Isi Kandungan
ToggleWalaupun berhijab, kecantikan rambut itu tetap perlu diutamakan kerana rambutlah mahkota setiap wanita! Di sini, Hijabista kongsikan 7 perkara penting yang perlu dilakukan agar rambut kekal sihat dan kuat.
1. Potong hujung rambut anda.
Lakukan ini sekurang-kurangnya sebulan sekali supaya rambut akan bertambah sihat dan rambut yang lama akan digantikan dengan rambut yang lebih sihat.
2. Tak perlu cuci rambut hari-hari.
Sebaiknya cuci sekali dalam 2-3 hari bergantung kepada keadaan rambut anda. Ini bagi mengimbangkan minyak semula jadi yang terdapat dalam rambut kita semua. Cuci rambut yang terlalu kerap boleh menyebabkan ianya jadi kering. Nanti rambut tak sihat pulak. Tapi kalau tak selesa, hijabi bolehlah memakai ‘dry shampoo’ yang ternyata lebih mudah!
3. Gunakan minyak semula jadi untuk rambut.
Minyak kelapa, argan dan zaitun sememangnya sangat bagus. Selepas seharian bertudung, bolehlah urut minyak ini di kepala supaya rambut kekal sihat!
4. Jangan mandi guna air panas.
Memang syok mandi dengan air panas namun ianya akan membuatkan rambut bertambah kering. Jadi elakkanlah hijabi!
5. Pastikan rambut kering ketika memakai tudung.
Jangan pakai tudung masa rambut tgn lembap dan masih basah lepas baru mandi! Ini adalah satu kesalahan. Rambut akan menjadi berbau dan akan mudah gugur.
6. Longgarkan ikatan rambut.
Jangan ikat rambut terlalu ketat dan kuat. Ini akan membuatkan akar rambut tidak kuat seterusnya akan gugur. Untuk alternatif yang lebih mudah, gunakan inner neck/ninja supaya rambut tidak akan tidak terkeluar daripada tudung.
7. Basuh anak tudung dengan kerap.
Kebersihan itu sangat penting! Jangan selalu ulang pakai anak tudung itu. Mungkin nampak bersih tapi sebenarnya banyak kelemumur dan juga peluh yang sudah melekat di situ. Nanti juga boleh menyebabkan bau kepam!
kredit : Have Halal Will Travel
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Trik Ini Boleh Bantu Masalah Rambut Sering Terkeluar Dari Tudung. No 4 Paling Penting Untuk Jaga Aurat Hijabi.
Isi Kandungan
ToggleApabila menyarung hijab, benda paling tidak selesa adalah apabila anak rambut mula menjalar keluar dari hijab. Ini berlaku apabila kita memakai hijab untuk satu jangka masa yang lama. Kadang kala kita punya masa untuk membuka hijab dan memperbetulkan ikatan rambut tetapi selalunya masa yang kita ada sangat terhad. Lebih-lebih lagi jika kita mengenakan inner neck yang sudah longgar. Hijabi usah risau kerana ada beberapa trik boleh dilakukan dalam menyelesaikan masalah rambut terkeluar dari hijab dan memastikan aurat tetap terjaga.
1. Gunakan klip rambut, bobby pin ataupun cekak getah
Hanya mengikat rambut tidak mencukupi untuk mengelakkan anak rambut dari terkeluar. Gunakan klip rambut, bobby pin ataupun cekak getah untuk memastikan rambut sentiasa dalam keadaan rapi. Tapi jangan pin terlalu ketat ya. Sakit nanti!
2. Pakai anak tudung ataupun bandana
Ada juga di antara kita yang tidak biasa memakai anak tudung tatkala berhijab. Bagi anda yang lebih sukakan selendang, pilih anak tudung yang berleher dan pakai cekak getah di dalam agar rambut anda kekal rapi. Jika anda mahu bersukan, penggunaan bandana sangat sesuai. Ia bukan sahaja menyerap peluh, rambut anda tidak akan mudah terlihat jika hijab anda basah. Kalau boleh anda perlu tukar anak tudung yang sudah longgar kerana boleh membuatkan rambut lebih banyak terkeluar.
BACA JUGA: 3. Periksa gaya potongan rambut anda
Jika rambut anda tetap terkeluar walaupun sudah berklip rambut dan beranak tudung, cuba periksa stail rambut anda. Jika rambut anda panjang dan ‘layer’, cuba ikat tocang. Ia mungkin akan membantu sedikit. Sebolehnya elakkan dari rambut anda terkeluar tatkala berhijab. Rambut itu aurat yang wajib ditutup jadi peka akan keadaan hijab anda. Pastikan anda selesa sebelum melangkah keluar dari rumah.
4. Pakai tudung yang disertakan dengan inner neck
Jika anda tidak mahu menggunakan inner neck, boleh terus membeli tudung yang direka dengan menyertakan inner neck sekaligus. Ini memudahkan anda terus menyarung dengan kemas tanpa memikirkan masalah anak rambut yang akan keluar. Biasanya tudung instan begini sangat selesa dan mudah sekali digayakan.
5. Penggunaan inner neck diikat ke belakang
Boleh juga gunakan inner neck yang mempunyai tali di kiri kanan dan boleh diikat dengan kemas di belakang. ada juga tudung yang mempunyai inner neck rekaan begini dan memudahkan penggunanya untuk menggayakan hijab tanpa ada sebarang rambut terkeluar.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
7 Gaya HIJAB Cukup Popular & TRENDING. No 4 & 5 Paling PRAKTIKAL Nak Pakai
Isi Kandungan
ToggleSeiring dengan perkembangan fesyen terkini, wanita berhijab juga tidak terkecuali mengalami perubahan cukup drastik. Pelbagai gaya hijab ditampilkan mengikut cita rasa masing-masing. Apatah lagi dengan adanya media sosial seperti instagram, membuatkan hijabi berlumba-lumba untuk tampil up to date dengan gaya baru yang dicipta sendiri atau inspirasi dari selebriti. Jika anda sudah bosan dengan gaya biasa, apa kata tiru sahaja gaya hijab yang sering trending di laman sosial.
1. Hijab Gaya Hana Tajima
Inilah antara gaya hijab yang paling menjadi fenomena sejak ramai yang tampil berhijab. Gaya lilitan yang cukup stailo menyebabkan gaya Hana Tajima paling mendapat tempat di hati hijabi. Malah youtube cara figura dari Jepun ini mendapat capaian tontonan sehingga 3 juta untuk video perkongsian tutorialnya.
2. Hijab Dengan Kaca Mata
Aksesori paling sesuai digayakan tika berhijab adalah penggunaan kaca mata. Lagi besar kaca mata digayakan lagi cantik penampilan seseorang. Bila kita lihat selebriti kita juga banyak yang berselfie dengan kaca mata yang menambah sisi anggun tika berselfie. Selalunya digunakan sewaktu mereka bercuti dan selain untuk gaya, ia juga dapat melindungi mata daripada sinaran matahari.
3. Gaya Turban Ala Yuna
Gaya hijab ini juga cukup popular di kalangan hijabi. Hijab dengan membalut rambut dan kepala ke bahagian belakang. Gaya sebegini sering jadi pilihan hijab yang punya daya keyakinan cukup tinggi kerana akan dipakai sepanjang hari. Senang untuk bergerak dan Yuna memang sangat sinonim dengan gaya hijab sebegini.
4. Hijab Gaya Bawal
Bagi yang sukakan gaya cukup simple, nah sarungkan saja hijab bawal. Tidak perlu gosok dan cara memakainya juga cukup mudah. Hanya dipin di bawah dagu dan letakkan lebihan di kiri dan kanan bahu. Warna pastel atau bercorak juga begitu menarik perhatian hingga ada yang selesa tampil seharian dengan tudung bawal.
5. Ilham Tudung Instan Neelofa
Selebriti ini punya pengaruh kuat pada golongan hijabi yang baru berjinak-jinak pakai tudung. Hijab instan Naelofar Hijab memang sangat pratikal dan tidak perlu susah untuk melilitnya secara keterlaluan. Malah menjadikan Neelofa sebagai wajah promosi jenama ini menjadikan ramai gadis di luar sana mahu cantik sepertinya. Terbaru. Naelofar Hijab mengeluarkan hijab HelenabyNH sempena drama lakonan Neelofa dalam Red Velvet.
6. Pilihan Hijab Printed
Turut mencetus fenomena apabila Syawal tahun ini rata-rata jenama tudung memperkenalkan tudung printed. Memang sangat menarik corak diketengahkan seperti travel around the world, flora dan fauna, abstrak juga corak lain yang sangat menarik. Memang rambang mata dibuatnya. Cara hijab digayakan juga simple dan sesuai untuk gaya wanita korporat.
7. Pashmina Atau HIjab Bidang Besar
Satu lagi gaya hijab popular dulu dan kini adalah hijab pashmina atau tudung yang memilik bidang besi. Ratu Rock Ella gemar sekali menggayakan tudung bidang besar ini dari fabrik ‘cotton’. Tidak perlu dililit keterlaluan, cukup sekadar selempang kiri kanan bahu.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elak Pakaian Jadi Hapak & Melekat Dengan Virus, Mesin Basuh Dan Pencuci Main Peranan Penting
Isi Kandungan
ToggleHijabi semua ada tak alami situasi bila cuci baju pakai mesin automatik tapi baju tetap berbau hapak walaupun sudah dituang sabun? Hmm, peliknya! Takkan tak bersih kot baju yang kita dah cuci tu?
Lagi pelik bila nampak ada habuk kerak-kerak hitam melekat di baju sekali. Sebenarnya kalau nak tahu itulah petanda atau signal dari mesin basuh yang ia perlu dicuci. Walaupun mesin basuh kerjanya membasuh baju setiap hari, namun ia juga perlu dicuci bagi memastikan kualitinya tip top.
Bukan hiasan semata!
FUNGSI SOAK/TUB CLEANING kat mesin basuh tu bukan semata-mata hiasan tau. Ada gunanya iaitu untuk buat cleaning tub mesin yang berkerja setiap kali membasuh.
So, mudah je cara nak basuh mesin basuh,
1.Tekan ON
2.Pilih dan tekan program SOAK/TUBE CLEANING , tekan START.
3.Bila mesin dah start isi air hingga tub hampir penuh masukkan CUKA + SODA BIKARBONAT.
**sukatan tu main agak je, suku cawan cuka dan 2-3 sudu soda bikarbonat, kalau tak letak soda pun okei dah sebab cuka sifatnya asid so buang segala bau kepam tu. Tapi kalau letak dua-dua lagi bagus sebab confirm bau macam mesin basuh baru beli.
Lepas tu tutup mesin basuh dan biarkan dia buat kerjanya. Dah siap biasanya akan bunyi macam mesin dah siap basuh kainlah, cuma bila buat sesi SOAK/TUB CLEANING janganlah mommy letak kain pulak.
Tu namanya, basuh kain bukan basuh mesin basuh😅. Nanti cuba buat tau,dan amalkan buat SOAK/TUB CLEANING 2bulan sekali supaya mesin berfungsi seoptimum mungkin.
Kalau lama-lama dibiarkan tak mustahil mesin basuh akan rosak sebab dah terlalu banyak habuk dan kotoran yang terkumpul. Rasa rugi plak tolak mesin basuh yang 8tahun diguna tiba-tiba stop. Ingatkan rosak bila nak servis boleh tahan harganya, beli yang baru, bagi free mesin basuh rosak tu, tak sampai seminggu kedai yang sama, display mesin basuh kita tu yang dah dibaiki, beza RM200 je dengan harga mesin yang baru beli. Aduudu..rugi rasanya.
Sebab selama 8tahun guna tak pernah tahu fungsi SOAK/TUB CLEANING ni, lepas tu baru tahu..hehhe,
Kredit : ika hazman
Risiko Virus Melekat Di Baju Ini Solusinya
TOP, jenama pencuci pakaian No 13 di seluruh Malaysia, memperkenalkan “Advanced Micro-Clean TechTM” sebagai respon secara langsung kepada kebimbangan pengguna terhadap kemungkinan virus berbahaya yang masih melekat pada baju yang telah dicuci, seterusnya membawa risiko kepada mereka yang tersayang. “Advanced Micro-Clean Tech” TOP mampu untuk menanggalkan 99.9% virus, bukan sekadar bakteria.
“Advanced Micro-Clean TechTM” TOP menerusi revolusi “Anti-Microbial Tech” daripada Lion Jepun menggunakan teknologi pencuci pakaian generasi baru yang berkesan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya (SARS-CoV-2, lebih dikenali sebagai COVID-19 & Influenza A) dan bakteria2. Rumusan khas ini bertindak segera dengan mengunci virus dan bakteria lalu menyingkirkannya daripada pakaian dengan satu cucian berkuasa.
Prestasi rumusan yang tersedia dengan semua fungsi TOP yang terkenal termasuk anti-sebum, anti bau hapak, anti-debu hama, ditambah dengan keberkesanan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya dan bakteria untuk perlindungan optimum. Ia juga menembus jauh ke dalam serat pakaian untuk menarik keluar kesan peluh, minyak badan dan kotoran yang terperangkap, disamping mencegah kotoran dalam air basuhan daripada melekat kembali pada pakaian, memastikan pakaian anda bersih menyeluruh setiap masa dan berbau segar.
Kesedaran warga Malaysia terciptannya formula hebat ini
“Advanced Micro-Clean Tech” TOP dengan Anti-Microbial Tech telah dilancarkan tepat pada masa kepada mereka yang inginkan ketenangan minda dan memastikan telah mengambil langkah untuk mengurangkan risiko daripada menyebarkan virus kepada orang tersayang dan masyarakat secara tidak sengaja.
“Kami berasa bangga dapat meningkatkan kesedaran warga Malaysia dari peringkat masyarakat untuk mengambil berat melalui inovasi termaju TOP. Kita masing-masing dapat memainkan peranan penting dengan mengambil langkah-langkah kecil seperti memakai pelitup muka, membersihkan tangan dan mencuci baju dengan pencuci yang boleh menyingkirkan virus.”
“Sebelum wabak ini saya tidak tahu perbezaan antara virus dan bakteria. Saya risau akan menyebarkan penyakit ini kepada keluarga, kawan-kawan, pelanggan dan rakan sekerja secara tidak sengaja kerana saya pekerja barisan hadapan. Saya mendapati TOP menyingkirkan 99.9% virus termasuk COVID-19 dari pakaian saya, dan ia memberi jaminan dan ketenangan minda kepada saya. Menjaga kesihatan adalah tanggungjawab kita semua. Inilah #kitajagakita. Kini saya lebih pentingkan kebersihan berbanding dengan masa lalu. Tiada seorang yang harus menjadi penyebar virus,” jelasnya.
Pengguna TOP setia sejak sekian lama, Syakirah Yusof, rangkaian baru Antivirus 99.9% Advanced Micro-Clean Tech TOP adalah tepat pada masanya.
“Advanced Micro-Clean Tech” TOP 99.9% Antivirus terdapat dalam bentuk serbuk, cecair dan rendah buih untuk pilihan anda. Para pelanggan serbuk pencuci TOP boleh menikmati faedah “Advanced Micro-Clean Tech” melalui pelbagai, manakala rangkaian cecair TOP dalam rumusan rendah buih yang direka khas untuk mesin basuh muatan hadapan, demi cucian yang cekap dan berkesan. Pencuci pakaian TOP boleh didapati di peruncit seluruh negara dan atas talian melalui Shopee dan LazMall.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI