Walaupun berhijab, kecantikan rambut itu tetap perlu diutamakan kerana rambutlah mahkota setiap wanita! Di sini, Hijabista kongsikan 7 perkara penting yang perlu dilakukan agar rambut kekal sihat dan kuat.
1. Potong hujung rambut anda.
Lakukan ini sekurang-kurangnya sebulan sekali supaya rambut akan bertambah sihat dan rambut yang lama akan digantikan dengan rambut yang lebih sihat.
2. Tak perlu cuci rambut hari-hari.
Sebaiknya cuci sekali dalam 2-3 hari bergantung kepada keadaan rambut anda. Ini bagi mengimbangkan minyak semula jadi yang terdapat dalam rambut kita semua. Cuci rambut yang terlalu kerap boleh menyebabkan ianya jadi kering. Nanti rambut tak sihat pulak. Tapi kalau tak selesa, hijabi bolehlah memakai ‘dry shampoo’ yang ternyata lebih mudah!
IKLAN
3. Gunakan minyak semula jadi untuk rambut.
Minyak kelapa, argan dan zaitun sememangnya sangat bagus. Selepas seharian bertudung, bolehlah urut minyak ini di kepala supaya rambut kekal sihat!
4. Jangan mandi guna air panas.
Memang syok mandi dengan air panas namun ianya akan membuatkan rambut bertambah kering. Jadi elakkanlah hijabi!
IKLAN
5. Pastikan rambut kering ketika memakai tudung.
Jangan pakai tudung masa rambut tgn lembap dan masih basah lepas baru mandi! Ini adalah satu kesalahan. Rambut akan menjadi berbau dan akan mudah gugur.
6. Longgarkan ikatan rambut.
Jangan ikat rambut terlalu ketat dan kuat. Ini akan membuatkan akar rambut tidak kuat seterusnya akan gugur. Untuk alternatif yang lebih mudah, gunakan inner neck/ninja supaya rambut tidak akan tidak terkeluar daripada tudung.
IKLAN
7. Basuh anak tudung dengan kerap.
Kebersihan itu sangat penting! Jangan selalu ulang pakai anak tudung itu. Mungkin nampak bersih tapi sebenarnya banyak kelemumur dan juga peluh yang sudah melekat di situ. Nanti juga boleh menyebabkan bau kepam!
Ramai yang mengatakan seseorang gadis atau wanita itu menjadi bertambah manis apabila mengenakan tudung bawal. Namun, tidak semua yang gemar mengenakannya disebabkan sukar untuk menjaga awning tudung tersebut berbanding apabila memakai shawl.
Disebabkan awning tak jadi, boleh murung seharian jadinya tau! Bagi mengelakkan bad hijab day apabila menggayakan bawal, anda bolehlah ikuti tip yang dikongsi gadis ini apabila menggosok tudung bawal tersebut agar awningnya sentiasa on point!
Langkah pertama
Langkah kedua
Langkah ketiga
Langkah keempat
Langkah kelima
Inilah hasilnya! Memang terletak bukan?
Hmm, kenapalah sis tak tahu tip ni dari awal. Kalau tidak mesti zaman pergi sekolah dulu tudung kemas je. Takdelah serabaikan. Lepas dah tahu tip ni sis jadi lagi confident nak pakai tudung bawal. Barulah on point gitu!
Perempuan kalau bersiap nak keluar tu memang lama kan? Masa itulah baru nak gosok tudung, tudung tak menjadi, make up tak sesuai dengan warna tudung dan pelbagai alasan lagi hinggakan rakan yang menunggu pun naik bosan.
Jadi, apa yang perlu anda lakukan sekiranya rakan anda sudah tunggu di depan rumah tetapi anda masih lagi belum memakai tudung? Nak gayakan hijab pun tentu akan ambil sedikit masa anda.
Mungkin anda boleh cuba 3 stail tudung ini. Bukan sahaja cepat dan mudah, malah cantik dan anda masih nampak bergaya. Cubalah!
Setiap wanita mempunyai raut wajah yang berbeza. Ada yang dianugerahkan dengan wajah tirus, lonjong dan juga berpipi tembam. Bagi yang berwajah sempurna pasti tiada masalah untuk menggayakan apa juga hijab yang bersesuaian.
Pemilihan gaya hijab yang tepat membantu penampilan diri lebih terserlah. Maka sebab itulah penting untuk kita mengenali bentuk wajah kita terlebih dahulu sebelum memilih gaya hijab yang sesuai.
Jom kita lihat tip menggayakan hijab mengikut raut wajah.
1. Bentuk Muka Bujur
Bagi wanita yang mempunyai bentuk muka seperti ini, anda sememangnya bertuah kerana mampu menggayakan hampir kesemua fesyen tudung. Tidak kiralah selendang, tudung bawal, tudung syria ataupun tudung awning, semuanya akan kelihatan cantik apabila anda pakai. Bentuk muka ini bercirikan jarak rahang, pelipis, tinggi kening dan panjang dagu yang seimbang. Sekiranya anda adalah salah seorang yang memiliki bentuk wajah seperti ini, jangan lepaskan anugerah berharga ini untuk bergaya dengan fesyen tudung terkini!
2. Bentuk Muka Bulat
Wanita yang mempunyai bentuk muka ini dicirikan dengan jarak dahi ke dagu adalah sama dengan jarak kedua pelipis, dan juga tulang rahang yang ‘tertimbun’ di bahagian pipi. Ataupun dengan lebih mudah adalah mereka yang tembam ataupun berisi di pipi. Sekiranya anda mempunyai bentuk wajah seperti ini, terdapat beberapa tip untuk memakai tudung yang sesuai iaitu:
-Jika anda lebih gemar memakai tudung awning, pastikan potongan tepinya tidak melepasi tulang pipi. Ini adalah untuk mengelakkan daripada wajah anda tertutup. Selain itu, pastikan jahitan awning tersebut panjang sehingga menghampiri tulang pipi. Jika anda memilih awning yang pendek, ia akan menonjolkan pipi anda yang tembam. Ingat tu!
-Apabila anda memilih untuk memakai selendang, gunakan cekak yang lembut sebelum memakai anak tudung. Pilihlah anak tudung yang diperbuat daripada bahan yang lebih anjal untuk membantu mengurangkan visual ukuran kepala.
-Selendang yang nipis juga digalakkan agar ukuran kepala tidak terlalu kelihatan. Pastikan selendang tidak dililit dengan terlalu ketat untuk mengelakkan bentuk wajah anda yang bulat kelihatan lebih jelas.
-Agar wajah kelihatan bujur, pakai selendang dengan sedikit longgar dan lipat di bahagian bawah tudung berdekatan dengan tulang pipi. Bentukkan juga sedikit bahagian atas selendang agar ia tidak melekap pada dahi anda.
3. Bentuk Muka Panjang
Sama seperti wanita dengan bentuk muka bujur, bentuk muka yang panjang juga turut menjadi idaman dan pilihan wanita. Ia dicirikan dengan bahagian dagu yang panjang. Jika anda mempunyai bentuk muka seperti ini dan bijak dalam menggayakan tudung yang dipakai, mungkin orang lain akan menyangka anda memiliki bentuk muka yang bujur. Tip utamanya adalah dengan memfokuskan kepada bahagian atas tudung.
-Gunakan tudung atau jenis anak tudung yang melekap di dahi agar bahagian tersebut tidak kelihatan terlalu luas. Ia juga merupakan pilihan tepat untuk menutup sedikit bahagian kening yang tinggi.
-Usah tutup bahagian pipi anda kerana bahagian ini adalah sangat penting untuk membuat ilusi wajah anda tidak kelihatan terlalu panjang. Pastikan anda menarik sedikit tudung ke belakang, rapat di bawah rahang pipi dan tonjolkan rahang pipi agar bentuk wajah sebenar anda tersembunyi.
-Jika anda ingin memilih fesyen tudung yang sesuai, selendang adalah lebih ideal berbanding tudung awning. Anda juga bebas memakai jenis selendang yang anda inginkan mengikut gaya idaman anda.
4. Bentuk Muka Segi Tiga / Bentuk Hati
Ciri utama wanita dengan bentuk wajah seperti ini adalah dagu yang panjang dan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan dengan pangkal rahang. Sekiranya anda mempunyai bentuk muka seperti ini, ikuti tip berikut agar tudung yang dikenakan kelihatan lebih menarik dan sekali gus menjadikan diri anda kelihatan lebih menawan.
Antara tip-tip yang perlu diketahui adalah:
-Pilih tudung yang boleh ditarik sebanyak mungkin ke belakang dan bertemu di bahagian leher agar untuk menyerlahkan lagi bahagian rahang anda.
-Sebelum memakai anak tudung, gunakan cekak rambut untuk membolehkan kening anda terangkat.
-Gunakan anak tudung seperti net supaya bahagian kosong di sebelah kiri dan kanan anda kelihatan lebih terisi.
-Anda boleh memakai selendang namun pastikan pemakaian selendang tersebut dapat menutupi kekurangan bentuk wajah anda. Hanya ikuti tip ini dan anda sudah bersedia untuk tampil menawan!
-Gaya selendang yang sangat bersesuaian dengan wanita berbentuk wajah seperti ini adalah gaya pintalan dan gaya sanggul kerana ia dapat membuat rahang kelihatan lebih terbuka.
Pilih tudung pelbagai warna dan rekaan dari UMMA untuk tampil menarik dan bergaya. Klik sini untuk ke lihat tudung yang cantik-cantik!
5. Bentuk Muka Petak
Mereka dengan bentuk wajah petak boleh dilihat pada pangkal rahang dan tulang rahang yang lebar dan kawasan dagu yang kelihatan rata. Sekiranya anda tergolong dalam bentuk wajah seperti ini, fokus utama apabila memakai tudung adalah untuk menyembunyikan bahagian rahang yang menonjol itu.
Mari lihat tip memakai tudung untuk bentuk muka ini:
-Gunakan anak tudung untuk memperoleh kesan bentuk wajah yang nampak panjang.
-Jika ingin memakai selendang, pastikan anda bijak menggayakannya. Gunakan selendang bersama inner neck yang mempunyai lapisan menutupi bahagian bawah dagu.
-Pilih gaya selendang dengan fokus utama kepada lilitan dan yang dapat menutupi bahagian rahang.
-Elakkan gaya ikatan Bienda atau gaya ikatan di belakang tengkuk kerana ini akan lebih mempamerkan bahagian rahang yang lebar.
-Elakkan juga gaya selendang yang mempamerkan bahagian dahi yang luas seperti gaya Turban.
-Tudung awning juga bersesuaian dengan bentuk muka ini.
Pengetahuan untuk mengenali bentuk muka serta gaya dan jenis tudung yang bersesuaian amatlah penting. Sekiranya anda mengenali bentuk muka dan bijak memilih jenis tudung yang bersesuaian, sudah pasti penampilan harian anda kelihatan lebih menarik dan cantik.
Malah, kesan positif seperti tahap keyakinan juga pasti akan meningkat. Anda juga akan kekal ceria, yakin dan bersemangat sebagai seorang fesyenista Muslimah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini Izara sekali lagi memukau netizen dengan kejelitaannya yang tak ubah seperti 'wanita timur tengah' apabila tampil dalam busana mewah patuh syariah yang bergemerlapan rekaan pereka fesyen selebriti terkemuka Rizman Ruzaini.