Penyanyi bersuara lunak ini mempunyai kecantikan tersendiri, jika dilihat dari dekat anda pasti mengagumi kecantikan kulit yang mulus dilmilikinya. Zizi Kirana atau nama lengkapnya Nur Fazelah Mad Tahil berasal dari Semporna, Sabah ada cara tersendiri menjaga kulit wajahnya.
Umur hampir memasuki 40, wajahnya kelihatan muda dari usia sebenar. Pasti ramai tak percaya cara Zizi Kirana menjaga kecantikan wajah tidak semewah mereka yang bergelar selebriti. Sudah tentu menjadi seorang selebriti akan membelanjakan wang banyak untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan bagi menjaga prestasi nyanyian mahupun lakonan, berbeza pula dengannya.
Melalui temubual khas bersama sinar plus, Zizi sendiri memaklukan pergertian cantik itu berbeza bagi setiap individu. Dari sudut pandangan penyanyi itu, ia semuanya bermula dari dalam diri, ditambah dengan diet pemakanan sihat dan merajinkan diri melakukan senaman. Walaupun pernah ‘bermusuh’ dengan nasi pada sekita tahun 2018.
Amal bahan semula jadi dalam ritual kecantikan
Mempraktikkan bahan semula jadi yang mudah didapati di dapur untuk tampil menawan, salah satu amalan ritual kecantikan Zizi di waktu kelapangan. Jika mempunyai masa terluang Zizi membuat masker wajah dengan menggunakan kunyit hidup yang ditumbuk halus. Gemar melakukan sendiri di rumah berbanding ke spa kecantikan.
Sejujurnya penyanyi yang popular den lagu Eh! seorang yang malas untuk pergi membuat rawatan wajah di spa, melainkan apabila perlu sahaja. Boleh dikatakan dalam setahun kira-kira dua kali sahaja.
Tidak mempunyai teknik rawatan khusus, sebaliknya rutin kecantikan Zizi seperti mencuci muka, memakai pelindung sinar matahari, serum dan pelembap wajah seperti yang biasa dilakukan oleh semua wanita.
Kebersihan adalah kunci kekal anggun
Menjaga penampilan itu penting dan seharusnya bermula dari dalam. Selain mengamalkan pengambilan makanan dan gaya hidup sihat, perihal jiwa serta kerohanian juga perlu dijaga. Selain itu, Zizi juga seorang yang amat menitik beratkan aspek kebersihan. Manakala untuk kekal sihat, Zizi juga mengambil vitamin sebagai suplemen tambahan.
ARTIKEL BERKAITAN: “Lelaki Akal Panjang, Sebab Tu Pandai Bohong,” – Zizi Kirana Dedahkan Punca ‘Tweet’ Begitu Emosi!
Kunyit bukan sahaja bagus untuk wajah, namun sudah menjadi amalan Zizi sejak dahulu lagi meminum jus kunyit sebagai minuman kesihatan. Kaedah ini merupakan cara tradisional dan mudah untuk melakukan sendiri di rumah bagi menjaga kesihatan.
Figura ini tidak lokek berkongsi cara untuk mengekalkan bentuk badan langsing. Selain dari amalan pemakanan sihat, Zizi juga melakukan aktiviti senaman dalam membantu mengekalkan fizikal badan kekal langsing. Jika berkesempatan, Zizi melakukan aktiviti fizikal seperti senaman ringan sekali seminggu. Tidak pernah terikat dengan sebarang rejim diet yang ketat. Sebaliknya, makan seperti biasa tanpa sebarang pantang, tetapi hanya mengambil nasi sehari sekali sahaja dan tidak menghiraukan berapa jumlah kalori jumlah kalori yang perlu diambil.
Bagi Zizi, dia tidak perlukan sesuatu yang kompleks dan rumit yang memerlukan pemantauan pada setiap masa dalam menjaga kecantikan dan kesihatannya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER : SINAR PLUS
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI