Sebelum ini, hasrat penyanyi dan pelakon Janna Nick mengenai isu pembinaan pusat tahfiz dipertikai ramai pihak susulan sumber yang dikatakan haram menerusi pembabitannya dalam bidang seni.
Mengakui sedikit terkesan dengan komen-komen negatif tersebut, namun Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 27, tetap terus kental meneruskan pembinaan tersebut yang terletak di kampung halamannya di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah.
“Saya ingin jelaskan di sini yang menggerakkan usaha ini adalah Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Masjid Kampung Bukit Kechil, Simpor yang majoritinya adalah saudara-mara saya.
“Bapa saudara saya imam di situ. Kalau ada keraguan dalam perkara ini, saya hanya bertindak sebagai jurucakap menyampaikan hasrat orang kampung untuk tubuhkan tahfiz.
“Kalau orang nak menidakkan kata halal atau haram, tujuan saya menggunakan platform yang ada ke arah kebaikan. Terpulang orang nak terima cara bagaimana,” katanya.
Artikel berkaitan: Hadiri ‘Usrah’ Bersama Kilafairy, Penampilan Janna Nick Bertudung Litup Jadi Sorotan!
Menurut pelantun lagu Gatal ini, dia menanam impian untuk membantu penduduk di Kedah pula selepas ini sekiranya projek tahfiz ini berjaya dilaksanakan.
“Sebenarnya tahfiz dah ada di masjid ini. Namun sekarang kelas dibuat di masjid. Tujuan kami nak besarkan untuk bagi peluang lebih ramai yang masuk.
“Kami bukan sasarkan tahfiz semata-mata, tapi ada rumah anak yatim, kompleks untuk kegunaan orang kampung seperti dewan dan sebagainya.
“Itu kehendak dan persetujuan orang ramai. Saya sebagai wakil dari kampung sendiri tempat saya membesar, mengapa tidak saya bantu mereka.
“”Sebabnya saya tahu mereka dah dua tahun kumpul dana, tapi gagal akibat pandemik Covid-19. Semua orang turut terkesan.
“Itu sahaja yang saya boleh bantu. Saya buat dengan skala kecil demi kampung sendiri. Kalau berjaya, saya nak buat untuk bantu negeri kelahiran pula,” katanya lagi.
Artikel berkaitan: Anggun Berhijab Ajar Qari & Qariah Teknik Pernafasan Tarannum, Penampilan Syafinaz Selamat Buat Netizen Terpaku
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.