Ramai yang risau apabila usia semakin meningkat mengenangkan faktor kesihatan. Begitulah yang dikongsikan oleh chef selebriti terkenal, Chef Wan, mengenai keadaannya yang dimasukkan ke pusat perubatan untuk menjalani rawatan lutut dan bahu.
Artikel berkaitan: Batal Hasrat Untuk Potong Usus, DSV Akui Tiada Jalan Pintas Untuk Cantik
Menurut perkongsian Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan, terpaksa menjalani rawatan itu ekoran terjatuh sewaktu di Abu Dhabi. Sejak itu, beliau berasa tidak selesa untuk berjalan mahupun berdiri dalam keadaan yang terlalu lama.
Rawatan itu juga memerlukannya untuk menginap selama 2 malam di Hospital Gleneagles. Katanya lagi, prosedur itu dapat membantu untuk melegakan serta membantu beliau untuk berjalan dengan baik selepas itu.
“Saya akan dibius pada jam 4pm ini untuk menjalani rawatan bagi kedua-dua lutut dan bahu dibawah PRP treatment,
“Ini merupakan prosuder rawatan yang minor sahaja dan saya akan menginap di Hospital Gleneagles selama 2 malam,
“Rawatan ini akan membantu untuk memberikan keselesaan buat kedua lutut supaya senang nak bergerak pada masa akan datang!.” katanya melalui posting yang dibuat di Instagram miliknya.
Selepas memuat naik hantaran mengenai prosedur rawatannya semalam. Kini, Chef Wan telah pun sedar dari bius, beliau berkongsi keadaannya bersama di Instagram menunjukkan dia lebih sihat dan cergas.
Meski pun masih lagi rasa sakit buat seketika, tapi beliau sudah dapat rasakan kakinya sudah beransur pulih dan boleh berjalan seperti biasa. Chef Wan juga boleh pulang ke rumahnya pada hari ini.
“Selepas bius beransur hilang, saya dapat rasakan bertapa sakitnya lutut dan bahu saya. Tak dapat saya bayangkan rasa yang perit!
Artikel berkaitan: ‘Ingatkan Sakit Biasa, Rupanya…’-Gadis Ini Suruh Terus Jumpa Doktor Bila Alami Senggugut Teruk
“Saya ingin berterima kasih kepada Dr Dato Seri Zulkarnaen kerana banyak bantu memudahkan semua prosedur rawatan. Dalam beberapa jam, lutut saya sudah beransur pulih dan boleh berjalan normal.” ujarnya lagi.
Sumber: Instagram @_chefwan58
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.