Genap seminggu memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mengumumkan barisan kabinet Kerajaan Perpaduan Nasional dibawah naungan beliau.
Pembentukan kabinet Kerajaan Perpaduan akhirnya menemui kata putus setelah beberapa kali tertangguh, ini sekaligus menamatkan teka-teki mengenai tarikh sebenar pengumuman senarai Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet.
Daripada jumlah keseluruhan Jemaah menteri, lima daripadanya adalah wanita-wanita hebat yang dipertanggungjawabkan menyadang jawatan penting untuk bersama membangun negara.
Lima Daripada Jemaah Menteri Kabinet Adalah Wanita
1. Nancy Shukri
Datuk Seri Nancy Shukri dilahir pada 5 Ogos 1961, beliau merupakan ahli politik Malaysia dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak dan kini sekali dilantik sebagai ahli jemaah menteri bagi Kabinet Kerajaan Perpaduan, menyandang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.
Beliau juga turut merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Kabinet pada tahun 2013.
2. Azalina Othman Said
Ads
Datuk Seri Azalina Othman Said dilahirkan pada 31 Disember 1963. Beliau adalah ahli politik dari parti Barisan Nasional-UMNO.
Sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Kini, beliau adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang)
3. Fadhlina Sidek
Fadhlina Binti Sidek merupakan calon Pakatan Harapan (PH) mewakili PKR bertanding bagi kerusi Parlimen P47-Nibong Tebal pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 16,293 undi.
Ads
Terdahulu, Senator Fadhlina Sidek merupakan Ahli Dewan Negara Malaysia yang dilantik pada 1 September 2021 lalu bagi mewakili Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Kini beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan.
4. Hannah Yeoh
Hannah Yeoh Tseow Suan dilahirkan pada 9 Januari 1979 merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Cina yang juga bekas Ahli Dewan Negeri Selangor (ADN) kawasan Subang Jaya, Selangor dari Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Kini Hannah Yeoh memegang jawatan Menteri Belia Dan Sukan
Ads
5. Dr. Zaliha Mustafa
Dr. Zaliha Mustafa adalah calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding kerusi Parlimen P141 Sekijang pada PRU ke-15. Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 1,734 undi.
Dr Zaliha binti Mustafa telah dilahirkan pada 28 Jun 1964 dan merupakan anak sulung daripada lapan adik beradik. Beliau telah diberi tanggungjawab sebagai Menteri Kesihatan dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.
Untuk rekod, pengumuman Jemaah Menteri berkenaan diumumkan secara rasmi oleh Anwar menerusi satu sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen dan di laman sosial.
Senarai kabinet Anwar, merupakan antara maklumat yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia, selepas beliau pada sidang akhbar pertama menyatakan saiz kabinet di bawah pimpinannya adalah kecil.
Orang yang suka ketawa merupakan orang yang gembira dengan kehidupan mereka dan merupakan seorang yang suka berfikiran positif. Tentunya lebih seronok bila berjumpa dan ‘melepak’ bersama orang yang suka ketawa kan? Secara tidak langsung, mereka dapat memberi aura positif kepada kita. Pernahkah anda tergelak apabila mendengar gelak rakan anda sendiri?
1. Kurangkan Stress
Dalam satu kajian yang dibuat Indiana State University, penyelidik mendapati ketawa boleh mengurangkan tekanan dan meningkatkan peluang hidup pesakit kanser dan HIV.
2. Mengurangkan Perasaan Takut & Bimbang
Ketawa melepaskan rasa baik hormone dopamine, serotonin dan endorphin yang mengembalikan mood anda. Jadi ia boleh mengatasi kebimbangan dan ketakutan yang memudaratkan kesihatan emosi.
3. Meningkatkan Kesihatan Pernafasan
Ketawa dapat menyingkirkan paru-paru anda dengan udara segar dan membantu bernafas dengan lebih mendalam. Orang yang suka ketawa secara tidak langsung dapat meningkatkan kadar jantung dan mencergaskan badan mereka apabila ketawa.
4. Lebih Rendah Peluang Penyakit Jantung
Ketawa menyebabkan tisu yang dikomposisikan lapisan saluran darah berkembang dan membolehkan aliran darah yang lebih baik.
5. Hubungan Yang Lebih Kukuh
Ketawa boleh mencetuskan perasaan gembira dan memupuk hubungan emosi yang boleh meningkatkan hubungan. Orang yang suka ketawa bersama pasangan, keluarga atau rakan-rakan dengan menonton filem komedi dan sebagainya boleh menguatkan lagi ikatan kasih sayang.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siapa yang suka dengan parut yang ada pada kulit terutamanya di bahagian wajah? Ia menjejaskan seluruh penampilan dan juga mengurangkan keyakinan diri.
Kesan parut akibat jerawat, luka dan sebagainya memang sukar untuk dihilangkan. Usah bimbang kerana kami akan kongsikan kepada anda lima cara tradisional ini yang mampu untuk mengatasi masalah parut pada kulit anda dengan segera.
Cara 1:
Untuk cara yang pertama ini, anda harus menyediakan asam jawa. Sangai atau goreng ia tanpa minyak selama lima minit. Biarkan ia sejuk seketika dan kemudian geserkan pada batu atau permukaan yang kasar untuk mengeluarkan serbuknya. Ambil serbuk tersebut dan titiskan sedikit air lalu sapukan pada bahagian yang berparut.
Cara kedua pula, sediakan beberapa keping kulit kayu manis. Tumbuk lumat dan kemudian campurkan dengan sedikit bedak sejuk. Titiskan dengan sedikit air dan kemudian sapukan pada bahagian yang berparut atau bintik hitam pada wajah.
Cara 3:
Seterusnya, ramas asam jawa dengan sedikit air (jangan terlalu cair). Sapukan ia pada bahagian yang berparut dan biarkan ia hingga kering.
Cara 4:
Jangan dibuang kulit pisang lemak manis setelah di makan. Amalkan menggosok bahagian yang berparut dengan kulit pisang lemak manis setiap hari.
Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan bawang putih. Tumbuk halus kesemuanya. Titiskan dengan sedikit air dan kemudian sapukan pada parut sambil digosok perlahan. Biarkan ia hingga kering sebelum dibilas bersih.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pelbagai jenis produk anti-penuaan dijual di pasaran untuk memberikan kesan terbaik kepada kaum wanita untuk kekal muda sentiasa. Namun, jika hanya mengharapkan kepada produk sahaja, pastinya tidak mencukupi!
Rutin yang sempurna serta pengambilan makanan antara kunci dalam memastikan wajah tidak berkedut. Untuk melambatkan kesan kedutan pada kulit anda, jom lakukan amalan ini!
PENGAMBILAN IKAN/OMEGA
Pakar mengatakan bahawa asid lemak menyuburkan kulit dan menganjalkan kulit agar lebih muda.
KACA MATA
Terlebih guna otot muka kala membuat ekspresi yang sama berulang kali boleh membentuk alur di bawah permukaan kulit. Guna cermin mata ketika membaca dan cermin mata hitam untuk melindungi sekitar mata.
ALPHA-HYDROXY ASID (AHA)
Membuang sel-sel kulit mati, mengurangkan kemunculan liang roma, garis-garis halus dan kedutan permukaan, terutamanya di sekitar mata. AHAs membantu meningkatkan pengeluaran kolagen.
DON’T OVER WASH
Usah membasuh muka terlalu kerap, wash your face too often, and you wash away its protection.
SOYA
Untuk kulit Soya boleh meningkatkan penampilan kulit anda dan mungkin juga melindunginya. Kajian menunjukkan soya digunakan untuk kulit atau diambil sebagai makanan tambahan boleh membantu melindungi atau menyembuhkan beberapa kerosakan akibat selaran matahari. Dan ia juga telah dibuktikan untuk memperbaiki struktur kulit dan ketegasan.
KOPI
Kajian mendapati koko mempunyai dua anti oksidan (epicatechin dan catechin) melindungi kulit daripada kerosakan matahari, aliran darah bertambah baik ke sel-sel kulit, menghidrat, membuat kulit lebih licin dan lembut.
AMALAN ASAS
Gunakan pelindung matahari juga kenakan pakaian pelindung matahari. Jangan merokok dan usah lupa menyapu pelembap muka setiap hari.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sosok Khadija Omar mencuri perhatian ramai baru-baru ini apabila menjadi peserta berhijab pertama pada pertandingan ratu cantik MIss Universe 2024.Gadis yang berasal dari Timur...