Pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Schatzmann selamat bernikah di sebuah lokasi tertutup di Langkawi, pagi ini.
Dengan sekali lafaz, Dini atau nama sebenarnya, Muhamad Dini Azan Schatzmann, 29, sah bergelar suami kepada Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 28, pagi tadi tepat jam 8:35 pagi.
Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Janna iaitu Muner Abdullah dengan dihadiri Pengerusi Masjid Aisyah, Othman Yahya serta sepupu pengantin perempuan, Amir Fikri dan Amar Fikri.
Pada majlis indah yang diadakan di Masjid Aisyah itu, Dini turut menghadiahkan mas kahwin RM2,703 dan seutas rantai emas kepada Janna.
Jumlah mas kahwin adalah simbolik tarikh perkenalan pada 27 Mac 2019.
Dini mengucapkan syukur kepada Allah. Azan Schatzmann, 29, tidak sabar untuk memulakan hidup baru sebagai suami.
Beliau juga berharap agar setiap langkah mereka di dalam bahtera pengantin diberkati.
Ads
“Alhamdulillah, rasa terpaling bahagia dan lega apabila majlis pernikahan ini sudah selesai dan berjalan lancar.
“Maka bermulalah perjalanan baharu kami sebagai suami isteri,” katanya.
Dia berkata, majlis yang lebih tertutup dipilih kerana mahukan sesuatu yang privasi bersama keluarga dan teman rapat.
“Kami memang merancang perkahwinan yang bersifat peribadi dan privasi. Lebih bermakna untuk keluarga kami.
“Perkahwinan adalah sekali seumur hidup dan kami mahu jadikan majlis ini sesuatu yang indah sebagai memori kami berdua,” ujarnya
Terdapat ramai rakan-rakan artis yang hadir termasuk Izzue Islam, Nora Danish, Ain Edruce, Puteri Sarah Liyana, Nadia Brian, Mawar Rashid, Dayah Bakar dan ramai lagi.
Dini berkata, mereka memilih lokasi Koh Lipe, Thailand sebagai lokasi bulan madu.
“Kami tidak sempat untuk merancang berbulan madu di destinasi lebih jauh kerana penggambaran drama sudah bermula.
“Tetapi kesempatan bercuti ini kami tetap bercuti bersama di Koh Lipe. Ini adalah destinasi bulan madu pertama kami,” tuturnya.
Janna dalam pada masa sama turut berkongsi perasaan gementar dan risau untuk melangkah ke alam perkahwinan.
Janna pula meluahkan rasa gugup dan risau untuk berkahwin.
Ads
“Ini adalah satu fasa dan langkah terbesar sepanjang 28 tahun usia saya. Mengubah status daripada single ke isteri dan insya-Allah, seorang ibu.
“Saya juga mahukan satu majlis yang lebih dekat dengan saya sebagai Nurul Jannah. Meraikan fasa baharu saya bersama keluarga tercinta dan rakan-rakan,” katanya.
Mengenai kerjaya seni dan perancangan zuriat, Janna berkata, apabila dikurniakan cahaya mata, mereka akan meneruskan kerja seni dan bersedia pada bila-bila masa sahaja.
“Kita serahkan kepada Allah. Jika rezekinya awal, aalhamdulillah. Kami terbuka dan bersedia.
“Sekiranya ada rezeki, mungkin saya akan mula memperlahankan kerjaya seni dan fokus kepada perancangan keluarga,” katanya.
Terdahulu, penceramah, Ustaz Wadi Annuar, dan rakan artis dan saudara mara kedua-dua belah pasangan pengantin turut menghadiri majlis solat hajat dan bacaan Yassin pada sebuah majlis malam tadi.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Jika kanak-kanak lain seusianya akan menghabiskan masa bermain anak patung atau menonton kartun kegemaran di kaca televisyen. Tetapi bagi kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ini lebih senang bermain dengan alat solek dan menata rias wajahnya menjadi seperti seorang gadis dewasa. Bagi adik Iris Khairi, 11 tahun,ini anugerah dikurniakan Tuhan ini tidak disia-siakan begitu sahaja.
Walaupun baru berusia 11 tahun tetapi keupayaannya menyolek wajah sendiri hingga meyerupai gadis dewasa sangat menakjubkan. Solekan kemas yang dibuat pada wajahnya sendiri menjadi tular di media sosial.
Dikatakan belajar mekap melalui youtube, Iris cukup mahir membuat solekan pelbgai look barbie, rock, bollywood, mata hijau dan juga glitter.
Sekali pandang bila melihat teknik solekan yang dimuat turut di laman sosial facebook miliknya ini juga seakan gaya sentuhan jurusolek profesional.
Dalam salah satu postingnya adik Iris ada memberitahu balik dari sekolah dia memang cukup teruja apabila ibunya memberitahu ada barang solekan yang baru sampai dan tidak sabar mahu menggunakannya untuk membuat tutorial mekap secara live.
Mempunyai follower di laman sosial facebook 45 ribu dan tidak mustahil pengikutnya akan bertambah dari masa ke semasa dek kerana cerita viral ini.
Iris juga turut ingat apa yang dipesan oleh ibunya yang memberitahu dia masih budak lagi dan baru berusia 11 tahun. Ibunya memberi nasihat agar dia berhati-hati di media sosial, mencari kawan dan bukannya lawan.
Selain itu ibunya juga menyuruh dia bersyukur apabila dipuji dan tidak melenting apabila ditegur dan sentiasa memperbaiki diri dari masa ke semasa.
Apa pun Hijabista doakan kejayaan adik Iris untuk bergelar jurusolek profesional bila sampai masanya nanti dan paling penting kekal berhijab serta tidak melupakan pelajaran.
Ayuh kita lihat hasil solekannya dan anda juga terasa seperti mahu mendapat sentuhan magis dari tangan si kecil ini bukan?
#1. WOW!
#2. ‘LOOK BLUE’
#3. ‘GLITTER’
#4. SENTUHAN MATA MEMUKAU
#5. KEMASAN HIJAU
#6. GINCU BIBIR ‘BOLD’
#7. TERLIHAT SANTUN
#8. ‘BRIDE LOOK’
#9. SENTUHAN ‘BARBIE’
#10. KILAUAN MATA MEMIKAT
#11. BAK PUTERI ARAB
#12. SIMPLE BUAT ‘NICE’
#13. ‘AWESOME’
#14. KLASIK
#15. ALA BOLLYWOOD
#16. ‘GORGEOUS’
#17. TURBAN STYLE
#18. NAN MEMUKAU
#19. GLAMOUR
#20. ‘PRINCESS LOOK’
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sebaik dibebaskan dari hukuman penjara, mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mensyukuri rahmat dari Tuhan kerana dapat bersama-sama ahli keluarga untuk menyambut Ramadan bersama. Setelah hampir 20 tahun terpisah, akhirnya mereka sekeluarga dapat berkumpul semula lebih-lebih lagi di bulan penuh mulia ini.
Dapat dilihat foto-foto kemesraan keluarga yang dimuat turun di media sosial. Betapa ikatan kekeluargaan mereka begitu utuh dan kekal terjalin biarpun sebelum ini Datuk Seri Anwar terpisah lama oleh tembok besi.
BERBUKA PUASA BERSAMA-SAMA
Tiada rasa janggal tika bersama-sama berbuka puasa, bukan sahaja bersama anak-anak tetapi juga cucu-cucunya yang memahami perjuangan datuknya selama ini. Anwar yang mempunyai enam orang anak, lima darinya adalah perempuan dan seorang lelaki.
Ketika beliau ditahan buat pertama kali, anaknya yang paling bongsu masih sangat kecil lagi. Dan kini masing-masing sudah besar dan mempunyai kehidupan tersendiri. Namun hubungan mereka sekeluarga tetap teguh dan begitu erat sekali.
Dalam foto yang dimuat turun ahli keluarga ini bagaikan dapat menggambarkan betapa bahagianya mereka apabila dapat berkumpul bersama-sama. Lebih berganda kegembiraaannya apabila bersama-sama berbuka puasa ketika di bulan penuh keberkatannya ini.
Dalam satu status dimuat turun Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Wan Azizah, beliau mengucapkan alhamdulillah setelah sekian lama menunggu, rasa bertuah kerana dapat berbuka puasa dengan keluarga tersayang.
Malah kejutan paling bermakna juga apabila anak paling bongsu, Nurul Hana yang sebelum ini tidak bersama ketika Anwar dibebaskan, tiba-tiba muncul di depan mata. Betapa sebak Datin Seri Wan Azizah yang sama sekali tidak menyangka anak bongsunya balik lebih awal dari jangkaan.
Terharu melihat keakraban ahli keluarga ini. Biarpun menempuh pelbagai dugaan setelah sekian lama, namun Allah akhirnya menjanjikan kebahagiaan dalam suasana yang cukup harmoni di bulan penuh mulia.
Semoga keluarga ini tidak akan terpisah lagi Dan kita juga boleh mencontohi hubungan erat keluarga ini yang tetap teguh bersama-sama biarpun dilanda pelbagai dugaan.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM KELUARGA DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tiada apa yang lebih membahagiakan apabila dapat menyambut sambutan hari lahir bersama insan yang tersayang. Begitulah yang dirasakan oleh pelakon, pengacara serta usahawan berjaya yang baru sahaja bergelar ibu kepada cahaya mata sulungnya, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor teruja menyambut hari jadinya sebagai seorang ibu buat kali pertama.
Menerusi laman Instagramnya hari ini, Neelofa memuat naik sebuah gambar dengan penulisan yang begitu menyentuh hati. Pastinya, penulisan itu amat dekat dengan hati mereka yang bergelar ibu. Menurut Neelofa, sepatutnya, cahaya matanya, Muhammad Bilal lahir pada tarikh yang sama dengannya. Namun, perancangan Allah SWT itu jauh lebih baik.
Permata hati kurniaan Allah ini sepatutnya lahir juga pada hari yang sama dengan Ummi dia, tapi aturan dan waktu yang Allah susun itu jauh lebih baik..
Tambah pengacara popular ini, kelahiran Muhammad Bilal merupakan hadiah teristimewa buat dirinya yang kini bergelar ibu. Pastinya Neelofa serta suami, Haris Ismail cukup teruja melayari bahtera kebahagiaan mereka bersama-sama si kecil.
hadiah teristimewa buatku, menjadikanku seorang ibu..semoga Muhammad Bilal dibesarkan menjadi anak soleh, permata keluarga yang sentiasa menguatkan kasih sayang dan hubungan dengan Allah SWT. Harta dunia akhirat Abah & Ummi.
Dalam masa yang sama juga, Neelofa turut berkongsi video anaknya di laman Instagram miliknya. Alahai comelnya!
Gambar yang dimuatnaik oleh Neelofa itu mendapat perhatian rakan selebriti dan juga netizen yang tidak putus-putus mengucapkan selamat hari lahir kepadanya. Ramai juga yang teruja apabila ini adalah pertama kali Neelofa menyambut hari lahirnya sebagai seorang ibu!
Suaminya, Haris Ismail juga turut memuatnaik gambar mereka berdua menerusi laman Instagramnya, mengucapkan selamat hari lahir kepada isteri tercintanya.
Terima kasih teman pak ustaz jadi spideriz atas semuanya, Alhamdulillah
Neelofa dan Haris Ismail mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2020 dan dikurniakan anak sulung pada 29 Januari 2022 yang lalu, kira-kira pukul 3.44 petang di sebuah pusat perubatan
Team Hijabista mendoakan agar Neelofa diberikan kejayaan serta kebahagiaan dunia akhirat serta sentiasa mendapat keberkatan dari Allah SWT. Selamat Hari Jadi Neelofa!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siti Khadijah, jenama yang sinonim dengan kualiti dan keselesaan produk pakaiannya mengumumkan keraian ulang tahun ke-15 dengan majlis perasmian Laman Khadijah - The Home...