Umum sedia maklum, selebriti popular dan pelakon watak utama filem Istanbul Aku Datang, Lisa Surihani kini sudah berhijrah ke arah lebih baik sehingga menjadi role-model dan inspirasi untuk menjadi seorang muslimah sejati.
Menerusi hantaran pengguna akaun Tik Tok @pendosahijrahhh di laman memaparkan Lisa sedang berkongsi beberapa tips dan rahsia yang diamalkanya untuk kekal istiqamah.
@pendosahijrahhh semoga Allah permudahkan utk kita semua istiqomah, Allahumma aamiin🤲🏻😭❤️ #lisasurihani #muhasabahdiri #majlisilmu #fakirilmu #pendosa ♬ original sound – Daniesh Suffian
Menurut Lisa hanya dua amalan yang diamalkan dirinya untuk kekal istiqomah. Pertama, menjaga solat dan kedua, amalkan membaca Al-Quran.
“Macam mana nak kekal istiqamah? Solat jangan tinggal, dekatkan diri sentiasa baca Al-Quran walaupun rasa merangkak-rangkak sebab punya Allah sayang dekat kita, kita merangkak baca Al-Quran ‘double’ kita punya pahala,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Ada Sahaja Anasir Membolak Balikkan Hati’- Akui Tak Mudah, Lisa Surihani Mohon Doa Diteguhkan Hati
Selain itu, Lisa berkata dia sering melakukan amalan-amalan sunnah dan l yang paling penting, seseorang itu perlu berada pada persekitaran baik yang boleh menggalakkan perubahan ke jalan Allah.
“Apa-apa yang baik, buat. Kalau tahu apakah sunnah itu, sunnah ini, buat. Anatara yang penting adalah kita punya persekitaran. Kita mesti dikelilingi orang yang baik. Orang-orang yang nak mendapatkan keredhaan Allah SWT dan yang nak ke jannah,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran tersebut, hijabista mendapati rata-rata netizen menzahirkan ucapan terima kasih kepada Lisa atas perkongsian ilmu dan nasihat bermanfaat yang dikongsikan.
Selain itu, terdapat juga netizen yang meninggalkan komen berbentuk kata-kata semangat khusus buat mereka yang ingin berhijrah.
Sumber: Tik Tok @pendosahijrahhh & Instagram Lisa Surihani
Artikel berkaitan: ‘Macam Mulan!’- Sopan & Menawan, Penampilan Anggun Datin Lisa Surihani Dipuji Ramai
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.