Sekarang ini memang tengah tular dengan trend ‘Add Yours Challenge’ di laman Instagram. Masing-masing teruja untuk menyertainya seperti memuat naik gambar pusat pengajian mereka dahulu, gambar pasangan mereka dan sebagainya.
Sememangnya seronok apabila dapat berkongsi dengan orang ramai namun perlu diingatkan bahawa tanpa kita sedari ada individu yang tidak bertanggungjawab boleh mencuri data kita daripada cabaran tersebut.
Nampak macam remeh namun sebenarnya ada di antara kita yang datanya sudah dicuri hingga lesap duit di dalam akaun!
Ads
Di Facebook, akaun OMG Hackers turut memberi peringatan kepada semua agar jangan sewenang-wenangnya memberi data kepada orang asing. Walaupun nampak menyeronokkan, namun ia mampu memberikan suatu risiko buruk buat diri kita tanpa diketahui.
Apa Benda Lah Yang Korang Semua Share Ni???
Saya pun tak pasti bila lagi start trend ni. Macam-macam rupa pun ada. Paling penat, macam-macam maklumat dia minta.
Korang kenal ke siapa yang tanya tu? Bila korang join sekali challenge, orang yang buat dan join tu akan dapat dan nampak semua maklumat yang korang tulis. Punya lah banyak maklumat yang orang share.
Nama anak, berat anak, beranak kat mana, kahwin bila semua ada. Fuh! Data free macam tu saja. Pada yang masih lagi buat alasan data dia tak penting tu ikut awak lah. Kalau diri sendiri pun rasa diri tu tak ada nilai, saya tak boleh kata apa.
Kalau tanya saya, data adalah data. Setiap data ada harga. Data saya, privasi saya, hak saya. Challenge ke, apa ke, buat apa saya nak bagi maklumat saya? Kenal pun tidak. Harap-harapnya follower kami tak ada la join benda ni ya?
Ramai yang menjadikan tarikh lahir diri dan keluarga sebagai kata laluan peribadi. Hati-hati ya sis!
Ads
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Ads
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Saat menjejakkan kaki ke dalam rumah, kita pasti dambakan bau haruman yang segar bagi memberikan ketenangan setelah seharian penat bekerja bukan. Barulah tenang saja rasanya.
Sebenarnya, tak susah dan mahal pun bagi mengekalkan kewangian di dalam rumah. Ada cara yang sangat senang dan mudah! Ikuti saja perkongsian daripada gadis ini di twitter. Harum semerbak jadinya rumah kita.
Campur cuka dan pelembut pakaian je sis. Siap!
.
.
.
Ramai juga yang telah mencuba dan ternyata berhasil!
Ikon fesyen berhijab Indonesia, Irish Bella sering berkongsi gaya outfit yang modest dan stylish melalui media sosial buat para hijabi yang ingin tampil anggun serta elegan.
Jika dilihat pada koleksi outfit wanita berusia 28 tahun ini, Irish sering menggabungkan pleated skirt dan seluar pelbagai warna dengan gaya tersendiri.
Irish, yang aktif berkongsi outfit check di Instagramnya, sentiasa memberikan inspirasi baharu untuk pengikutnya.
Gaya Irish yang nampak berkelas membuatkan ramai terinspirasi.
Berikut beberapa inspirasi gaya hijab Irish Bella yang boleh dijadikan inspirasi: –
Gaya kasual bersama dua anaknya, Irish memilih pleated skirt rona pink lembut dan blazer putih. Dengan pose bersahaja sambil memegang tangan kedua-dua anaknya, Irish mempamerkan aura manisnya yang tersendiri.
Formal namun tetap stylish! Irish menggabungkan blazer coklat dengan skirt putih menyerlahkan aura elegan. Gaya ini sesuai untuk acara formal atau ke pejabat khusus buat hijabi yang ingin kelihatan profesional tetapi masih bergaya.
Irish memilih nuansa nude senada dari bahagian atas hingga ke kaki. Cermin mata hitam menjadi pelengkap gaya. Ringkas namun tetap elegan!
Sling bag berwarna coklat, topi dan blazer hitam menjadi pilihan Irish untuk gaya stylish dan edgy ini.
Sambutanharilahiradalahacarayangsangatbermaknabagisetiapibubapa.Samaada besar, kecil atau sederhana cara meraikannya;ianya tetap menjaditandakesyukuranmelihatanak-anakmembesardidepanmata.
Satu-satunya puteri kesayangan kepada pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana; baru-baru ini berjaya mencuri tumpuan netizen apabila menyambut ulang tahun kelahirannya yang kelapan dengan lapan biji kek. Setiap kali bulan November, para peminat setia Aaisyah Dhia Rana pasti menunggu dan teruja untuk melihat acara sambutan hari lahirnya itu. Setiap tahun mesti meriah!
Menerusi hantaran gambar di laman Instagram, Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, berkongsi momen-momen bersama anak perempuannya itu untuk tatapan umum. Tulis Che Ta ringkas di instagramnya “8 taun 8 cakes 🎉. Aaisyah Dhia Rana’s birthday party #ADRturn8”
Terdahulu, Che Ta memaklumkan anaknya itu disahkan positif Covid-19 dan terpaksa menangguhkan sambutan ulang tahun kelahiran yang dirancang. Che Ta juga sempat menitipkan semangat untuk anaknya melalui posting di ruangan Instagram. Bukan itu sahaja, pelakon tersebut juga berjanji untuk “Celebrate all out!” apabila Aaisyah dah sembuh.
Cantik dan manis ditatarias jurusolek Kasih Cicie, bagi sambutan hari lahir ke lapan ini, Aaisyah terima kejutan dengan lapan kek. Wah, memang all out! Lapan biji kek tersebut merupakan lambang kepada umurnya yang genap lapan tahun. Berikut merupakan antara koleksi foto yang dikongsi Che Ta di instagramnya, jom tengok!
Wah, di antara kek yang dapat dilihat adalah kek dua tingkat, kek dengan hiasan rantai mutiara, bunga ros, mahkota dan banyak lagi!
Majlis sambutan hari lahir tersebut telah diadakan di sebuah resort di Lantera Venue, Cahaya SPK, Shah Alam. Birthday girl, Aaisyah juga terlihat sangat comel persis selebriti mengenakan blouse ropol berwarna merah jambu, skirt pendek keemasan dan dilengkapi pelbagai aksesori. Memang cute sangat!
Selamat ulang tahun Aaisyah
Menjengah ke ruangan balas hantaran tersebut, beberapa rakan artis dan netizen turut memberikan pelbagai respon dan sempat juga berseloroh terhadap ‘lapan tahun, lapan biji kek’ tersebut. Tambahan itu, ramai juga turut memuji penampilan puterinya itu serta mengirimkan ucapan selamat ulang tahun kepada Aaisyah.
“MasyaAllah Aaisyah mcm bdk pompuan arab, Cantiknye MasyaAllah. Alhamdulillah happy birthday beautiful girl, gorgeous like mommy lah you!”
“Happy born day senorita Aisya Dhia Rana awat la hang herlokkk sgt..moga trus cantik naa❤️”
“Alhamdulillah. 🤲 Mashaallah cepatnya dah 8 tahun . HAPPY BIRTHDAY PRETTY PRINCESS AAISYAH DHIA RANA. 🎂💖💖💖 Semoga di rahmati Allah swt sihat sejahtera selalu di murahkan rezeki anak yg soleha yg pandai yg cantik comel yg berjaya dunia akhirat di permudahkan segala urusan sentiasa ceria dan bahagia bersama family tersayang. Aamiin3x yrb”
“Happy birthday Aaisyah.. kejap je dah 8 tahun. Makin cantik anak dara ni.”
Wah, memang grand dan all out ya sambutan hari lahir Aaisyah! Apa-apa pun, Selamat Hari Jadi yang ke lapan Aaisyah Dhia Rana. Semoga menjadi anak yang solehah, berjaya duniawi dan ukhrawi. Amin!
Sumber info dan gambar: Instagram Che Ta
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada...