Ernie Zakri antara bintang berbakat besar yang kian mencipta nama di dalam arena seni tempatan. Deangan kemampuan vokal yang memukau dia nyata berdiri sebaris dengan penyanyi-penyanyi hebat negara.

Kisah penghijarahan beliau sebelum ini membuatkan ramai yang terinspirasi mendengar cerita mengapa dia mahu berhijab ketika kerjayanya sedang berada di puncak. Namun apabila hati sudah teguh, nyata usaha untuk menjadi lebih baik tidak akan dilambatkan walau sesaat.

KISAH HIJAB
Berkongsi kisah dengan Hijabista, pemenang anugerah vokal terbaik Anugerah Juara Lagu ke-32 ini berkata, “Saya nak pakai hijab lama dah sebenarnya, dari tahun lepas lagi. Namun saya selalu berfikir soal kerja, sesuai ke saya nak buat persembahan menyanyi pakai tudung. Namun saya lihat ramai rakan-rakan artis lain berhijab dan bebas melakukan kerja mereka.

“Saya berkata kepada diri yang memakai tudung tidak akan menghalang, sebaliknya melindungi diri kita. Waktu tu belum lagi terdetik nak berhijab, sebaliknya bila balik Umrah saya benar-benar tekad untuk berhijab. Sewaktu pentas akhir AJL pun Ernie sudah mula berasa tidak selesa apabila tidak bertudung.

Ads

“Ketika kita semua dalam PKP saya mula bertudung, perkara pertama saya buat adalah saya mesej ibu memberitahu perkhabaran yang saya tekad nak menunutup aurat. Alhamdulillah dia gembira, dan kalau nak tahu ayah saya pun merupakan orang yang paling gembira kerana sudah lama dia beri hint kepada saya supaya berhijab. Alhamdulillah.”

“Jauhkan Aku Dari Hasad Dengki, Azab Neraka Dan Azab Kubur,”- Ernie Zakri.

Ads

DOA SETIAP HARI
Hubungan yang baik dengan yang maha Esa juga penting dalam kehidupan sebagai manusia. Ernie berkongsi doa harian yang selalu dia amalkan sebagai pelengkap kehidupan dan juga petunjuk dari Allah SWT.

“Ya Allah Ya Tuhanku, kau permudahkanlah setiap urusanku, kau limpahkanlah rezekimu yang halal yang kau redai dan kau berkati. Jauhkanlah aku dari azab api neraka dan azab kubur, jauhkanlah perasaan hasad dengki kepada orang lain dan kau jauhkanlah perasaan hazad dengki orang lain kepada diriku, Amin,” kongsinya sambil terus meraup wajahnya.

Ads

Alhamdulillah, semoga perkongsian Ernie ini memberi sedikit sebanyak ilmu dan juga pengajaran kepada semua pembaca Hijabista.

Sumber Gambar: Instagram Ernie Zakri

Jangan lupa saksikan video Ernie bersama Hijabista di bawah. Klik ya!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI