Jemput-jemput & Murtabak Maggi, Resepi Popular Sepanjang Tempoh PKP. Untung Siapa Beli Stock Maggi Berbungkus!

Share

Bosan ulang makan sarapan dan minum petang yang sama, jangan lupa untuk pelbagai menu anda agar anak-anak dan seisi keluarga tidak terasa bosan duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Sebagai ibu pasti anda rasa buntu menu apa yang dihidangkan, inilah masa untuk tambah skill masakan. Menu sarapan dan minum ini ringkas dan mudah dihidangkan. Hijabi yang bujang tak kan nak makan maggi sup jerkan. Jom cuba resepi ini, nikmati menu jemput-jemput maggi krup krap tak sampai 2 minit siap dan murtabak maggi.

Jemput- jemput maggi

Bahan-bahan:

  • Sebungkus meggi rendam ‘sekejap’ dgn air panas.
  • Pastu gaul dengan 4-5 sudu tepung gandum
  • Pecah telur sibiji.
  • Nak letak bawang dan cili potong pun boleh.
  • Masukkan air ‘sikit’ utk bg lekat.. letak serbuk kari meggi tu….gorengggggg!

  • Siap! Dapat sepinggan

Kredit: Siti Zaleha Mohd Salleh

Minum Petang dengan murtabak maggie

Bawa bertenang di rumah, bukan bermakna boleh baring baca novel, fokus tengok channel kegemaran. Ada 4 mulut yang perlu difikirkan. Yang penting empat-empat boleh makan dan telan. Korang mesti beli mi segera banyak kan? Bohonglah kalau takde. Walaupun tak panic buying, megi ni korang mesti simpan buat terdesak time lapau.

Diet ke tu? Hah kalau diet takyah tengok. Haha .Saya tak pernah buat resipi ni. Google juga dulu tapi lepas tu ikut tekak sendiri.

Jom cuba!

Bahan-bahan:

  1. 1 paket mi segera.
  2. Daging kisar segenggam. Boleh agak-agak (nak ayam kisar boleh, nak udang, ketam, sosej, ikut suka hang lah. Tak nak letak pun takpe).
  3. Sayur-sayuran (lobak merah, daun sup, daun bawang, jagung. Ni kalau suka lah. Tak suka, takyah masuk).
  4. Telur 2 biji (1paket mi segera, 2biji telur. Kalau 2 paket, 4 biji telur. Ikutlah nak buat banyak mana).
  5. Sebiji bawang besar saiz sederhana. Hiris dadu.
  6. Perencah kari (saya guna perasa segera yang dah siap dalam paket mi). Kalau boleh kurangkan dari dalam paket sebab masin bebenau.

Cara-cara:

  1. Rendam mi segera dalam air panas, jangan sampai kembang ya. Sedang elok je.
  2. Tumis bawang yang dihiris hingga naik bau.
  3. Gaulkan perencah kari dengan sedikit air panas. Kemudian masukkan dalam tumisan bawang tadi.
  4. Masukkan daging dan hirisan lobak merah. Benarnya lobak ni je ada dalam peti ais. Kasik manis-manis sikit. Sesuai juga untuk anak yang picky eater, dia telan je sebab dah tak nampak 😂

Kacau hingga daging masak.

  1. Jangan lupa tos mi yang direndam. Toskan masukkan dalam mangkuk. Gaulkan dengan daging yang telah ditumis serta telur. Saya buat 2 paket mi segera, jadi 4 biji telur.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper. Kalau non-stick pan, tak perlu dah minyak. Tuangkan dan ratakan. Errr banyak rupanya 2 paket mi ni. Dapat besar pinggan. Masak hingga garing dan bahagian dalamnya masak.

Siap. Bolehlah buat sarapan atau kudapan petang.

KREDIT: Eza Faezah

 

Published by
SH