Perasaan putus cinta itu memang menyakitkan. Hati seolah rasa dihempas dan hancur berderai. Untuk mencantumkannya kembali mungkin mengambil masa yang lama dan ada juga yang bertekad untuk terus menutup pintu hati kerana hakikatnya yang memeritkan.
Artis terkenal, Zulin Aziz mengakui ramai yang bertanya bagaimana untuk move on selepas melalui episod cinta yang memeritkan. Memuat naik sebuah video bagi menjawab persoalan tersebut, ternyata pandangan yang dilontarkan menjadi inspirasi buat orang ramai.
Assalamualaikum, ramai yang DM tanya saya macam mana cara Kak Zulin move on. Tengok saya gelak ‘hahaha’ macam tak ada masalah. Tapi hati saya Allah sahaja yang tahu. Apa yang boleh saya katakana adalah manusia datang dan pergi dalam hidup kita. Jadi saya selalu rasa begini. Bila dia pergi, saya percaya ada yang baik akan menggantikannya. Kalau saya tutup pintu hati saya, maksudnya saya tinggalkan kesan yang tidak baik di hati saya. Di mana perasaan akhir yang ada di hati saya adalah kekecewaan. Rugilah. Kita tak boleh tutup pintu hati kita. Kita buka pintu hati kita sebab kita kena percaya Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. InsyaAllah, selepas dengan ujian Allah akan gantikan dan hadiahkan dengan kebahagiaan, InsyaAllah. Yang paling penting doa, tawakal, berserah, kuatkan iman kita pada Allah semoga kita ditemukan dengan orang yang baik.
Ternyata di balik tawa seseorang itu, siapa yang menyangka apa yang dirasai di dalam hati kan? Moga Zulin Aziz dan semua hijabi di luar sana terus diberi kekuatan oleh Tuhan. InsyaAllah, jodohmu pasti akan sampai jua. 😉
Pengacara, pelawak serta penyampai radio popular, Johan Yazid atau lebih dikenali dengan panggilan Johan berkongsikan tentang pembantu rumahnya yang beragama Kristian, kini memeluk agama Islam.
Menurut Johan, penghijrahan pembantu rumahnya yang berasal dari negara seberang Indonesia itu terjadi apabila seringkali mendengar amalan tazkirah yang disampaikan olehnya kepada keluarga selepas selesai solat berjemaah.
Ia menjadi sebab utama pembantu rumahnya terbuka hati untuk mendalami Islam sehinggalah melafazkan dua kalimah syahadah.
Tambahnya lagi, pembantu rumahnya sudah berkerja dengannya selama tiga tahun dan acapkali meluangkan masa bersama-sama untuk mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Johan yang selalunya dilakukan antara waktu Mahgrib dan Isyak.
Pembantu rumah saya beragama Kristian. Selalunya bila sesi tazkirah bersama keluarga, dia akan duduk di sudut surau mendengar sesi perkongsian ilmu berlangsung tanpa bertanya apa-apa.
Apa yang lebih menyentuh perasaan Johan ialah apabila dia terjumpa sebuah buku nota milik pembantu rumahnya yang diisi dengan surah al-Fatihah dan ditulis dalam tulisan rumi. Kesungguhannya itu membuatkan Johan benar-benar mengagumi pembantu rumahnya itu dalam usaha untuk mendalami ilmu Islam.
Apabila Johan sekeluarga mula mengetahui tentang penghijrahan pembantu rumahnya itu, Johan terus memberi bimbingan kepada pembantunya itu dalam mengajar tentang agama Islam.
Di khabarkan hari ini, 8 November, akan berlaku fenomena Gerhana Bulan Penuh pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi (apogee) iaitu dengan jarak 404,923km. Fenomena ini dapat dilihat secara keseluruhan di negara Asia, Australia, Amerika Utara dan Selatan serta pada sebahagian utara dan timur Eropah.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyeru semua masjid dan surau di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk mengadakan jemaah solat sunat dan khubah gerhana bersempena fenomena hari ini. Kenyataan itu dimuat naik di laman rasmi Twitter sekaligus memaklumkan gerhana bulan penuh akan berlaku pada jam 6.45 petang hingga 8.49 malam.
Perkongsian mengenai gerhana bulan penuh ini telah dimuat naik di laman sesawang Agensi Angkasa Malaysia – MYSA, fenomena ini berlaku apabila cakera Bulan berpaksi pada bayang umbra bumi yang berada di pertengahan bayang itu. Keadaan ini juga pernah berlaku dua kali pada tahun 2018.
Malaysia juga tidak terlepas untuk menyaksikan fenomena ini. Ia akan mula terlihat pada jam 4.02 petang dan akan berakhir pada jam 9.56 malam mengikut waktu tempatan. Namun, kita tidak dapat menyaksikan permulaan fasa gerhana penumbra dan separa yang berlaku apabila Bulan berada di bawah ufuk.
Jangan risau! Masyarakat di Malaysia juga berpeluang untuk menyaksikan fenomena ini apabila Bulan mulai terbit di ufuk timur ketika ia mula mengalami fasa gerhana penuh bagi penduduk di Sabah dan Sarawak. Bagi mereka yang duduk di kawasan Semenanjung Malaysia, fenomena tersebut hanya akan mula terlihat sewaktu fasa gerhana maksimum sehingga fasa gerhana penumbra berakhir pada jam 9.56 malam.
Sudah menjadi kepastian untuk umat Islam mengerti kekuasaan Allah SWT yang mencipta sekalian alam. Maka, ini merupakan salah satu tanda fenomena yang mengukuhkan lagi Allah SWT menguasai segala-galanya.
Usaha dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengajak hampir seluruh masjid dan surau di kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk adakan solat sunat dan khutbah gerhana bulan penuh. Ia bagi mengimarahkan orang ramai untuk mensyukuri serta mengagungkan kekuasaan Allah SWT.
Susulan Fenomena Gerhana Bulan Penuh yang dijangka berlaku pada 8 November 2022 (Selasa) jam 6.54 petang hingga 8.49 malam, JAWI menyarankan agar semua masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya melaksanakan solat sunat serta Khutbah Gerhana pic.twitter.com/t0PJ4jf3q0
Di fahamkan lagi, solat sunat dan khutbah Gerhana Bulan Penuh ini dilakukan seusai solat Maghrib untuk di Semenanjung. Manakala bagi Wilayah Persekutuan Labuan pula perlu melaksanakan selepas solat Isya’ pada hari ini. Ada juga di selitkan cara melakukan solat sunat ini pada laman sosial media Twitter.
Cara Solat Sunat Gerhana Bulan
1.Niat & Takbiratul Ihram
2.Baca Al-Fatihah & Surah Lain
3.Ruku’ Yang Panjang
4.Iktidal, Baca Al-Fatihah & Surah Lain
5.Ruku’ Yang Panjang & Iktidal
6.Sujud Yang Panjang
7.Duduk Antara 2 Sujud
Jelas di sebut tentang kebesaran serta kekuasaan Allah SWT yang meliputi segalah aspek kehidupan Manusia. Mengikut Firman-Nya yang di sebut dalam al-Quran:
Maksudnya :“ Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kekuasan Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.”
Mengerjakan umrah di masa sekarang tidak seperti zaman atuk dan nenek kita. Apatah lagi dari segi kemudahan dan pengangkutan juga berlainan dan amat berbeza. Jikalau dahulu kapal laut menjadi pengangkutan rasmi para jemaah, tetapi kini pelbagai syarikat penerbangan menawarkan perkhimatan pengangkutan unuk Jemaah yang berkunjung di tanah suci.
Hujung tahun antara fasa yang menarik menjadi kunjungan para Jemaah ke tanah suci Mekah dan Madinah. Meskipun kemudahan sudah bertambah mode nada juga perubahan yang ketara apabila mengunjungi tanah suci. Ramai para Jemaah mengerjakan umrah berkongsi bahawa cuaca di hujung tahun lebih sejuk dari biasa.
Ikuti perkongsian Hadayah Ahmad persediaan awal Jemaah untuk mengerjakan umrah hujung tahun di dalan entri facebook.
Alhamdulillah! Genap sebulan kami pulang dari Haramain. Pun masih rindu!
Khabarnya cuaca di Mekah kini mencapai 13 darjah celcius dan Madinah sekarang berada pada 8 darjah celcius. Lebih-lebih lagi bila waktu malam dan subuh. Sejuknya sampai ke tulang! Sampai kecut jari jemari! Semakin hari semakin sejuk sehingga Mac 2020 ini.
Betullah tu, apa-apa pun nikmat Allah. Rezeki buat kita juga yang belum Allah rezekikan merasa musim sejuk kat negara 4 musim yang lain, untuk dapat rasa musim sejuk kat Haramain. Kan?
Asbab perihatin pada sahabat-sahabat yang akan mengerjakan umrah pada musim sejuk ni, berikut adalah senarai barang-barang yang saya cadangkan mesti bawa dalam beg masing-masing untuk kesihatan, keselesaan dan keselamatan kita sepanjang di Haramain.
Rasanya itu saja dulu perkongsian kali ini. Insyaallah lain kali kita kongsi-kongsi lagi. Semoga bermanfaat untuk semua.
Cloud skin ialah trend solekan lembut yang memberi efek kulit halus, segar dan natural. Ketahui cara hasilkan kemasan makeup yang nampak mahal dan elegan.