Mesyuarat Kabinet semalam telah memutuskan agar dua bulan gaji YAB Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dipotong dan disalurkan kepada Tabung COVID-19.
Langkah yang diadakan ini membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak Covid-19.
Buat pengetahuan semua, Tabung Covid-19 telah dilancarkan pada 11 Mac lalu sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas disebabkan wabak tersebut. Sehingga semalam, jumlah sumbangan wang terkumpul termasuk geran kerajaan adalah sebanyak RM8,493,103,48.