Tidak dapat dinafikan memang ramai yang menjadikan tabiat meletakkan terus ikan dan juga segala makanan laut di dalam sinki sebelum disiang.
Mungkin ramai yang beranggapan bahawa perbuatan ini tidak SALAH dan tidak meninggalkan apa-apa kesan. Ketahuilah bahawa di dalam sinki itulah punca penyakit yang boleh menyerang anda dan keluarga.
Berikut perkongsian doktor Mazliana Mazlan. Moga ia menjadi panduan buat kita semua.
Sinki antara tempat paling kotor dalam rumah kita. Ada doktor pakar mikrobiologist kata, sinki sebenarnya lebih kotor dari tandas. Sebab kandungan bakteria yang ada di sinki, lebih banyak dari bakteria yang ada di tandas.
Lebih 17,000 bakteria untuk setiap inci persegi sinki, menurut kajian dari Global Hygeine Council. Tak termasuk lagi 13,000 bakteria pada pemegang (handle) paip di sinki.
Ini baru untuk setiap inci persegi, cuba darab dengan saiz sinki rumah kita. Banyak manalah kuman yang ada di situ bukan. Seram pula.
Jadinya, elakkan daripada meletakkan terus ikan yang kita hendak siang dalam sinki. Ramai yang suka buat seperti ini. Ada yang macam tidak puas siang ikan dalam bekas, hendak juga letak dalam sinki.
Selepas ini jangan buat lagi ‘habit’ seperti ini. Bakteria itu kita sendiri tidak tahu bila akan memberi kesan pada tubuh kita dan anak-anak.
Sama ada ikan, ketam, ayam atau apa-apa bahan makanan mentah, makanan yang belum dimasak itu sendiri pun sudah ada bakteria.
Apabila kita campur pula dengan bakteria dalam sinki, berganda-ganda makanan kita dipenuhi dengan bakteria.
Ada hari, kita tidak masak dengan betul pula makanan itu, bakteria masih ada. Pendek kata tidak habis lagi riwayatnya.
Anak makan makanan yang kita sendiri masak di rumah pun boleh dapat cirit birit dan muntah nanti. Bagi anda yang sudah tidak buat lagi perbuatan seperti ini, alhamdulillah.
Kalau ada yang masih buat, hari ini jadikan hari terakhir anda melakukannya. Kita cuba sama-sama ya.
Sumber kredit: Mazliana Mazlan Top image: Photo by plato-terentev from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.