Perasaan putus cinta itu memang menyakitkan. Hati seolah rasa dihempas dan hancur berderai. Untuk mencantumkannya kembali mungkin mengambil masa yang lama dan ada juga yang bertekad untuk terus menutup pintu hati kerana hakikatnya yang memeritkan.
Artis terkenal, Zulin Aziz mengakui ramai yang bertanya bagaimana untuk move on selepas melalui episod cinta yang memeritkan. Memuat naik sebuah video bagi menjawab persoalan tersebut, ternyata pandangan yang dilontarkan menjadi inspirasi buat orang ramai.
Assalamualaikum, ramai yang DM tanya saya macam mana cara Kak Zulin move on. Tengok saya gelak ‘hahaha’ macam tak ada masalah. Tapi hati saya Allah sahaja yang tahu. Apa yang boleh saya katakana adalah manusia datang dan pergi dalam hidup kita. Jadi saya selalu rasa begini. Bila dia pergi, saya percaya ada yang baik akan menggantikannya. Kalau saya tutup pintu hati saya, maksudnya saya tinggalkan kesan yang tidak baik di hati saya. Di mana perasaan akhir yang ada di hati saya adalah kekecewaan. Rugilah. Kita tak boleh tutup pintu hati kita. Kita buka pintu hati kita sebab kita kena percaya Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. InsyaAllah, selepas dengan ujian Allah akan gantikan dan hadiahkan dengan kebahagiaan, InsyaAllah. Yang paling penting doa, tawakal, berserah, kuatkan iman kita pada Allah semoga kita ditemukan dengan orang yang baik.
Ternyata di balik tawa seseorang itu, siapa yang menyangka apa yang dirasai di dalam hati kan? Moga Zulin Aziz dan semua hijabi di luar sana terus diberi kekuatan oleh Tuhan. InsyaAllah, jodohmu pasti akan sampai jua. 😉
Viral di laman sosial luahan hati seorang teman yang kehilangan teman akrabnya yang selama ini menemani dalam susah dan senang. Kesedihannya dan kerinduan diluahkan di laman twiter dan turut dikongsi oleh ramai netizen. Sebelum itu dalam satu posting milik instagram arwah, keluarga arwah Ros Adibah Abd Razak memberitahu bahawa dia telah dijemput menemui Illahi 19 November lalu setelah beberapa bulan bertarung dengan kanser otak.
A post shared by Ros Adibah bte Abd Razak (@roseadibah) on
Sebelum itu, arwah Rose telah dikenal pasti mendapat kanser otak beberapa bulan sebelum itu. Walaupun telah menjalani rawatan kimoterapi, tetapi doktor tidak dapat memastikan kanser dialami sudah berada pada ‘stage’ berapa. Arwah yang dalam proses untuk sihat tetapi dijemput oleh Allah terlebih dahulu.
Sebagai sahabat pemilik akaun yang menggunakan nama @SheraYuza telah mengimbas kembali detik dan momen bahagia bersama sahabatnya itu. Ternyata perkongsian di laman twiternya itu mendapat reaksi positif dari semua followernya. Dalam dua posting berbeza, telah mendapat retweet hampir 20 ribu yang menzahirkan takziah dan simpati tak berbelah bagi pada arwah sahabatnya itu.
Masing-masing membalas tweet yang turut mendoakan agar arwah tenang di sana dan segala memori akan disimpan dalam hati teman-temannya ini.
Ternyata gadis ini ketika hidupnya begitu disayangi kerana seorang yang baik, periang, mudah menolong orang dan sifatnya itu memang sangat disenangi rakan-rakan lain.
Justeru pemergiannya memang membuat teman-teman lain terasa. Bagi @Bella dia memberitahu bahawa arwah seorang yang baik, penyayang dan juga seorang pelajar yang baik.
@Aina Shafiqah pula mengimbas detik ketika mereka bersama-sama makan durian, menari depan cermin bersama-sama.
@Izzul Amin yang turut mengenali arwah tahu walaupun sedang sakit, tetapi dia begitu kuat dan berjuang untuk hidup.
Ada yang tidak begitu rapat turut mendoakan arwah Rose tetap sayang padanya. Mereka sentiasa ada bersama Rose dan turut menghadiahkan Al-Fatihah pada arwah.
Bagi yang tidak mengenali arwah juga turut menitipkan rasa simpati yang tidak berbelah bagi pada @SheraYuza. Mereka tidak dapat membayangkan jika perkara itu berlaku pada diri mereka tambahan lagi jika teman yang selama ini bergelak ketawa sepanjang masa.
@m.i.j.a juga turut terasa kehilangannya arwah dan berdoa agar ditempatkan di kalangan orang berima.
Manakala pesanan @Ismi Fimie pula membawa maksud cukup ‘deep’. Menurutnya, sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa mendoakan kau dalam diam. Dan bila perginya seorang sahabat itu sentiasa diiringi dengan doa.
Lain pula permintaan @kim pula yang meminta keluarga arwah agar deactive account media sosial arwah yang masih ada. Seperti IG, Facebook atau Wechat sebagai menghormati arwah. Pesanannya agar delete jikalau ada gambar menampakkan aurat walaupun sedikit sebesar zarah.
Bagi @scharieen pula memberi ingatan bahawa Allah tarik orang kita sayang adalah kerana mahu tunjuk pada kita yang kematian semakin menghampiri.
Tidak kurang ada juga yang turut menceritakan pengalamannya yang turut kehilangan seorang teman ketika masih bersekolah. Dia merupakan teman terakhir yag sempat melawat dan menyuap makanan ke mulut temannya itu sebelum menemui pencinta-Nya.
Pesanan @Syahirah juga turut perlu kita yang masih hidup ambil kira. Bagus sekali pesanannya yang mengingatkan kita untuk jaga diri dan jaga kesihatan.
Setiap komen yang diterima diucapkan terima kasih oleh @SheraYuza yang berterima kasih semua rakyat Malaysia mendoakan sahabatnya itu. Dia dapat membayangkan arwah sahabatnya itu sedang bergembira di sana.
Satu yang admin perasan, seperti ada persamaan wajah antara dua sahabat ini. Admin juga doakan semoga arwah Rose tenang di sana dan di tempatkan di kalangan orang beriman.
Admin juga pernah rasa kehilangan dan tahu betapa peritnya. Namun kita yang masih hidup ini perlu teruskan kehidupan dan paling penting sentiasa mengingati Allah dan juga menjaga kesihatan diri.
Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Selain memastikan tubuh kekal langsing, mereka juga turut mengambil berat soal kecantikan wajah. Jarang yang ada keyakinan keluar rumah tanpa bermekap kerana tidak mahu wajah tampil polos. Biarpun hanya secalit gincu bibir cukup bagi menambah keyakinan diri. Tetapi bagaimana yang terlalu taksub dengan mekap hinggakan tidak mahu tanggalkannya walaupun ketika itu mahu mengadap Tuhan.
Sebenarnya tak salah untuk kita bermekap tetapi perlu secara sederhana. Jangan keterlaluan hingga boleh mengubah terus kecantikan diri yang asli. Rasanya kecantikan asli itu lebih menyerlah dan sedap di pandang mata. Ikuti perkongsian Ustazah Sharifah Zahidah yang mengulas persoalan ini untuk kita renungi bersama.
Pandangan Ustazah Sharifah Zahidah yang memberitahu kesan menggunakan mekap dengan bahan majoriti kimia toksik ini boleh mencetuskan kanser.
Masyarakat yang menghargai kecantikan yang tulen tak seharusnya terlalu memuji dan memuja kecantikan yang terpapar pada wajah wanita – setelah 30 minit ke 120 minit ianya dilukis menggunakan puluhan berus, warna, cecair tebal melekit yang majoritinya adalah dari bahan kimia toksik dan pencetus kanser.
Kecantikan itu adalah palsu semata-mata, jangan terlalu perasan & perlu sedar realiti.
Hakikatnya yang cantik pada wajah-wajah itu, adalah cantik yang palsu. Dan wanita yang dipuji kerana make upnya, sepatutnya sedar, bahawasanya yang dimaksudkan oleh orang sekeliling yang memuji dengan perkataan ‘awak cantik’ itu bukanlah bermaksud cantik pada wajahnya pun, tetapi yang dipuji cantik itu sebenarnya adalah ‘make up’ atau ‘lukisan-lukisan’ di wajah itu sebenarnya. Jangan terlalu happy, jangan terlalu perasan. Lebih baik kita sedar realiti.
Memuji juga perlu tahu caranya.
Jadi ayat yang betul untuk memuji seseorang wanita yang cantik kerana make up tebalnya adalah, “make up awak cantik’, dan bukannya ‘awak cantik’. Kerana realitinya, barang yang cantik, tak perlu ditampal-tampal lagi. Tak perlu di make up make up lagi. Lain pula dengan barang yang tak berapa cantik.
Menurut ustazah ini juga dalam laman sosialnya, dia tidak menentang mekap tetapi sifat mereka yang terlalu obsess menghabiskan ratusan ringgit untuk melukis wajah supaya lebih cantik dianggap fenomena tidak sihat.
Saya menentang make up? Tidak. Saya tidak menentang make up. Tapi kegilaan wanita hari ini untuk tampil cantik dengan make up sehingga sanggup berbelanja ratusan ke ribuan ringgit sebulan untuk make up, dan sanggup menghabiskan masa selama berjam-jam sehari semata-mata untuk proses melukis wajah dan menanggalkan kesannya (make up removal) – adalah satu fenomena yang tidak sihat.
Touch up muka pada yang perlu. Tapi bukan obses dengan make up sehingga anda sentiasa tampil palsu.
Wanita perlu tahu darjat masing-masing, jangan jadi seperti boneka.
Ada perbezaan yang besar di situ. Apabila wanita sibuk memikirkan soal penampilan semata-mata untuk menyokong idea ‘wanita hanya diterima masyarakat apabila mereka cantik bergaya mempamerkan wajah dan tubuh mereka’, kedudukan wanita yang mulia itu menjadi terhina dan kita sebenarnya tidak meletakkan darjat kita pada kemuliaan yang sepatutnya. Kita sendiri merendahkan darjat kita sehingga terlihat sebagai boneka.
Kemas dengan pakaian indah & menutup aurat sudah memadai.
Cintai kecantikan, tapi bukan dengan jalan PEMALSUAN.
Dapatkan kulit wajah yang bersih, kerana bersih itu anjuran Islam. Tampil kemas dengan pakaian yang indah dan menutup aurat, kerana itu juga tahsin yang dibenarkan Islam. Buru kecantikan halal, pakejnya pula kena cerdik
Hiasi diri dalam ruang lingkup yang dibenarkan. Dan bukan melangkaui batasan sehingga memalsukan diri dengan lukisan di wajah setiap hari, setiap masa, semata-mata untuk buat diri rasa DITERIMA. Kenapa hambakan diri untuk mata-mata manusia yang tak beri sebarang nilai tambah pun dalam hidup kita?
Cantik pada akhlak & pakej cerdik.
Buru kecantikan yang halal, kecantikan yang tidak memudaratkan seperti kecantikan yang boleh mengakibatkan penyakit-penyakit kanser terjadi selepas beberapa tempoh masa yang panjang. Tak salah nak jadi cantik. Tapi biarlah jadi CANTIK dengan pakejnya yang CERDIK.
Bukan cantik tapi plastik. Mana satu pilihan kita?
Yang benar, Juga pecinta kecantikan. Dengan definisi yang lebih memuliakan, daripada merendahkan.
Saya sayang wanita. Kerana itu, saya tak mahu wanita terus diperdaya. Wanita, anda cantik pada akhlak dan pengorbanan anda.
Anda LAYAK DIHARGAI, tanpa perlu MEMALSUKAN IDENTITI.
Sebut sahaja nama Amir Ahnaf pasti terbayangkan watak ‘Kahar’ dalam drama Projek High Council yang sedang menjadi kegilaan dan fenomena masa kini.
Meskipun berjaya membawa karakter antagonis Kahar dengan begitu berjaya, sehingga ramai yang terkesan dengan watak yang dibawakan Amir itu hingga membuatkan watak Kahar berjaya mengumpul peminatnya tersendiri.
Namun, Amir membuktikan bahawa Kahar dan dirinya adalah dua karakter berbeza apabila baru-baru ini, Amir sekali lagi berjaya menjadi sorotan wargamaya dengan kelunakan dan kemerduan suaranya mengaji serta mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran lengkap berserta makhraj.
Lenggok Suara Merdu Amir ‘Mengaji’ Buat Netizen Jatuh Hati
Rakaman video berdurasi minit yang dimuatnaik menerusi akaun pengguna @ itu menjadi tular di aplikasi Tik Tok.
Menerusi rakaman video itu, dapat dilihat Amir yang sedang mengaji dan mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran berserta lenggok dan suaranya yang merdu hingga menambat hati warganet.
Malah, video berkenaan berjaya menonjolkan sisi lain Amir Ahnaf yang sangat berbeza dengan karakter Kahar yang dilakonkan oleh pelakon baru itu.
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen pada hantaran video berkenaan dan mendapati rata-rata wargamaya meninggalkan pelbagai komen berbaur puji-pujian terhadap peribadi Amir.
Malah, ada yang mengaku jatuh hati dan mahu menjadikan Amir sebagai calon suami mereka.
Berikut merupakan antara komen yang berjaya menarik perhatian Hijabista:
Sosok Khadija Omar mencuri perhatian ramai baru-baru ini apabila menjadi peserta berhijab pertama pada pertandingan ratu cantik MIss Universe 2024.Gadis yang berasal dari Timur...