menyuarakan pendapatnya. Daripada situlah kekuatannya ada untuk mempertahankan hak wanita yang takut untuk mengambil tindakan.
Sumber: Instagram Puteri Sarah Liyana dan mStar
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 #OOTD Busana Pengantin SELEBRITI Paling Diingati Tahun 2017, No 1 & 2 Memang ‘CLASSY’
Tersenyum menyambut tahun baru yang pastinya akan memberikan kegembiran berterusan buat kita. Namun ada juga momen tahun lalu yag sukar kita kikis dari ingatan. Antaranya adalah menyaksikan beberapa selebriti yang mendirikan rumah tangga. Dan sebagai ‘public figure’ pastinya penampilan mereka di hari bahagia turut diperhatikan peminat atau netizen. Walau apa jua rekaan yang digayakan, yang pasti menggambarkan cita rasa setiap pasangan.
Jom kita intai penampilan selebriti paling menyerlah dan cukup diingati netizen di hari bahagia mereka. Masih lagi mengekalkan ciri santun sama ada untuk majlis pernikahan atau resepsi.
Admin paling suka stail fesyen digayakan Tunku Tun Aminah dan juga Izara Aishah. So classy, bukan?
1. Tunku Tun Aminnah
Baju kurung tradisional lipat lengan digayakan Tunku Aminah memang sangat menarik perhatian. Lebih istimewanya baju yang dipakai Tunku Tun Aminah itu telah direka oleh beliau sendiri, manakala fabriknya pula direka oleh ibu saudaranya, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Lebih menarik busana ini ditenun oleh banduan di Penjara Penor, Kuantan Busananya cukup ringkas namun menyerlahkan kejelitaan Tun Tun Aminah di hari bahagianya.
2. Izara Aishah
Walaupun dikecam kerana dikatakan busana nampak besar dan layahnya agak kejung di majlis pernikahannya, tetapi penampilan Izara tetap memukau. Lain daripada yang lain hasil rekaan Datuk Rizalman Ibrahim. Gayanya sangat ‘classy’ dan busana di majlis resepsi juga sangat wow idea duoRizman Ruzaini. Solekan anggun menyerlah kejelitaan Izara.
3. Juliana Evans
Menggayakan kurung moden di hari pernikahannya. Memilih rona putih dengan perincian sangat kemas. Juliana Evans memang sangat cantik seperti Barbie Doll dengan solekan nipis yag dikenakan di wajahnya.
4. Laudya Cynthia Bella
Semuanya perfect tetapi solekan Bella pula dikecam netizen kerana menampakkan sisi tua. Namun dress labuh rona putih cukup santun digayakan Bella dan kelihatan sangat menawan. Sama juga ketika majlis resepsi menyarung persalinan tradisional dengan pemilihan rona terang. Satu lagi ketika majlis resepsi di Jakarta Bella bemilih rekaan dres jumpsuit yang lain dari lain.
5. Ummi Nazeera
Sesuai dengan karektor Ummi Nazeera, persalinan yang digayakan olehnya di majlis pernikahan dan perkahwinan juga sangat sweet. Rona pastel serta terang jadi pilihan kedua mempelai. Wajah Ummi juga mendapat sentuhan jurusolek terkenal, Saidatulnisa Aminudiin. Paling suka melihat persalinan kurung moden kain bertingkat digayakan di majlis perkahwinannya.
6. Siti Saleha
Kalau orangnya sudah cantik, pakai apa sahaja tetap cantik. Pelakon berdarah pan Asian ini memilih persalinan putih untuk pernikahan. Sedondon dengan suami tersayang. Tanpa solekan tebal, kejelitaan wajah Siti Saleha begitu menonjol dengan persalinan putih dan dia memilih songket pula di majlis resepsi.
7. Mawar Rashid
Menjadi Ratu Jawa di majlis pernikahan menjadikan Mawar Rashid lain daripada yang lain. Pasangannya juga turut menggayakan penampilan sama. Cuma untuk majlis resepsi, Mawar memilih dress moden dengan sentuhan feather di bahagian skirt. Sememangnya bekas finalis Dewi Remaja ini berjaya mencetus kelainan di majlis perkahwinannya.
8. Noor Nabila
Isteri kesayangan Sharnaz Ahmad ini cukup cantik sekali di hari bahaginya. Kakak kepada Neelofa ini bijak memilih dres dengan rekaan sederhana tetapi tetap menyerlahkan kejelitaaanya tika bersanding di sebelah suami tersayang.
9. Mia Ahmad
Juga menamatkan zaman bujangnya tahun ini bersama penjaga gol pasukan JDT. Mia Ahmad begitu cantik sekali di hari perkahwinanya. Mengadakan beberapa majlis dan menyarung beberapa persalinan rona pastel menjadikan gayanya berbeza untuk setiap majlis. Cukup berpadanan dengan hijab yang dipakai.
10.Sari Yanti
Pelakon kecil molek in sekali lagi berkahwin dengan pelawal Jep Sepahtu. Walaupun majlis diadakan secara tertutup, tetapi Sari Yanti tetap kelihatan comel sekali. Dia dan Jep sedondon dalam persalinan serba putih. Solekan bersesuaian menyerlahkan lagi kejelitaaan wajah Sari Yanti di hari penuh bersejarah buat kali kedua dalam hidupnya.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM SELEBRITI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI