Ramai yang lebih fokus kepada isu individu yang ingin menurunkan berat badan sehinggakan banyak tip di mana-mana yang lebih mengesyorkan seseorang mengurangkan berat badan. Bagaimana pula dengan mereka yang ingin menambah berat?
Ada juga dalam kalangan kita yang inginkan tubuh badan yang ideal dan tidak terlalu kurus! Ya, mereka yang kurang berat badan ini sering di soalkan seperti “tak cukup makan ke awak?”, sedihnya bila dengar.
Bagi mereka yang alami masalah kurang berat badan ini kadangkala lupa yang ‘terlalu kurus’ juga boleh merisikokan kesihatan. Menurut Sihat.net, mereka yang kurang berat badan boleh alami gejala sepert:-
Osteoporosis – Tulang boleh menjadi rapuh dan lebih mudah untuk pecah.
Masalah kulit, rambut, serta gigi – Nutrisi yang tidak mencukupi dalam diet harian akan menyebabkan gejala-gejala fizikal seperti penipisan kulit, kehilangan rambut, kulit kering, atau kesihatan gigi semakin teruk.
Ads
Sentiasa jatuh sakit – Nutrisi yang tidak cukup juga akan menyebabkan seseorang itu kurang bertenaga dan kerap jatuh sakit seperti selsema yang boleh bertahan lebih lama dari kebiasaannya.
Rasa letih sepanjang masa – Kalori yang tidak mencukupi akan menyebabkan badan seseorang susah untuk kekalkan berat badan dan mudah penat.
Tempoh kitaran haid yang tidak teratur – Wanita yang kurang berat badan besar kemungkinan akan alami tempoh kitaran haid yang tidak teratur. Ia juga boleh menyebabkan kemandulan.
Kelahiran bayi pramatang – Kajian dari Jurnal Antarabangsa Obstetrik & Ginekologi, wanita yang hamil dan kurang berat badan lebih berisiko tinggi untuk melahirkan pra-syarat, yang bermakna melahirkan bayi sebelum 37 minggu.
Pertumbuhan perlahan atau terjejas – Bagi golongan muda iaitu remaja, pertembuhan akan terjejas jika kekurangan nutrisi yang cukup untuk berkembandg dan membina tulang yang sihat.
Ads
Bagaimana nak elakkan masalah kurang berat badan?
Sebelum kenali rawatan atau cara untuk mengelakkan masalah kurang berat badan ini, anda perlu tahu apakah punca yang menyebabkan masalah ini berlaku. Antaranya adalah:-
Genetik keluarga
Metabolisme yang tinggi
Aktiviti fizikal yang terlalu kerap
Penyakit fizikal atau kronik
Gangguan mental
Ada beberapa cara untuk tambahkan berat badan jika anda tiada idea!
Kami faham anda pasti tidak tahu bagaimana ingin menambahkan berat badan dan macam mana nak mulakan. Ada permulaan yang baik buat anda jika kekurangan idea, baca dengan lebih lanjut seperti di bawah!
Tambah makanan ringan
Bukan keropok atau jajan tapi makanan ringan yang mempunyai khasiat yang tinggi karbohidrat. Dengan cara ini anda mudah menambahkan berat badan, antaranya seperti keropok kacang tanah, bar protein, buah badam dan mana-mana berkaitan.
Campurkan makanan tambahan
Anda boleh cuba menambah sedikit makanan berkalori padat ke dalam makanan harian anda sepertinya meletakkan badam atau kacang-kacang ke dalam bijirin atau yogurt. Mungkin jika boleh menyediakan roti bakar yang disapukan mentega kacang cukup memadai!
Kena peka dengan apa yang anda makan! Kadangkala kita tidak tahu makanan yang berkalori itu boleh menyebabkan masalah jantung dan saluran darah kerana tinggi lemak juga! Jadi cuba amalkan pengambilan makanan berkalori yang mempunyai keseimbangan gula dan garam seperti ikan salmon atau roti gandum.
PERINGATAN! Kami faham anda inginkan keputusan yang cepat untuk suatu tujuan atau mungkin untuk menambahkan keyakinan diri. Sentiasa mula dengan kadar yang sedikit demi sedikit. Jangan paksa diri anda kerana kesihatan anda juga perlu menjadi keutamaan.
Minggu lepas memang viral kisah wanta ini yang dikatakan akan diceraikan suaminya sendiri disebabkan sudah tiada rasa cinta. Ketika itu dia merasakan hidupnya bagaikan hilang tempat bergantung memandangkan dia senditi tidak bekerja dan terpaksa menanggung dua anak yang masih kecil. Namun Tuhan itu Maha Adil dan Kaya. Ada orang lain yang bersimpati dan memberi rezeki padanya untuk meneruskan hidup. Siapa sangka wanita yang cukup viral minggu lepas, Intan Liana Salleh ditawarkan menjadi model bagi produk terbaru Dato’ Aliff Syukri.
Melalui ruangan instagram isteri Dato’ Aliff, Datin Seri Shahidah, dimuat turut foto Intan menggayakan hijab terbaru keluaran AliffbySha. Istimewanya hijab ini menepati syariat dan memenuhi ciri wanita Muslimah.
Malah ia boleh digayakan dalam dua bentuk. Sama ada sebagai hijab biasa pelbagai gaya ataupun dibuat khimar yang mana boleh digunakan untuk solat.
Menggunakan warna pastel dengan penggayaan model bersesuaian menambahkan lagi keunikan hijab terbaru keluaran jutawan kosmetik ini.
Intan Liana juga turut memuat turun foto yang sama dan menerima banyak komen daripada netizen. Mereka memuji penampilan intan yang cantik bak model dengan gaya Muslimah yang sopan.
Sebelum itu Datin Seri Shahida memuat turun foto pertemuan mereka yang mana pasangan ini yang dikatakan mahu membantu dan bekerjasama dengannya dalam memberi kehidupan yang lebih baik di masa hadapan.
Justeru ramai yang menunggu apa projek terbaru dan dua hari kemudian barulah terjawab segala persoalan.
Siapa disini yang ada asma ataupun semput? Kebanyakan pesakit asma teragak-agak untuk bersenam kerana takut diserang asma atau semput. Namun, ada beberapa senaman yang mudah dilakukan untuk penghidap asma.
Semput atau asma ini adalah penyakit kronik yang menjejaskan saluran pernafasan paru-paru. Orang yang menghidap asma mempunyai saluran udara yang lebih sensitif daripada orang biasa. Apabila paru-paru terdedah kepada pencetus asma, otot-otot di saluran pernafasan menjadi kaku seterusnya menjadikan saluran pernafasan sempit.
Tanda-tanda serangan awal asma:
Menurut perkongsian HelloDoktor, terdapat beberapa tanda-tanda awal asma yang boleh dikesan. Tanda-tanda ini tidaklah begitu memudaratkan tapi ia mungkin berlaku beberapa hari sebelum serangan asma. Diantara tanda-tandanya ialah:
Sering batuk, terutamanya pada waktu malam
Dahaga
Mata gatal atau berair
Sakit perut
Sakit kepala
Demam
Rasa gelisah
Muka menjadi pucat atau merah
Kerap mengosongkan tekak (batuk atau menelan lendir)
Ekzema semakin teruk
Bacaan meter aliran puncak lebih rendah
Mudah mengah atau sesak nafas
Terasa sangat letih atau lemah ketika bersenam
Bunyi berdehit ‘wheezing’ atau batuk semasa atau selepas bersenam
Kesukaran bernafas selepas bersenam
Cepat penat
Mengalami masalah tidur dan asma malam
Perubahan mood seperti cepat marah atau banyak berdiam diri
Mengalami tanda-tanda selsema atau alahan (bersin, hidung berair, batuk, hidung tersumbat, sakit tekak dan sakit kepala)
Sesak dada atau rasa seperti ada sesuatu yang menghimpit dada
Dagu gatal
Lingkaran gelap bawah mata
Rata-rata penghidap asma menghadapi cabaran dalam menjalankan aktiviti fizikal. Untuk penghidap asma, aktiviti fizikal mungkin menyebabkan anda sesak nafas dan menghalang anda daripada melakukan aktiviti yang anda nikmati.
Walaupun begitu, anda harus melakukan dan mencuba pelbagai aktiviti agar kekal aktif. Melakukan aktiviti mampu meningkatkan kadar denyutan jantung anda seterusnya memperbaiki gejala asma seperti:
Menguatkan sistem imun untuk melawan virus dan selsema
Meningkatkan kekuatan dan stamina paru-paru
Mengurangkan risiko serangan asma melalui mengekalkan berat badan yang sihat
Mengeluarkan endorfin yang membuatkan anda berasa gembira dan mengurangkan tekanan.
Berikut adalah beberapa aktiviti yang boleh dipertimbangkan buat mereka yang menghidapi asma:
1.Berjalan
Berjalan merupakan aktiviti paling mudah dan sesuai untuk penghidap asma. Aktiviti ini juga mampu membantu penghidap asma bernafas dengan lebih baik. Bapa perubatan, Hipocrates pernah berkata ‘Berjalan adalah ubat yang terbaik untuk manusia’. Pilihlah masa yang sesuai jika anda ingin berjalan-jalan di luar rumah. Udara sejuk dan kering boleh mencetuskan gejala asma. Anda juga boleh menggunakan treadmill untuk berjalan di dalam rumah.
2. Berenang
Berenang juga merupakan aktiviti yang baik bagi penderita asma kerana boleh membina kekuatan tubuh bahagian atas. Aktiviti ini juga disifatkan sebagai latihan pernafasan terbaik kerana seluruh anggota badan bertindak menyempurnakan senaman ini. Walau bagaimanapun, kolam renang yang mengandung klorin boleh menimbulkan gejala asma bagi sebahagian orang. Jadi, berhati-hatilah jika ingin berenang di kolam renang.
3. Berbasikal
Berbasikal secara santai atau beriadah juga adalah senaman yang baik untuk orang semput. Aktiviti berbasikal secara santai adalah lembut dan tidak melibatkan intensiti yang tinggi secara berterusan. Anda juga boleh berbasikal di dalam rumah menggunakan basikal pegun.
4. Kembara (Hiking)
Jika anda suka menikmati keindahan alam semula jadi, mendaki adalah sukan yang sesuai untuk anda walaupun anda mempunyai asma. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa anda harus memilih ‘stub’ atau jalan yang mempunyai kecerunan yang perlahan dan stabil. Takut nanti kejadian tidak diingini berlaku. Jika anda mempunyai alahan debunga, pilih masa perjalanan di luar musim bunga.
Selain aktiviti di atas, penghidap asma juga boleh melakukan aktiviti sukan yang lain seperti golf, bola tampar, bola jaring dan juga berlari jarak dekat. Sebagai kesimpulan, memilih aktiviti dan senaman yang betul merupakan perkara penting untuk penghidap asma. Penghidap asma mestilah mengelakkan aktiviti lasak. Sebaliknya, lakukanlah aktiviti fizikal yang ringan seperti diatas untuk mengurangkan tanda dan gejala asma. Semua aktiviti di atas boleh meningkatkan kesihatan paru-paru anda.
Hari lebaran tinggal beberapa hari sahaja lagi. Bagi mereka yang belum membeli baju raya atau mungkin masih tercari-cari baju raya yang sesuai, ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian. Usah sekadar membeli baju raya kerana terpikat dengan fesyen baju tersebut. Ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian.
Perunding imej ini, Azie Sam berkongsi tip pemilihan baju raya dalam suasana kita menyambut hari raya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
TIP PEMILIHAN PAKAIAN RAYA UNTUK HIJABI DI RUMAH.
Selain untuk nampak cantik semasa hari raya, jangan lupa kekalkan praktikaliti dalam pemilihan baju raya anda lagi-lagi beraya di musim PKP ini. Banyak masa kita habiskan di rumah jadi tentulah kita perlu pakai baju yang selesa.
FABRIK YANG SELESA
Ini sangat penting kerana pemilihan fabrik menentukan keseluruhan keselesaan pemakaian anda. Pilih jenis fabrik yang ringan, serap peluh dan tidak panas seperti chiffon, cotton atau lycra. Elakkan fabrik jenis songket dan polyester.
PERINCIAN YANG SEDERHANA
Sedia maklum jika sebut tentang baju raya, ada yang membayangkan pakaian yang glamor penuh dengan labuci atau manik. Apa kata tukar pemikiran tersebut dengan ‘less is more’ kerana apabila di rumah ianya tidak sesuai untuk aktiviti banyak pergerakan dan agak mengganggu produktiviti kita di pagi raya. Kekalkan 1 titik fokus (focal point) dalam pemakaian anda cukup membuatkan diri anda tampak elegan dan eksklusif.
POTONGAN REKABENTUK
Elakkan pemilihan pakaian yang rekabentuknya agak meleret seperti di kain mahupun lengan baju. Ini membuatkan anda susah untuk berjalan atau melakukan kerja kerja penyediaan makanan di pagi raya. Silap silap lengan baju kena kuah rendang.
KEKALKAN CIRI MUSLIMAH
Fabrik yang jarang mahupun potongan pakaian yang terlalu ketat hanya membuatkan anda nampak jangkal apabila dikenakan dengan hijab. Sebaiknya pilih fabrik yang selesa dan potongan mengikut kesesuaian dengan tubuh anda.
WARNA TIDAK MELEBIHI TIGA
Kekalkan prinsip Pemakaian warna bahawa maksimum pemilihan hanya 3 warna sahaja. Baju raya bukan alasan untuk kita berfesyen seperti ‘runway’ Dengan pemilihan kurang dari tiga warna, anda akan kelihatan lebih manis, anggun, dan elegan.
Tips pemakaian raya yang praktikaliti untuk hijabi di rumah ini boleh juga di bawa ke pejabat kerana ia mengekalkan ciri ciri pemakaian yang profesional dan sesuai untuk melakukan kerja kerja pejabat. Tidak keterlaluan selain ianya selesa dipakai sepanjang hari.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...