Jenama Hijab Paling Popular & Wajib Dimiliki Hijabi, Barulah Nampak Stylo

Share

Selain busana yang anggun, pilihan tudung juga sangat penting dalam melengkapi penampilan. Lambakan hijab yang dijual di pasaran punya keistimewaan yang tersendiri.

Obsesnya wanita terhadap hijab jenama popular ketika ini tidak terhenti dengan membeli koleksi terbaharu yang dikeluarkan, malah tudung yang telah dipakai (pre-loved item) dan  kotak simpanan tudung (scarf box) turut menjadi rebutan. Itulah penangan hijab kepada wanita.

Pengaruh iklan dan gaya selebriti dan influencer terkenal menjadi tarikan hijabi untuk memiliki setiap tudung yang digayakan.

Nah, senarai jenama hijab yang mesti ada dalam barisan hijab dalam almari anda.

1. dUCkscarves

 

2. Naelofar Hijab

3. Ariani

 

4. Ameera Zaini

 

5.AlHumaira

 

6.Tudung People

7. Bokitta Hijab

Bokitta melangkah dengan lebih ‘megah’ dengan pelancaran Grand Bokitta di Suria KLLC Terletak di lot 259, Tingkat 2, Ramlee Mall KLCC, butik ini dikenali sebagai Kedai Pertama Eksklusif Bokitta.

Koleksi hijab seperti The Minis, The Freestyle dan The Capshawl dengan fabrik berkualiti tinggi pastinya menjanjikan pengalaman hijab yang menjanjikan kepuasan buat para hijabi.

Bokitta juga memiliki cawangannya di Alamanda Shopping Centre, Aye @ 8 Putrajaya, Nu Sentral, Aeon Mall Shah Alam dan juga Setia City Mall.

Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan A & A Empire Sdn Bhd, Datin Ayu Roslan. Rakan-rakan artis, Noryn Aziz, Hawa Rizwana, Farah Anim Razak dan Erin Adlina turut memeriahkan majlis sempena pembukaan rasmi butik terkini BOKITTA di Suria KLCC.

Turut hadir Pengasas & Pengarah bahagian Penyelidikan & Pembangunan dan Rekaan Bokitta, Ms Hala Absi.

Berikut sekitar majlis pelancaran Grand Bokitta di Suria KLLC.

 

 

 

 

Published by
Norhasliza