Semalam kita telah dikejutkan dengan pemergian anakanda tercinta Abby Abadi iaitu Muhammad Daniah Firman atau Baby D.
Bayi pramatang itu telah dilahirkan dengan berat 535gram pada 27 September yang lalu.
Apa yang menyedihkan ialah Abby dan suami kini berada di Makkah bagi menunaikan umrah sejak 5 Disember yang lepas.
Ya Allah, sungguh berat ujian buat Abby dan pasangannya ini. Salam takziah diucapkan buat mereka. Semoga Abby dan keluarga terus cekal, diberikan ketabahan dan sentiasa berada dalam lindungan Tuhan. Amin.