Isi Kandungan
ToggleWaktu kecil dahulu kita mesti sudah biasa diajar untuk menabung. Apabila tabung sudah penuh, pasti kita rasa teruja untuk ‘memecahkannya’ bagi melihat jumlah yang terkumpul.
Apabila sudah meningkat dewasa, tabiat menabung itu kadang-kala sukar untuk diteruskan kerana terlalu syok berbelanja. Aipp! Jangan begitu sis. Kalau kita bijak menyimpan, banyak manfaatnya yang kita akan dapat.
Kalau sis nak tahu, ada yang berjaya kumpul RM 12k dalam masa 3 bulan tau. Di Twitter, Syafiq Mustafa telah berkongsikan caranya mengumpul sebanyak itu dalam tempoh 3 bulan sahaja. Jom kita lihat bagaimana caranya.
Kata Syafiq, kita kena set matlamat dan target yang betul!
Sebab kita ni mudah lupa jadi kenalah buat macam ni.
Jangan kedekut dengan tabung!
Percayalah rezeki Tuhan di mana sahaja…
kredit: twitter Syafiq Mustafa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mendapat Lebih 27k Share, Wanita Ini Senaraikan Panggung Wayang Terbaik Yang Ada Di Malaysia
Menonton wayang pastinya menjadi kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia. Waktu lapang ataupun waktu sedang bosan memang seronok diisi dengan menonton filem terbaru di panggung wayang bagi menghilangkan stress. Sebenarnya ada banyak jenis panggung wayang di negara ini dengan pelbagai harga yang berbeza.
Seperti yang telah dikongsi oleh Astiey Nurasiah di Facebook yang telah mendapat lebih 17k shares di Facebook. Dia telah berkongsi pengalamannya mencuba pelbagai jenis panggung wayang daripada yang murah hinggalah yang mahal.
Kak As bukan kaki wayang tapi telah mencuba hampir semua seat yang ada.
Kak as bukan kaki wayang. Tapi ada waktu2 teringin nak relaks kak as akan tengok wayang. Kak as dah cuba hampir semua seat yang ada.
Kalau u olls nak baca review setiap seat wayang ni boleh baca di setiap gambar. Kak as letak harga sekali. Kot2 ada nak relaks2 kat wayang.
Tapi jgn jadi macam laki kak as. Masuk seat macam ni order makan macam2 , last kenyang terus tidur. Nyampah!
- Ni GOLD CLASS seat. Ini di GSC. 3 tempat je ada . The Garden Midvalley, Pavilion dan One Utama. Ni kak as tgk di Signature The Garden. Seat dia memang selesa. Ni boleh order makanan dalam ni je. Tekan je button merah tu. Ni siap selimut semuaSeat boleh laras. Tekan je button tepi kerusi tu nanti akan keluarlah tempat letak kaki. Nak baring macam katil kat rumah pun boleh
Dalam ni seat tak banyak. Dalam untuk 30 seat je tak silap.
Harga Rm70/seat
2. Ni Platinum seat. Ni ada di mmcineplexes. Ni hanya ada di E Curve sahaja tak silap
Ni harga Rm40/seat
Kak as lagi suka seat ni dari Gold Class. Sebab lagi besar dan bukan leather seat mcm gold class. Empuk je rasa time baring. Kaki pun boleh laras dan naikkan
Tapi spoil. Kak as order minuman panas then kak as tertumpahkan. Lencun habis seatNi bantal dan selimut kena bayar. 1 set tu Rm5 jea. Kak as bayar sebab dalam tu bukan main sejuk. Kena tinggal. Jangan bawak balik pulak
3. Ni MX4D. Ibu mengandung atau ada penyakit jantung DILARANG masuk sama sekali
Sebab kerusi dia akan bergerak ikut movie. Bergegar. Masa tengok ni kami tonton citer predator. Boleh tahan lah
Siap ada air kena muka. Ada masa keluar bauan. Ikut movie. Bila kat movie ada helikopter mendarat rasa berangin je kat muka
Enjoylah jugak. Tapi kalau nak relaks, seat ni tak berapa sesuai. Mana nak relaks kalau asyik bergegar2
Kat Malaysia ni ada 2 jea MX4D under MBO ni
Kat The Starling Mall, Damansara dan Kuantan City Mall
Kak as opkos tgk kat Starling Mall. Harga masa kak as booking online Rm30/seat
4. Ni Bennie seat. Yang ni kak as pergi sekali je. Hahaha. Tobat tak mau dah. Tenggelam terus. Kalau kat rumah tak pe. Kalau kat sini nak tergolek-golek macam tak cukup sopan. Hahaha
Bennie seat ni under TGV. Ada di
1ST AVENUE
1 UTAMA
SUNWAY PYRAMID
SETIAWALK
TEBRAU
BUKIT INDAH
TAIPING
GURNEY PARAGON MALL
SUNWAY PUTRA
SURIA KLCC
VIVACITY MEGAMALL
KLEBANG
Kak as tgk di sunway pyramid. Takde selimut bantal semua.
Harga Rm52/seat
5. Ni SEAT paling kak as suka. INDULGE SEAT
Ni under TGV. Ada di 2 tempat je. Sunway Velocity dan One Utama.
Dah banyak kali ambik seat ni. Tak tahu kenapa. Seat dia paling kak as suka. kaki boleh laras dan naikkan dengan sgt selesa
Makanan kat sini pun sedap2. Tapi bayar asing lah. Tak termasuk tiket
Tekan button nanti waiter dia datang.
Ni Rm80/seat tak silap. Siap selimut dan bantal.
Selepas ini, sesiapa yang mahukan pengalaman menonton wayang yang baru bolehlah cuba pergi ke panggung wayang eksklusif ini. Walaupun harganya lebih mahal daripada biasa namun sekali sekala apa salahnya kan?
Sedikit tips daripada Hijabista, jangan lupa tutup tukarkan mood telefon ke mood senyap sewaktu menonton wayang dan jangan terlalu galak menonton hingga mengganggu orang lain pula. Pastikan kebersihan juga terjaga tau dengan membuang sisa makanan ke tempat sepatutnya. Selamat menonton!
sumber : facebook Astiey Nurasiah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Dikurniakan Isteri Yang Baik Hatinya…’- Neelofa & PU Riz Titip Ucapan Indah Sempena Anniversary Pertama
Meraikan ulang tahun pertama perkahwinan dengan bahagia, pasangan selebriti terkenal, Neelofa dan PU Riz saling menitipkan ucapan yang indah buat satu sama lain di laman Instagram.
Menikmati makan malam yang indah bersama, Neelofa berharap agar Tuhan memberkati perkahwinan mereka berbahagia selalu.
Doakan agar Allah sentiasa memberi keberkatan ke atas perkahwinan kami dan meletakkan hubungan ini dalam kebaikan selamanya.
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan suamiku ( ucapan selebihnya, saya bisik di telinga suami sebab dia sorang je yang boleh tahu apa saya luahkan) #gitew
Selain itu, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail turut meluahkan kata-kata indah buat isterinya yang tersayang dan memanjatkan rasa kesyukuran kepada Tuhan atas segala nikmat yang telah dikurniaNya.
Syukur pada Allah
Dikurniakan isteri yang Baik hatinnya
Banyak lagi yg nak ditulis tapi takpe ku titipkan dalam doaku.Tidak ada perkara lain yang diharapkan melainkan perkahwinan ini diredhai-Nya
Sekali lagi الحمدلله ya Allah
Di samping itu, Neelofa telah berkongsikan beberapa momen di saat mereka menikmati makan malam istimewa bersama di ruangan Instastories. Biarpun kelihatan ringkas, namun ia terasa begitu romantis dan eksklusif.
Buat pengetahuan semua, Neelofa dan PU Riz telah dinikahkan pada 27 Mac 2021 di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Mereka juga telah dikurniakan seorang cahaya mata yang dinamakan Muhammad Bilal yang baru sahaja lahir pada 29 Januari lalu.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pendakwah OKI SETIANA DEWI Kongsi Kehidupan Terkini Di Mesir Bersama Suami & Anak-Anak
Pendakwah terkenal, Oki Setiana Dewi yang juga kakak kepada pempengaruh Indonesia, Ria Ricis baru-baru ini berkongsi perkembangan terkininya bersama suami dan anak-anak di Kaherah, Mesir.
Perkongsian itu dimuat naik di Instagram miliknya. Kelihatan Oki Setiana Dewi bahagia dan gembira dengan kehidupan terkininya itu bersama suami dan anak-anak tersayang.
Memetik perkongsian di portal HaiBunda, hampir dua minggu mereka sekeluarga menetap di sana.
Pendakwah ini turut memaklumkan dia kini sedang mencari sekolah yang sesuai buat empat orang anaknya iaitu Maryam Nusaibah Abdullah, Khadeejah Faatimah Abdullah, Ibrahim Muhammad Abdullah, dan Sulaiman Ali Abdullah.
Menerusi hantaran yang sama, Oki Setiana Dewi berkongsi koleksi foto yang memaparkan aktiviti bersama suami dan anak-anak selama beberapa hari mereka di Mesir.
“Sudah 10 hari di Mesir. Hari-hari sibuk menguruskan visa pelajar, mendaftar sekolah anak-anak, mencari tempat tinggal, menghadiri beberapa jemputan rakan-rakan di sini,” tulisnya.
Bukan itu sahaja, Oki Setiana Dewi turut memberitahu dia kini sedang sibuk menyiapkan ilmu untuk pendidikannya serta anak-anak.
“Persiapan ilmiah untuk memasuki tahun persekolahan baharu untuk saya dan anak-anak pada September nanti.”
Oki Setiana Dewi turut berdoa agar segala urusannya selama tinggal di Mesir sentiasa dimudahkan oleh Allah SWT.
“Tempat baru, lingkungan baru, orang-orang baru, ilmu-ilmu baru, semoga Allah mudahkan.’
Untuk info, Oki Setiana Dewi sebelum ini pernah mengumumkan perancangannya untuk berhijrah ke Mesir kerana mahu mendalami ilmu agama serta menyambung pengajian sekaligus meninggalkan kerjaya seninya.
Urusan penghijrahannya itu sebenarnya sudah dirancang sekian lama bersama suami, .
Sebelum terbang ke Mesir, Oki Setiana Dewi telah menyiapkan banyak perkara antaranya mempelajari bahasa Arab. Dia turut memindahkan anak-anaknya ke sekolah Arab di Jakarta.
Bintang filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’ ini mengakui tidak ralat membuat keputusan tersebut di saat kerjaya seni dan aktiviti dakwahnya sedang berkembang.
Sepanjang ketiadaannya, Yayasan Maskanul Huffadz yang ditubuhkan untuk tujuan pendidikan keagamaan tetap diteruskan.
BACA JUGA: Tempat Ikonik Luar Negara, Jentik Hati Oki Setiana Dewi Agar Lebih Mengagungkan Kebesaran Allah!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI