Sama seperti hari raya Aidilfitri tahun lepas, kita tidak dapat merentas negeri untuk menyambut hari raya bersama keluarga di kampung. Sudah tentu terpancar kesedihan pada wajah masing-masing kerana tidak dapat bertemu ibu bapa di kampung halaman.
Walau bagaimanapun hari raya Aidilfitri disambut jua sebagai tanda kemenangan selepas sebulan berpuasa. Cukuplah sekadar membuat persiapan ala kadar. Tidak perlu berlebih-lebihan.
Dalam pada itu, janganlah kecewa bila tidak dapat merentas negeri. Kecewalah hanya apabila kita tidak dapat merentas titian sirat nanti. Janganlah marah bila PKP, tatkala sudah buat persiapan raya. Saudara kita di Palestin sudah lama di PKP kan Israel, apalah erti raya buat mereka?
Bersyukurlah kita masih dapat bertemu Syawal. Tatkala saudara mara kita hidupnya sentiasa dikawal. Bersyukurlah kita masih dapat pilih apa yang nak di makan. Di saat orang lain masih tertanya-tanya mungkinkah ada makanan.
Ya Allah, peliharalah saudara mara kami di Palestin
Berikan mereka kekuatan dan kesabaran
Musnahkanlah Israel laknatullah
Ya Allah
Permudahkan urusan semua petugas barisan hadapan kami
Terutama mereka yang menjaga keselamatan dan kesihatan
Mereka yang bersusah payah menyelamatkan nyawa keluarga kami
Dalam masa sama mereka korbankan jiwa dan perasaan mereka
Dari menyambut Ramadan dan Raya bersama keluarga
Kurniakan ketabahan, pahala dan kesabaran kepada mereka
Ya Allah,
Terimalah ibadah kami
Terimalah puasa kami
Terimalah amalan kami
Temukanlah kami dengan bulan Ramadan lagi
Izinkanlah kami merasai lagi nikmat Ramadan
Ads
Ya Allah, jangan jadikan kami orang yang menyakiti saudara mara kami. Peliharalah jari jemari kami dari menulis perkara yang menyakiti orang lain di media sosial. Peliharalah lidah kami dari berkata yang tidak baik terhadap sesama kami.
Maafkan kami ya Allah
Ampunkan kami ya Allah
Sesungguhnya kami tergolong dalam golongan yang tidak bersyukur. Sesungguhnya kami tergolong dalam golongan yang zalim
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azabku sangalah pedih.” Surah Ibrahim ayat 7
Dari Abu Hurairah R.A bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu yang pandai bergusti, tapi orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan nafsunya ketika ia marah.” (HR Bukhari)
Ads
Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik atau diam…” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala untuk mereka dengan tidak terkira”. [al-Zumar:10]
HIJABISTA: Kita harus bersyukur kerana dalam keadaan pandemik, kita masih cukup makan pakai untuk menyambut hari lebaran. Maka panjatkanlah kesyukuran pada Yang Maha Kuasa.
Solat tahajud antara amalan yang dapat menyembuhkan hati daripada penyakit dunia.
Bagi orang yang tidak menghafaz al-Quran, mereka boleh menunaikan solat tahajud sambil duduk dengan meletakkan al-Quran di hadapan, lalu membaca satu halaman setiap rakaat.
MACAM MANA NAK BUAT SOLAT TAHAJUD
Waktu yang paling terbaik untuk melakukan solat tahajud ialah sekitar jam 4.30 pagi hinggalah sebelum subuh.
Niat di dalam hati “Aku melakukan solat sunat tahajud kerana ALLAH” Tak perlu lafaz niat.
Caranya, buat 2 rakaat salam, 2 rakaat salam…berterusan semampunya. Tidak ada limit rakaat, terpulang kepada kemampuan masing-masing sama ada hendak buat 2 atau 4, atau 6 atau 8 atau lebih ikut semampunya.
Tidak terkhusus dengan mana-mana Surah, ikut kemampuan hafalan masing-masing dan tidak menjadi masalah jika solat tahajud itu sambil pegang quran kecil@phone dan membacanya. Kalau tak mampu baca quran dan surah yang hanya mampu dihafal itu cuma surah Al-Ikhlas , “Qulhuallah hu ahad…” maka silakan baca surah yang sama pada setiap rakaat. Solat tetap sah dan terbaik.
LAMAKAN SUJUD
Jadi lamakan sujud dan mintak doa pada Allah apa saja yg kita hajatkan. Kata para ulamak kita boleh berdoa dengan bahasa apa yang kita faham. Sah tahajud walaupun kita baca doa dalam bahasa Melayu.
Jangan solat laju-laju, slow and steady. Yang penting buat setenang-tenangnya. Selangilah setiap 2 rakaat itu dengan istighfar dan mana-mana zikir yang kita hafal.
Jika dah buat tahajud maka tutupilah tahajud itu dengan 1 rakaat witir sekiranya witir belum dibuat selepas Isyak. Kalau sudah witir selepas Isyak maka tidak perlu lagi buat witir selepas tahajud.
Tidak dinafikan bulan puasa memang bulan kita sangat digalakkan untuk melakukan seberapa banyak ibadah. Tetapi dalam masa yang sama perlu juga pergi bekerja sebagai tuntutan harian dan penampilan perlu elok dan sempurna.
“Persoalannya bagi wanita, adakah boleh memakai gincu ketika Ramadan dan adakah batal puasa jika tertelan sewaktu membasahkan bibir?”
Walaupun perbuatan ini kedengaran amat remeh, tetapi sebenarnya membuatkan kita rasa sedikit was-was. Maklumlah penampilan ketika bekerja perlu dijaga walaupun sekadar calitan gincu di bibir.
Menurut Ustaz Haslin Baharin, hukum bergincu untuk tabbarruj atau berhias adalah diharamkan, berdasarkan firman Allah kerana ia amalan jahiliyah.
Firman Allah yang bermaksud:
“… dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu bertabarruj (yakni berhias dan bertingkah laku) seperti orang jahiliyah yang dahulu…” (Surah al-Ahzab, ayat 33)
Ia termasuk bersolek dengan solekan yang boleh menimbulkan perasaan ghairah lelaki. Ini termasuk memakai gincu bibir, memakai pipi merah dan berwangi-wangian di luar rumah. Hukum bergincu daripada segi orang yang berpuasa boleh dibahagikan kepada tiga.
Pertama, jika sengaja bergincu adalah dimakruhkan tanpa sebarang tujuan, manakala jika tertelan sesuatu darinya, maka batallah puasanya. Wajib pula menqadanya atau menggantikannya pada bulan lain.
Kedua, bergincu bertujuan sekadar melembapkan bibir, jika tiada rasa atau sesuatu benda sampai ke kerongkong, maka hukumnya harus.
Ketiga, bergincu bertujuan perubatan dan terdesak adalah dibolehkan kerana tujuan yang mendesak itu.
Jika tertelan secara tidak sengaja dalam bentuk yang sangat sedikit, adalah dimaafkan. Sebagaimana disandarkan kepada hukum merasa makanan ketika seseorang itu berpuasa.
Wallahualam.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siapa tidak kenal dengan penyanyi berwajah ‘cute’, Iman Troye yang sering melatari muzik video lagu nyanyiannya berkonsepkan k-pop hingga menjadi kegilaan anak-anak muda masa kini.
Pelantun lagu Teman, atau nama penuhnya Iman Alyssa Sahabudin menerusi hantaran dilaman Instagram miliknya baru-baru ini berkongsikan video berkenaan dirinya membantu golongan gelandangan dengan memberikan makanan di sekitar ibu kota.
Iman Mahu Kerap Laksana CSR, Bantu Golongan Gelandangan
Pada hantaran sama, Iman menyatakan keinginanya untuk meneruskan kegiatan murni ini dengan bercadang mahu membantu lebih ramai gelandangan dan fakir miskin di tempat-tempat lain.
Justeru, pada ruangan kapsyen Iman meminta buah fikiran para pengikutnya untuk mencadangkan tempat-tempat yang menjadi tumpuan golongan susah seperti ini, selain di Ibu Kota.
“Alhamdulilah syukur. Insyallah Iman dan team akan cuba kerap kan lagi aktiviti CSR. Korang boleh tolong komen dan bagi idea dekat kita siapa dan di mana lagi yang memerlukan?,” Tulisnya pada ruangan kapsyen di hantaran tersebut.
Hijabista mendapati ruangan komen pada hantaran tersebut telah dibanjiri dengan doa-doa yang baik buat Iman dan tidak kurang juga yang meluahkan sokongam dan melemparkan kata-kata positif dan semangat agar Iman kekal istiqomah dalam melakukan amal kebaikan yang bersifat fadhu kifayah seperti ini.
“Alhamdulillah Iman berkongsi rezeki, semoga dimurahkan rezeki iman,” kata seorang warganet.
“Semoga Iman sentiasa dimurahkan rezeki,” ujar seorang lagi netizen.
Untuk rekod, nama Iman Troye pernah dihimpit dengan kontroversi satu ketika dahulu, kerana sukar memberikan kerjasama dengan rakan media. Selain leceh dihubungi sebaik sahaja namanya popular dan dikenali umum.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...