“Jenama Tudung Fazura Untuk Semua. Setiap Rekaannya Memiliki Kisah Tersendiri…” – Fazura

Share

Selebriti popular tanah air, Fazura kini bukan sahaja bahagia bergelar isteri dan ibu, malah kariernya kini sudah mula berkembang maju dalam bidang perniagaan. Bukan sahaja memiliki bakat yang berkualiti dalam bidang lakonan mahupub nyanyian, malah figura popular ini ssemakin rancak aktif mengukuhkan legasi perniagaan jenamanya, Tudung Fazura.

Menghiasi sampul hadapan Majalah Hijabista Edisi Jawi kali ini, Fazura berkongsikan tentang dunia fantasi peniagaannya yang kini menjadi realiti. Pelbagai pahit manis yang dilaluinya dalam menghasilkan produk yang berkualiti memenuhi pemintaan ramai, pelakon filem Dendam Pontianak ini menerimanya sebagai sebuah perkara yang positif.

INSPIRASI DUNIA PERNIAGAAN

Mengukir setiap kejayaan dengan bakat yang dikurniakan bukti figura ini bukan selebriti yang biasa-biasa. Setiap lakonannya sentiasa memberi impak kepada mata yang melihat. Bagi dirinya, dia bukanlah seorang yang suka berdiam diri, Malah, jadual sibuk kerjayanya memberi kepuasan dalam dirinya walaupun memenatkan namun begitulah prinsip teguh seorang yang bernama Fazura. Justeru, dia mencuba nasib dalam dunia fesyen dengan menghasilkan rangkaian rekaan yang serba mewah nan eksklusif yang turut menjadi pujaan ramai. Berbicara tentang fokusnya hari ini dalam dunia peniagaan, Fazura menjelaskan bahawa ia berpunca daripada corak kehidupannya yang sudah bertukar semenjak menjadi seorang isteri dan juga ibu.

“Benar kata orang. Apabila sudah berumah tangga dan bergelar seorang ibu, perjalanan kehidupan akan berubah. Hal ini terjadi dalam diri saya. Fokus saya hari ini lebih kepada keluarga saya. Tidak bermaksud saya meletakkan titik noktah dalam perjalanan karier seni, namun reaitinya, saya lebih selesa berligat lincah dalam dunia baru ini, dunia perniagaan.”

“Alhamdulillah, Fattah juga merupakan seorang suami yang tidak pernah henti memberi sokongan. Jujurnya, ia semuanya bermula dari kata hati saya sendiri. Saya percaya apa yang lahir dari kata hati itu adalah petunjuk dari Allah SWT. Biarpun ia seakan tersirat maksudnya, namun saya bisa memahami dan kerana itulah, hari ini saya selesa dan gembira mengemudi nakhoda legasi sendiri,”

TENTANG ILHAM PRODUK FAZURA

Hadir dengan pelbagai rangkaian jenama dibawah naungannya, Fazura sentiasa obses untuk mencari ilham baru dan menyajikan ‘kejutan’ dalam setiap produknya. FAZURA SKINCARE, FAZURA BEAUTY dan FAZBULOUS simbol kejayaannya hari ini. Tidak megah dan tidak pula mendongak ke langit, bagi dirinya, ia merupakan sebuah kunci pembakar semangat untuk sentiasa mengutamakan definisi kualiti yang terbaik.

“Saya seorang yang sukakan fesyen. Jika menyinkap kembali sejarah perjalanan seni saya, sesungguhnya memang saya dikelilingi oleh rakan-rakan artis serta kelompok yang hebat dalam dunia fesyen. Maka, sedikit-sebanyak mempengaruhi minat saya untuk menghasilkan rekaan pakaian saya sendiri. Namun, jika dahulu saya lebih memfokuskan kepada rekaan yang serba seksi dan moden, tetapi hari ini saya menekankan konsep keserderhanaan dalam berfesyen. Maksunya, ia lebih sopan dan molek bila dilihat. Contohnya seperti skirt labuh, rekaan baju yang lebih longgar dan pastinya yang menutup aurat.

“Semuanya saya kumpulkan dibawah jenama FAZBULOUS. Dari pakaian maka terhasillah rekaan produk aksesori seperti bag tangan dan sebagainya. Saya sentiasa memastikan bahawa setiap produk saya unik dan berbeza kerana saya seorang yang suka berfikir di luar kotak. Semua produk saya terutamanya rekaan tudung mempunyai kisahnya tersendiri yang bersifat peribadi dari segi rekaan sehinggalah kepada coraknya. Bagi saya, itulah simbol bonus yang membuatkan ramai yang ingin memilikinya. Contohnya seperti koleksi tudung Kakak Kita, koleksi merdeka yang menyediakan rekaan tudung seperti Seri Bunga, Cakna Malaysia dan Langit Pertiwi.”

Mengenai dunia kosmetik pula, ilham terhasil apabila ramai yang bertanyakan tentang penjagaan kulitnya. Oleh kerana itu, dengan niat untuk berkongsi rejim kecantikannya, lantas Fazura mengerah keringat hadir dengan pelan terbaik untuk melebarkan sayap perniagaannya dalam dunia penjualan kosmetik yang akhirnya tecetusnya FAZURA SKINCARE.

“FAZURA SKINCARE ini merupakan sebuah perkongsian saya kepada mereka di luar sana mengenai cara penjagaan kulit wajah saya. Bagi saya, ini lebih mendekatkan diri saya dengan peminat-peminat saya di luar sana dimana mereka juga boleh menggunakan produk yang sama dengan apa yang dipakai oleh saya.”

Tidak bernokhtah di situ sahaja, Fazura juga turut menghasilkan rangkaian produk solekan yang sememangnya menjadi dambaan bagi kaum wanita di luar sana. Sentiasa hadir dengan produk yang sesuai dengan semua jenis kulit wajah, Fazura bijak dalam menarik minat warga tempatan untuk memiliki setiap satu produk solekaannya.

Sumber gambar: Instagram Fazura

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Published by
Putra