Santai menonton wayang lagi bersama kami di Hijabista dengan filem romantik komedi, Ticket To Paradise.
Kedua pelakon terkenal Hollywood, GEORGE CLOONEY dan JULIA ROBERTS, berganding di dalam filem ini sebagai David dan Georgia yang sudah berpisah kini dalam misi untuk menyelamatkan anak perempuan mereka yang sedang kemaruk cinta yang berada di Bali, Indonesia.
David dan Georgia tidak mahu anak perempuan mereka, Lily (KAITLYN DEVER), dari membuat kesilapan yang pernah mereka lakukan terdahulu. Lily yang sudah berada di Bali, percaya dia sudah hampir memiliki apa yang dia mahukan dalam kehidupannya–iaitu cinta.
Kedua-duanya tidak bersetuju dan cuba untuk melakukan sesuatu untuk menghancurkan majlis perkahwinan anaknya itu. Mereka pun telah bersependapat untuk mencuri cincin perkahwinan anaknya demi menghalang majlis itu dari berlangsung!
Tak boleh bayangkan kalau ibu bapa kita yang buat macam itu kan? Tergelak sis bila tengok trailer cerita ini. Diarahkan oleh Ol Parker yang juga merupakan pengarah filem Mamma Mia! Here We Go Again. Sertai kami di Hijabista untuk menjadi yang terawal melihat filem ini dengan hanya menjawab beberapa soalan mudah di ruangan di bawah!
Jangan lepaskan peluang anda untuk menonton dan gelak ketawa bersama kami!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nampak Sama Tapi Bukan! Ketahui Perbezaan Mata Juling Dan Mata Malas!
Setiap manusia dicipta dengan pelbagai rupa paras, kesihatan, dan juga kehidupan yang berbeza-beza. Ada juga yang tidak seperti orang lain seperti cacat penglihatan dan sebagainya.
Hari ini di Hijabista akan mengupaskan mengenai perbezaan bagi mata juling dan mata malas (lazy eyes). Ayuh kita sama-sama lihat dan kupas topik ini bersama.
Apa itu mata juling dan mata malas?
Ramai yang bingung apabila membincangkan tentang perbezaan mata juling dan mata malas. Mungkin disebabkan ia ‘kelihatan’ agak sama tidak bermakna keduanya sama.
Kedua-dua kondisi kesihatan ini sama kerana berlaku pada organ mata. Namun, ianya mempunyai banyak ciri dan simptom yang berbeza antara satu sama lain.
Mata Juling
Mata juling atau Strabismus merupakan satu kondisi yang membuatkan kedua-dua belah mata tidak melihat pada arah yang sama. Ia juga akan menyebabkan sebelah mata memandang kearah lain.
Mereka yang mengalami masalah ini akan menghadapi masalah penglihatan kerana akan fokus kepada 2 imej yang berbeza dalam satu masa.
Mata Malas (lazy eyes)
Ia juga dikenali sebagai Amblyopia yang berpunca dari kondisi otak mengutamakan mata satu mata dan mengabaikan sebelah lagi mata. Ia mewujudkan satu masalah mata yang ‘lemah’ dan ‘malas’ sekaligus menjadikan otak menganggap ianya normal.
Oleh dengan itu, mata sebelah akan terlihat berbeza dan seakan terapung sahaja. Kondisi pula akan menjejaskan penampilan serta penglihatan mata penderita kerana ia bergantung kepada 1 belah sahaja.
Simptom dan punca yang berbeza!
Kedua-dua kondisi ini membawa kepada simptom yang berbeza pada penghidapnya masing-masing. Anda boleh lihat perbezaan antara simptom Strabismus dan Amblyopia.
Mata Juling
Simptom:
- Posisi anak mata yang berbeza
- Penglihatan terjejas
- Penglihatan berganda
- Penurunan persepsi kedalaman imej
- Sering sakit mata
- Kerap pening kepala
Punca kondisi ini boleh berlaku:
- Genetik
- Golongan kanak-kanak
- Kecederaan pada mata
- Kondisi rabun jauh
- Kondisi mata malas
- Kondisi cerebral palsy
- Strok
Mata malas
Simptom:
- Satu mata terlihat berbeza
- Satu mata seakan terapung
- Penglihatan terjejas
- Penglihatan berganda
- Penurunan persepsi kedalaman imej
- Cenderung terlanggar objek
Punca kondisi ini boleh berlaku:
- Genetik
- Golongan kanak-kanak
- Kecederaan guna sebelah mata
- Kekurangan ambil vitamin A
- Kerabunan
- Glaukoma
Bolehkah kedua kondisi ini dirawat?
Kedua jenis penyakit mata ini banyak berlaku kepada kanak-kanak mahupun bayi atau remaja. Namun, orang dewasa juga berisiko jika ahli keluarga mempunyai sejarah penyakit yang sama.
Ia perlulah dirawat dengan segera kerana boleh memudaratkan sehingga tua kelak. Jadi rawatan unutk kedua kondisi mata ini adalah hampir sama, antaranya:
1. Menggunakan cermin mata/kanta lekap
Masalah mata juling atau mata malas boleh di datangi dengan kerabunan. Menggunakan cermin mata atau kanta lekap boleh membantu mereka lihat dengan lebih jelas.
2. Penyuntikan steroid
Kondisi seperti starbismus adalah disebabkan oleh kemerosotan otot mata yang boleh diselesaikan dengan suntikan steroid ke dalam otot yang bermasalah.
3. Penggunaan ‘eye patch‘
Bagi mereka yang menghidap amblyopia boleh dirawat dengan cara menggunakan eye patch pada mata. Ini membolehkan mereka melatih penggunaan mata yang lemah dari bergantung pada mata dominan.
4. Penggunaan ‘eye drop‘
Rawatan menggunakan eye drop pada mata yang dominan boleh membantu mereka yang menghidap amblyopia untuk melatih mata yang lemah!
5. Pembedahan mata
Ada perubahan secara drastik buat penghidap yang menghadapi penyakit ini seperti pembedahan. Pakar akan memperbaiki dan membetulkan kondisi mata juling atau mata malas.
Sumber: Hellodoktor
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pilih Tema Gold & Black, Tok Ti Rai Ulangtahun Perkahwinan Dengan Sederhana Namun Meriah
Tarikh 21 Ogos 2019 merupakan tarikh yang sangat bermakna buat Dato Seri Siti Nurhaliza (Tok Ti) dan suaminya Dato Seri Khalid ( Dato K) kerana ia merupakan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 13.
Telah mengadakan sambutannya dengan bersederhana, ramai ahli keluarga dan teman baik hadir meraikan pasangan ini. Rakan artis seperti Mark Adam, Syamel dan Ernie Zakri juga turut dijemput menghiburkan semua pada malam itu.
Warna tema emas dan hitam memang sangat on point!
View this post on InstagramA post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
View this post on InstagramSiti Aafiyah. #aafiyahanakibu . Foto: @kakitembak_fotografi
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Sweetnya pasangan ni…
View this post on InstagramA post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Bila bergabung… meletop!
Happy Anniversary Tok Ti dan Dato K! Moga perkahwinan ini terus dirahmati dan kekal selama-lamanya hingga ke Jannah. Amin…
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bakat Putri Ariani Bukan Sekadar Nyanyian, Alunan Ayat Suci Al-Quran Hijabi ‘Istimewa’ Ini Sungguh Merdu!
Baru-baru ini nama Ariani Nisma Putri atau Putri Ariani, menjadi fenomena dan sebutan warganet apabila tular klip video memaparkan dirinya seorang gadis istimewa berasal dari Indonesia yang berjaya memberikan persembahan memukau dalam siri realiti TV America’s Got Talent (AGT).
Malah, Putri berjaya membuktikan bahawa kelainan upaya yang dimilikinya bukanlah halangan untuk dia menempa kejayaan di persada antarabangsa.
Lebih menarik lagi, apabila beberapa hari lepas klip video perkongsian daripada warganet memaparkan hijabi istimewa ini juga mampu mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dengan begitu merdu, sekali lagi tular dan berjaya membuat netizen terpana.
Bukan Setakat Boleh Menyanyi, Putri Juga Mampu Mengaji Dengan Sungguh Merdu!
Perkara berkenaan dikongsikan menerusi laman Instagram menggunakan akaun pengguna Addie MS, dalam video berkenaan dapat dilihat Putri yang begitu lancar dan asyik mengalunkan bait-bait ayat suci Al Quran Braille dengan begitu merdu sekali.
Perkembangan terbaharu, Putri kini adalah salah seorang peserta akhir dalam AGT musim ke-18. Dia bakal bersaing dengan peserta lain pelbagai latar belakang bagi merebut hadiah utama yang ditawarkan oleh rancangan realiti berkenaan bernilai AS$1 juta berserta kontrak persembahan di Las Vegas.
Artikel berkaitan: Putri Ariani Cipta Fenomena Sendiri Di America’s Got Talent!
“Salah satu cabaran saya adalah orang melihat saya sebagai orang buta dan bukan sebagai penyanyi, tetapi bila saya menyanyi saya rasa seperti seorang legenda,” katanya lapor Astro Awani.
Sekadar info, meski memiliki kelainan upaya cacat penglihatan, namun itu bukan penghalang buat Putri Ariani, 17 tahun untuk turut meraih ‘Golden Buzzer’ yang jukungkali diberikan kepada peserta, terutamanya daripada juri Simon Cowell.
Selepas kemenangannya di Indonesia’s Got Talent, Putri terus mengeluarkan album studio dan pelbagai single. Salah satu kemuncak kerjaya mudanya setakat ini ialah beraksi pada majlis perasmian Sukan Para Asia 2018 di Jakarta.
Sumber: Instagram Putri Ariani & Instagram Addie MS
Artikel berkaitan: Hijabi Ini Bangga Jadi ‘Pemain Bola’ Berhijab, Mahu Cetus Inspirasi Wanita Dunia!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI