Semalam kita telah dikejutkan dengan pemergian anakanda tercinta Abby Abadi iaitu Muhammad Daniah Firman atau Baby D.
Bayi pramatang itu telah dilahirkan dengan berat 535gram pada 27 September yang lalu.

Apa yang menyedihkan ialah Abby dan suami kini berada di Makkah bagi menunaikan umrah sejak 5 Disember yang lepas.

Berkongsi rasa sedih, Memey Suhaiza yang juga sedang mengerjakan umrah turut berasa sebak bila mendapat tahu akan perkara ini dan terharu melihat ketabahan Abby dan suami, Muhammad Faizal menghadapi dugaan ini.

View this post on Instagram

Mama Abah yg kuat ❤️ Hebat dugaan utk mama @abby_abadi112 & Abah @jaiezzany Smlm asar kami turun sama.. Berusaha mencari spot terbaik utk solat jemaah.. Betul2 Lps je solat .. mama tunjuk dpt mssge baby D tenat.. Allah dlm hati masa tu dah berdebar2… Riak muka mama nmpk tenang tp byk terdiam.. plan nk sentuh kaabah bersama.. tapi mummy ,dania ,baby pergi dulu.. papa lead.., Baby D .. Dpt je sentuh kaabah mummy sungguh2 doa ..sebut nama penuh baby D byk kali spya Allah beri keajaiban…kami semua syg baby D.. Apatah lg mama abah yg setiap hari dtg jenguk n luang masa bersama.. Lepas isyak.. Dania dtg bilik.. Dania ckp…mummy baby danial dah meninggal.. Tak tau nak reaksi apa waktu tu.. Dlm kepala cuma fikir mama… Dania kata mama dlm bilik… Trs bersiap masuk bilik mama Abah.. Mama kata baru lps pam susu..😭 Allah… Baby D ..sayangnya mama pada mu anak… beberapa hari kerjakn umrah.. mama tetap dgn rutin nya pam susu ..cari freezer sejuk beku utk tumpang susu utk bawa balik sebagai bekalanmu anak… Mummy peluk mama kuat2.. Jatuh lah air mata kami sesama.. Abah ditepi… mengalir juga air mata nya..termasuk anak2 ..suasana jadi hening .. Mama ckp kita dah usaha mey..😭😭 Benar..melihat kesungguhan mama n abah setia dgn rutinnya utk jenguk baby D wlpn dlm kesibukan.. tapi tetap lari2 utk luang juga masa bersama mu .. Mummy papa tak berpeluang buat apa2…mummy hanya sempat kirimkan susu mummy bila2 mama perlukan utk topup .. Selebihnya mummy papa doa byk2… Tp Benar kata mama.. kita dah usaha.. Allah lebih sayangkan mu Anak syurga.. Muhammad Danial Firman Faizal ❤️ Alfatiha ❤️ Terima kasih buat semua yg selalu sama2 doakan utk baby D…

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on

Ads

View this post on Instagram

Alfatiha ❤️ Innalillahhiwainnailaihirojiun… Selalu mummy tau perkembangan Baby D dari mama abah… Tak pernah jumpa lg.. sbb mama & abah jer yg boleh masuk utk tgk baby D… jadi selalu tgk gambar jg dr mama abah.. Tp Allah lebih sayangkan Baby D..😭 . . Posted @withrepost • @abby_abadi112 Baby D ❤️ Tarik Mama Abah masuk syurga nanti ye sayang 😭 . Muhammad Danial Firman Faizal b Muhammad Faizal telah pergi meninggalkan kami.. 😭 . Maafkan Mama Abah sayang 😭 . Pak Ngah & Mak tehnya akan uruskan jenazahnya selepas subuh esok. InshaALLAH akan dikebumikan di Tanah Perkuburan ISLAM AU4, Lembah Keramat . Ini video terakhir sebelum kami tinggalkan dia utk menunaikan Umrah khamis 5/12 haritu. Maafkan Mama Abah sayang 😭

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on

Selain itu, rata-rata rakan artis serta peminat juga turut sebak dengan pemergian Baby D.

‘Jatuhlah Air Mata Kami Bersama’-Memey Suhaiza Kongsi Sedih Dengan Pemergian Baby D

Ads

‘Jatuhlah Air Mata Kami Bersama’-Memey Suhaiza Kongsi Sedih Dengan Pemergian Baby D

Ads

‘Jatuhlah Air Mata Kami Bersama’-Memey Suhaiza Kongsi Sedih Dengan Pemergian Baby D

Ya Allah, sungguh berat ujian buat Abby dan pasangannya ini. Salam takziah diucapkan buat mereka. Semoga Abby dan keluarga terus cekal, diberikan ketabahan dan sentiasa berada dalam lindungan Tuhan. Amin.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI